Assalamualaikum
DARI ALLAH DIA DATANG KEPADA ALLAH DIA PULANG.
JAM 1.30 PAGI JUMAAT 6.7.07, BONDA (MERTUA) WAN JAWRIAH BT AISYAH (ABDULLAH) (1940-1907)
TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH.
AL-FATIHAH. SEMOGA DIGOLONGKAN DALAM KALANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG SOLIHIN.
JENAZAH BONDA SELAMAT DIMANDI, DIKAPAN, DISOLATI DAN DISEMADIKAN DENGAN SEMPURNA /SELESAI JAM 12.00 THARI, JUMAAT.
KEPADA SEMUA YANG MENGHANTAR MESEJ, MENZIARAHI (EDA/NANI), MENDOAKAN, BERBANYAK TERIMA KASIH DIATURKAN.
"SESUNGGUHNYA YANG BERNYAWA ITU PASTI MATI".
DAN, SEMUANYA ADALAH KEHENDAK ALLAH JUA.
BONDA MENGALAMI SAKIT KUAT TIGA HARI SEBELUM DAN MASIH TERASA BAGAIMANA BONDA BEGITU MENJAGA SOLATNYA HINGGA KESAAT AKHIRNYA.
BONDA JUGA TIDAK LEKANG DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA, MALAM DAN PUASA SUNAT SELANG SEHARI BIARPUN DALAM KEUZURAN SEBELUM HARI-HARI TERAKHIRNYA.
BAGI PIHAK KELUARGA, (NAJMIAH DAN ANAK-ANAK) , TERUTAMA NAJMIAH INSYAALAH DAPAT BERSABAR DAN DENGAN KETENTUAN ALLAH. (NAJMIAH ADALAH ANAK TUNGGAL) DAN UJIAN INI INSYAALAH DAPAT DIHADAPI, SESUDAH KETIADAAN BONDA ( NAJMIAH TIDAK SEMPATPUN MENGENALI AYAHANDANYA KERANA MENINGGAL SEBELUM DIA DILAHIRKAN).
KAMI JUGA MEMOHON MAAF BAGI PIHAK BONDA ATAS APA SAHAJA KESALAHAN YANG TERJADI.
DAN DIMAKLUMKAN, INSYAALAH KAMI TERPILIH (TABUNG HAJI) MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN INI, WALAUPUN TIDAK SEMPAT BERSAMA BONDA SEBAGAIMANA YANG DIRANCANG SEBELUM INI. PERANCANGAN ALLAH LAGI HEBAT, MENGATASI PERANCANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG LEMAH.
WASSALAM
MOHD YUSOFF AHMAD
NAJMIAH HUSAIN
NURUL HUSNA
NURUL HUDA
MOHD ADAM
NURUL HANNAN PUTERI
ABDUL RAHMAN ZAKI PUTERA
NURUL HANANI HAWA PUTERI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan