Isnin, 28 Januari 2008

I'm here...still alive!

Assalamualaikum wmt wbt.
Pekabo hangpa semua? Mudahan semuanya sihat. Akak ni baru je nak sihat daripada demam selsema dan demam naik kete baru...kwang!kwang!kwang!

Eh, sapalah pulak yang menulis tak bernama tu? Engkau ke Sari? Tapi akak setuju bebeno dengan hang. Dulu masa reunion bukan main lagi paksa Mas Aji kita create blog untuk CG. Jam tu jugak Mas Aji buat, mula-mula tu bukan main lagilah rancaknya, semua pakat menulis, dari Istana Pagar Ruyung ke Gunung Kinabalu, dari daratan ke seberang lautan, dari bandaraya Kuala Lumpur ke Bandaraya Kuala Terengganu. Hebat sambutannya, akak pun seronoknya, ari-ari nak bukak blog. PAS tu semakin suram dan suram dan suram. Entah kemana menghilang segala anak dare, mak dare dan pak terune semua. Sibuk bebeno hang pa semua ya...

Tapi cakap pasal sibuk ni, se setuju juga, se taau tu ha mak dare anak limo tu, alah tuan permaisuri kita tu, sekarang ni tengah pulun habih mengerjakan eseinya untuk dipersembahkan di kursus ptk44 nanti....(mudahan dapat 4 4....Amin!). Kalau dah cikgu macam kita ni Sari dan Eda oiiiiiiiii sibuk, apatah lagi Mas Aji Pensyarah kita, Jah dan pak Lah Executive kita, Hanif Manager kita, Cikgu pakar kita nun di Gunung Kinabalu dan isterinya, tak lupa Dr kita di USM....berganda-gandalah sibuknya! Itulah gamaknya tiada siapa yang sempat menjenguk blog ni. Akhirnya balik2 AKAK jugak, balik2 makcik Sari, harapkan Dr, dulu rajin, sekarang tenggelam terus di lautan sepi...Nasible..Nak buek camno!

Okaylah, sibuk ke tak ade mase ke, tak sempat ke, apa-apa pun alasan yang korang beri, akak harap janganlah blog ni terkubur terus....Kemana janji kalian semua untuk mengekalkan ukhuwah CG ni ke generasi seterusnya....

Wassalam.

Tiada ulasan: