Isnin, 18 Januari 2010

Bendera koyak.....

Assalamualaikum,

1. Nak kongsi berita gembira. Nurhamizah telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di payu dara pada 16.01.2010.

2. Terima kasih kepada Hjh. Eda dan Hjh. Nani kerana memberikan kata-kata semangat (yang berkesempatan dikirimkan sms - kepala bercelaru.......operation is really scary).

3. Kata-kata hikmat yang dipetik daripada Hjh. Nani ...." ...ibu dengan anak, gitulah kuatnya tautan kasih. Anak demam sikit pun dah fikir macam-macam..." ...memang tepat, banyak ramalan negatif diberi oleh Doktor, menyebabkan kita dihantui perasaan takut, bimbang, gusar, dan sebagainya yang seangkatan dengannya.

4. Alhamdulillah....syukur kepada Allah semuanya sudah selamat. Terima kasih kerana zikir yang dititipkan oleh Hjh. Nani......sangat berkesan untuk ketenangan

Wassalam..........cerita Rosmah tak main ye.....

Tiada ulasan: