Isnin, 9 Julai 2007

Assalamualaikum semua. Semoga sihat semuanya. Saya suami isteri kurang sihat sikit, hilang suara. Salam takziah kepada Mi dan Usop sekeluarga. Saya percaya hangpa akan tabah menghadapi segala ujian ini. Benarlah setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang hidup pasti akan diuji. Syukur kehadrat Allah kerana kepulangan Bonda pada hari Jumaat yang mulia. Terbayang nikmat alam Barzakh yang menunggu dan syurga yang bakal dihuni oleh Bonda. Insyaallah. Amin. Kita pula bagaimana agaknya nanti. Mudah-mudahan kita semua akan pulang dengan bekalan penuh di dada dan kita tergolong di dalam orang-orang yang diredhaiNya. Kepada Najmiah, saya amat kagum dengan ketabahan yang Mi miliki, begitu kuat menempuh segala cabaran dan saya yakin ketabahan dan kesabaran yang dimiliki itu akan terus kekal untuk melalui hari-hari seterusnya. Maaf, hari itu kerana kami tergesa-gesa balik disebabkan lima orang putera-puteri cg sedang menunggu di rumah, ayahnya pulak berada di KL Kalau ikutkan hati, mahu tinggal hingga ke petang tapi apakan daya. Mudahan kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika. Tahniah jua kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini, satu anugerah yang pastinya dinanti-nantikan. Berita ini menjadikan saya semakin rindu untuk ke sana dan terasa lambaian Kaabah itu semakin menghampiri. Doakan saya dan suami akan menyusul tahun hadapan. Sekian, wassalam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Usop dan Najmiah kerana akan menunaikan haji tahun ini. Untuk penulis tak bernama (Nani ke) dan suami semoga dapat ke tanah suci tahun depan. Insyaallah. Saya sepatutnya kalau ikut giliran tahun pendaftaran tahun lepas tapi terpaksa ditangguhkan kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Salah satunya tak da mahram. Dulu rancang nak pi dengan bapa tapi tak sempat dia dah tak ada (2001). Apa-apa pun tahniah sekali lagi untuk Usop dan isteri.