Assalamualaikum wmt wbt.
Apa khabar semua? Semoga semuanya dan seisi keluarga dikurniakan Allah kesihatan yang sempurna untuk meneruskan lagi perjuangan di tahun baru dan seterusnya.
Agak lama akak tak menulis, biasalah, blog hampir tiap hari masuk tapi bila nak menulis tu tiba-tiba idea kering kontang...
Rasanya belum terlambat untuk akak secara rasminya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Noridah Shaari dan En. Mohd Tahir haji Mustafa di atas kejayaan cemerlang yang telah dicapai oleh anakanda tuan dan puan berdua. Bangga mak bapak ye, maklum bukan senang nak dapat straight A's dan lepas tu jadi best student sekolah. Sekolah pulka bukan calang-calang, Seri Puteri lagi. Sekali lagi sekalung tahniah! Mak dan Apaknya dengar cerita nak gi umrah, dengan anak-anak sekali ke? Insya Allah..Salam Maal Hijrah. nampaknya Akak lah yang masih menanti dan berharap untuk sengih sampai ke telinga tengok result anak. Jah, anaknya sekurang-kurangnya dapat jugak 5A!
Jua selamat kembali ke tanahair akak ucapkan kepada Pak Aji dan Mak Hajah kita. Alhamdulillah semuanya telah selamat disempurnakan. Rasanya sebulan dua ni belumlah hilang bau minyak atarnya. Seronoknya kalian , impian dah direalisasikan..Salam Maal Hijrah.
Salam Maal Hijrah juga kepada Sari dan Roslee sekeluarga, Jef dan Husna sekeluarga,Eda sekeluarga, Hanif dan Anisah sekeluarga, Pak Lah dan Ani sekeluarga,Jah dan Hamid sekeluarga serta Azah sekeluarga....opps!!Semoga Allah mengurniakan kita semua sinar kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat sempena Tahun Baru Hijrah 1429 ini.
Sekian, jumpa lagi......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan