Assalamualaikum wbt dan salam kehidupan.
Catatan ini merupakan tambahan kepada berita terkini cek nani mengenai kawan kita, aza, dalam versi cek aeis.
Hati tertanya-tanya ke manakah, mengapakah...awat dia tak muncul2...
mesti ada sebab dan musabab yang menyebabkan dan mengakibatkan dia ghaib ditelan alam maya...
Akhirnya semua pertanyaan hati terjawab apabila suara berkumandang di talian..
Kemudian, hati berkata "Sungguh tak patut dia dibiarkan keseorangan tatkala dia memerlukan seseorang...seorang kawan, sahabat, teman..yang dahulunya sama-sama ketawa...benarlah kata bidalan, kawan ketawa ramai...
Makanya, wahai kawan-kawanku sekalian,
marilah kita menjadi kawannya sama ada kawan ketawanya mahupun kawan menangisnya.
Luangkanlah masa untuk berkongsi rasa apa yang dirasa oleh kawan kita yang sedang berjuang meneruskan hidup itu agar sakit yang dirasa terasa kurang.
Talian hayat terkininya...0124583689.
Kira-kira 7 tahun yang lalu, apa yang dihadapinya telahpun aku alami...diberi cuti sebulan, disuntik sehingga 3 bulan dan bebelas-belas biji ubat ditelan selama 9 bulan...alhamdulilah telah disembuhkan olehNYA. Sesungguhnya DIAlah pemberi penyakit dan penyembuhnya.
Oleh sebab tuannya sakit, maka komputernya pun turut merasakannya...sakit juga beb...itu pasai la tak muncul2 di alam maya...bak kata pepatah, cubit peha kanan peha kiri terasa juga, begitulah agaknya antara aza dan komputernya.
Dan bagaimana dengan kita? acu cuba try cubit, sakit dak? sendiri mau jawab la na.
Buat kawan-kawan lainku yang juga berbulan-bulan senyap dan tak muncul-muncul, diharap sihat dan selamat walau di mana jua berada. Hanif, pak lah & family hang pa ok semua no.
Ini ada satu permintaan...
Sesiapa yang ada no tel terkini pak lah tolong pos di blog ini, kerana sahabatnya iaitu wak (miskani, orang johor) ingin menghubunginya. Wak telah berkahwin dengan sy. norasyikin, mek kelate, (geng ukm dulu, tak kan hangpa tak ingat dah) Allah telah pertemukan kami di Tanah Suci dulu. Maka adapun mereka kini telah bergelar haji dan hajjah.
Pesanan untuk pak lah...masuk blog, nanti cek bagi talian hayat wak kat hang, haji wak ada ceta menarik untuk hang!
Sekian berakhirnya sebuah kalam
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan