Selasa, 31 Ogos 2010

Sompek mencatuk...

1. Alangkah seronoknya nak lalui malam lailatul qadar.

2. Tak tau lak boleh tukar-tukar kerja yek? Se hanya bergantung dan berpencen dongan PPPS....tak ponah terfikir untuk tukar kojo.....Dah begitu adonyo...

3. Selamat berpuas hati dengan elaun hari raya ..... jika tak puas hati, layari laman web ini....

www.ciputnaa.wat camno.com.my

Wassalam.....

Ahad, 29 Ogos 2010

Hibanya, ia semakin menghilang...

Assalamualikum

Masing2 sibuk dengan mengimarahkan ramadan, dan sedihnya ia akan meninggalkan kita, masihkan sempat untuk tahun hadapan, Insyaalah

Dan, ada khabar saudara kita si Hanif akan beralih arah kerja, entahlah ke mana pula...masih menunggu berita sahih,

Yang ada, tetap menunggu semua berita dari seluruh pelusok jazirah...

Selamat bertadarus, bertarawih, berpuasa.....bersahur dll

Wassalam

Sabtu, 28 Ogos 2010

Nuzul Quran...

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Nuzul Quran. Semarakkan lagi Ramadhan dengan bacaan al Quran.


Rabu, 11 Ogos 2010

Selasa, 10 Ogos 2010

Alhamdulillah....bersua jua kita di Ramadhan ini

Syukur yang teramat sangat kerana kita dapat menikmati bulan yang mulia, Ramadhan al Mubarak.

Jadilah orang yang tamak dengan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah...

Berlumba-lumba merebut pahala yang tersedia....

Insaf dengan kesalahan-kesalahan lalu....

Sambutlah salam kemaafan daripada sahabatmu ini....

Selamat berpuasa, bertarawih, bertadarus.......Moga dapat kita bertemu di Ramadhan seterusnya..InsyaAllah..

Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Assalamualaikum wmt wbt

1. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua sahabat dan seisi keluarga,
2. Alhamdulillah kerana kita semua dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu.
3. Moga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk beramal beribadat sebanyak mungkin di kesempatan Ramadhan tahun in
4. Mohon ampun dan maaf daripada semua sahabat di atas segala kesalahan, baik tutur kata maupun tingkah laku yang tidak berkenan di hati
Wassalam

Rabu, 28 Julai 2010

PENULIS BLOG PERLU ADA KOD ETIKA...

Salam, tajuk berita yang menarik untuk direnungkan. Secara dasarnya saya setuju dengan saranan mantan PM Tun Dr. Mahathir. Elok gak tak melalut atau loklak tapi kita ni kes terpencil. Bloggers? Saya tak sampai tahap tu, sekadar suka-suka berkongsi rasa dengan kekawan. Jumpa lagi..wassallam.

Ahad, 25 Julai 2010

Perjalanan Itu Jauh

Assalamualaikum

Seadanya, baru kembali dari walimah sepupu di Kuantan. Lantas sebuah perjalanan adalah jauh. jauh ke dalam diri merenungnya. kenapa?

Pendek cerita, panjang halatujunya. Nah Gaza seperti contoh, apa boleh kita laksnakan secara praktis dan drastis/k semoga saudara kita di sana berjaya. Kita hanya mampu dengan sedikit ikhtiar (tahniah pada konvoi sari n geng dll) kerana sebenarnya kita masih lemah. LEmah segalannya. Senang cerita mau makan pun susah mencari halalal taiyibban. Maksud bicara , ekonomi kita masih lemah. Di mana kita?

Jadinya, mari kita fikirkan jalannya...alternatifnya, biar berat tapi ada caranya....

Bukan apa perjalanan masih panjang, fikrir fikirkanlah

wassalam

Rabu, 21 Julai 2010

Saya dah kembali....

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik juga sepanjang misi (aha not 'misi' as a doctor assistant) selamat. Yealah, dalam kehidupan kita yang itu itu, sesekali perlu ada ruang untuk sesuatu yang lain. Bermula dari Kluang kami meneruskan konvoi ke Masjid Felda Linggiu, Kota Tinggi sejauh 170 km diiringi hujan renyai. Banyak juga mat dan minah motor (isteri ) ambil bahagian 193 buah, macam-macam jenis dan kaler. Warga emas dengan vespanya, ada juga keluarga berkereta. Eh nanti saya up load gambarnya. Santai dan asyik dengan panorama. Sedikit ucapan, doa juga penyerahan sumbangan kutipan (tak kira lagi). Masyarakat setempat, punya kesedaran tinggi membantu sesama umat Islam. Meneruskan perjalanan ke Sedili Besar.. perkampungan nelayan tak jauh dari tempat kelahiran Usman Awang@ Tongkat Warrant. Solat dan majlis yang sama. Sempat beramah mesra dengan nelayan, tanya apa yang patut, masalah di mana-mana sama..hasil tak menentu demi sesuap nasi gagah ke laut mencari rezeki. Sambung perjalanan ke Bandar Mas dan Felda Papan Timur. Kagum dengan kepetahan pakcik juru acara, ilmu setara pensyarah. Lancar berbicara soal dunia, soal Palestin Gaza. Destinasi terakhir..Punggai dalam DUN Pengerang, tak jauh Ramunia (pengeluar boksit suatu masa dahulu). Alhamdulillah, jumlah kutipan RM11,000 dan malamnya majlis penyerahan sumbangan kepada wakil AMAN PALESTIN.


TRAVELOG SARI ...santai dan biasa-biasa aja. Hari kedua Projek Khidmat Masyarakat di Kg. Changi, bantuan bekalan air ke rumah PPRT ( dalam gembira, menitis air mata mak cik-mak cik tu) Yealah, bantuan bulanan kebajikan masyarakat tak selalunya dapat. Lat-lat, bantuan lain tak dapat, hujan rumah banjir...dan bagus wakil rakyatnya turun padang. Eh Gaza Gaza juga, tapi rakyat kitapun tak diabaikan. Selebihnya..bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini. Dalam pada itu, ambil kesempatan meninjau tempat=tempat yang menarik, Sg. Rengit..ikan besar-besar,
Tg. Pengelih...eh canggih sekolah-sekolah guna istilah. Kat sekolah saya guna istilah Hari Bertemu Pelanggan (ambil keputusan pereksa..) tapi kat daerah kota Tinggi, SK Pt. Raja Laut contohnya Hari Konsultasi..Jalan-jalan cari pengalaman. Ha..ha..ha.


Alahai Mak Daro tak gi sekali ke Sweden? Ada rezeki teringin nak ke sana juga. Sekayu Waterfall..kami tak sampai lagi. Eh , macam kat Sg Congkak le pulak. Ala-ala...Apapun jangan jadikan kesibukan alasan dok rumah je. Jalan le mana-mana yang kita fikirkan selesa dan santai. Kamipun gitu, bawa bekal, kelah kat bukit Broga, Sg Congkak ..musim durian ni, moh ke sini.Ok jumpa lagi.. Ada cerita menarik? Kita kongsi kita hayati...Wassallam.

Selasa, 20 Julai 2010

Story from Mak Daro...

Assalamualikum,
My hubby is in Sweden now. Football Gothia Cup.....as people say..."distance makes the heart grows fonder".....hwaaa...hwaaa...

Come over to our usrah tonight...title : 'Jangan Bersedih'...hwaaa...hwaaa...

p/s..Akak Nani... misi is better than doctor (don't kiss the doctor)