Assalamualaikum wmt wbt
1. Pertama-tamanya akak nak mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana malam ini, diberiNya kelapangan waktu dan ilham untuk mencatuk setelah sekian lama tidak mencatuk. Lama dok mengeram, malas pulak nak keluar dari reban.
2. Tapi macam biasalah, sekodeng tetap sekodeng, songeh sampai ke telingo membaca catukan mak-mak dan pak ayam, catukan semasa akak di Tanah Haram. Seronok walaupun terpaksa belek semua older posts. Paling terharu kesetiaan Che Eda mempublishkan sms akak dari Haramain. Panjang umur che Eda!
3. Dalam banyak-banyak cerita, cerita reunion paling top,tapi akhirnya bendera terpaksa diturunkan, tak apo lah,nak buek camano, belum rezeki nak jumpa dan bermesra dengan Abang Misai anak beranak. Tapi akak rasa, cuti akhir tahun kan lebih dari 40 hari, takkan berpantang gitu sekali hingga sehari pun tak boleh keluar rumah dan pijak tanah Mak Daro ooii! Orang bersalin pun sempat singgah kat Giant pergi cari pasak bumi!
4. Alhamdulillah, anak-anak yang sakit dah semua beransur sihat, yang periksa dah lulus cemerlang (tak mesti 8A@9A ajo yang cemerlang, yang 2 3 A pun kira cemerlanglah jugak,sekurang-kurangnya pada yang empunya badan sebab trial tak dok satu pun A!),yang menunggu nak ke asrama penuh dah dapat keputusannya, yang nak peksa tahun ni harap-harap dah meluncur dengan gear 5. Didoakan semoga anak-anak ayam semua akan beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, paling penting kejayaan dunia dan akhirat.
5. Mak-mak dan pak-pak ayam gomen, tak risau ke dengan berita sensasi terkini, COLA dah hangus, ITP tinggal 1/2? Akak 400 melayang, lomeh lutut. Nyawa-nyawa ikan lah nak survive tiap bulan. Pak Aji pulak dah gantung reket start tahun ni. Nampak gaya kena buat baik dengan Ma'am Jah dan Tuan Haniflah lepas ni...
6. Sebenarnya, banyak lagi nak share, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
7. jumpa lagi di lain siaran
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan