Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolahh

Assalamualaikum wmt wbt

1. Lusa tahun baru...selamatlah semuanya....umur tambah lagi...
2. Selasa kami dah mula kembali ke sekolah...tinggal 2 orang menengah dan sorang rendah...tahun depan tahun UPSR dan SPM...Berdebar lagi...ah...biasalah ....namanya jadi mak ayah, kalu tak dok perasaan, bukan mak ayah namanya...
3. SBPA telah dipilih, tak pilih tak naik gaji...maklum dah tahun langgar dinding...dah pilih ni Alhamdulillah, hidup lah semula....
4. Pencen? kekal 55..tak daya nak ambik 55 ke 60...nekad nak pencen 55 (kalu tak fikirkan hutang rumah dan kereta, la ni rasa dah nak duk rumah) so kalu pilih 60 pun tetap isi borang jugak bila 55, rasanya lagi menyusahkan...lagi lak kita posting b4 1991...pencen terus dapat makan duit pencen. apa-apapun setiap orang berhak memilih apa yang terbaik buat diri sendiri...so pilih lah hak mana pun asal bahagia...tak gitu Mak cik Sari?
Wassalam

Selasa, 27 Disember 2011

MESYUARAT AKHIR DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Salam. Cuti dah sampai ke penghujungnya. Lip lap lip lap dah ke sekolah semula. Sibuk meting dan perancangan serta tugasan tahun 2012 sedia menanti. Sambil sain opsyen SBPA.Baca-baca dah faham sain je. Lepas tu kalau rasa tak larat , opsyen awal. Masa depan boleh dirancang tetapi tidak boleh dijangka diduga.Allah yang berkuasa kita tiada daya.

Tahun depan beralih angin ke sesi pagi.Jadi orang baru di sekolah baru tahun kedua jadi warganya gitulah.Akur dengan keperluan sekolah.Tugas lebih utama dan tiada halangan.Lagipun cikgu kecik tak ada masalahnya.Buat semampu dan sebaik boleh.core bisnes ngajo.Tambah berada di zon selesa.Maksudnya, tugas-tugas biasa dibuat tak ada luar biasanya. Eh berapa markah nak diberi terpulang.Pangkat gelaran pandangan duniawi, moga hasilnya akhirat menanti.

Travelog hujung tahun Alhamdulillah berjalan seperti dirancang. Refresh sebelum balik menghadap rutin. Cuaca sejuk di puncak Cameron dan hujan sepanjang hari membuatkan saya terkenang situasi banjir di negara kita. Di Pulau Pinang, suasananya agak berbeza seperti tempat-tempat lain di Malaysia. Macam berada di Singapura atau seumpama dengannya. Tambah suasana malam di Batu Feringgi, ala-ala suasana di Phuket gitu. Sempat menziarahi pengasuh Hakim di Sungai Ara..Kawasan perumahan Melayu tapi dah di kelilingi bangunan-bangunan tinggi.Antara kawasan @tanah Melayu yang tak tergadai dek pembangunan.Nolstagia.

Selamat kembali ke sekolah..harap semua mak pak dah siapkan apa yang patut. Saya masih lagi bersengkang mata menjahit baju sekolah anak-anak. Last minute baru ada feel..haa..haa.Belanja besar ya Tuan Haji.Akak Nani dah kurang sikit rasanya.Tunggu 2012 bila anak-anak bujang dah mula melangkah ke IPTA atau matrikulasi baru lebih belanjanya.Mak Daro dan Cik Eda apa kisahnya, Cik Jah oiiii...jengok-jengok lah.Pak Lah dan famili ok, baru balik bercuti sakan ke Langkawi. lainnya tak dengar khabar.Harap baik-baik no.

Kirim khabar dan berita..jangan sepi tanpa berita.

Selasa, 13 Disember 2011

Masih lagi bercuti-....

Alhamdulillah buat Mak Hjh dan Pak Haji yang selamat kembali ke Malaysia.InsyaAllah andai diberi rezekiNya se pun teringin menyusul jejak kekawan ke bumi Anbia. Sepertimana Tn Haji Cop Mat, InsyaAllah Mei-Jun 2012 se bakal ke sana bersama-sama teman-teman sekolah dan famili masing-masing.Mudah-mudahan dipermudah segala urusan.Tarikhnya dah confirm 30 Mei dan balik 11 Jun 2012.InsyaAllah.

Tak ada aralnya, Khamis hingga Isnin akan memulakan kembara hujung tahun.Melepaskan lelah letih. Seperti Pak Haji Cop, sibuk menguruskan persekolahan anak-anak.Baru balik dari Johor urusan kenduri kendara dan singgah MRSM Muar menghantar Hafiz temuduga dan ujian UKKM.Apa yang terbaik buat anak-anak, mak pak akan usahakan.Haa..haa anak bujang saya yang ni, bercita-cita masuk MRSM sebab nak ke luar negara, buat reka cipta kereta yang tak guna petrol. Itu yang diberitahu penemuduga kepada saya, kebetulan saya berada di luar dewan.Bagusnya, bukan akademik sahaja, anak-anak ni diuji pelbagai aspek termasuk bahasa inggeris lisan juga bacaan alQuran dan hadith.Keperluan modal insan yanmg seimbang rohani dan jasmani.


Buat Mek Nani yang baru sahaja kehilangan adik ipar, arwah Cikgu Nawawi Sulaiman @ Cikgu Awi, Al Fatihah.Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.

Sampai jumpa lagi, urusan mengemas bagasi untuk travelog hujung tahun...



Selasa, 6 Disember 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Hijrah

Dan selamat kembali Pak/Mak Aji kita. Tak jumpa ke hj Jib dan hjh Mah/

Dan insyaAllah, bulan 3 nanti mengunjungi semula tanah suci dan diberkati.

Ada nak join silakan....ramai lag best...sama-sama bermunajat...

Lainnya, sibok mengatur urusan anak-anak berpindah/memilih sekolah....lepas UPSR...hajatnya hnya sekolah agama dulu peringkat awal....

tunggu dan InsyaALLAh interview tahfiz/imtiaz...

Moga ada keberkatan hendaknya.

Cuti nie, tunggu air bah!......23 dis baru balik kedah....ada konvoi ke utara..
Wasalam

Rabu, 30 November 2011

Lamo tak bersuo...lamo tak menulih berito...

Assalamualikum sahabat-sahabat CG,

1. Alhamdulillah, se selamat sampai di bumi Malaysia pada 1 Hijrah (Awal Muharam 1433H).

2. Anak-anak berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Buat anak bujang se yang sorang tu, pengganti ayahnya.....berbangga se dikurniakan anak lelaki yang sangat bertanggungjawab.

3. Berjihad selama 49 hari meninggalkan kenangan yang tidak akan luput dari ingatan. Ikatan suami isteri bertaut erat. Umrah, tawaf sunat, kerja-kerja Haji...menginsafkan kami. Terasa seperti percintaan yang terlalu manis.

4. Cabaran utama Haji - Wukuf di Arafah. Berjuraian air mata mengenang dosa yang terlalu banyak dipikul. Melontar di Mina, dugaan antara hubungan manusia. Perlukan kesabaran yang tinggi.

5. Balik semula ke Mekah untuk tawaf haji dan saei.....jutaan manusia berebut-rebut melaksanakan kerja-kerja akhir haji.

6. 4 hari selepas 13 Zulhijjah....Mekah mulai lenggang....Tidak perlu berebut tempat solat. Jihad perlu diteruskan kerana ini mungkin kali terakhir kami ke bumi Allah ini.

7. Delay hari pertama di Mekah digunakan oleh suami se untuk mengucup Hajarul Aswad...ditarik oleh polis Arab 4 kali...akhirnya tercapai cita-cita.

8. Ya Allah Ya Tuhan...aku ingin mengerjakan haji lagi, tetapi jika ini adalah haji ku yang terakhir...berilah aku haji yang mabrur......Doa ku sepanjang masa........

Wassalam....kenangan paling manis dalam hidupku....

Selamat Kembali, Selamat Bercuti

Assalamualaikum wmt wbt

1 Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dan peluang utk mencatat di sini biarpun situasi sedikit sukar sekarang. Kami sihat seadanya...biasalah badan seram sejuk dan tekak perit di musim tengkujuh begini ditambah lagi dengan dua anak teruna yg sedang berperang, satu agak canggih senjatanya manakala yg satu lagi sekadar senjata zaman Jepun...namun doa ibu ayah sentiasa mengiringi...
2. Selamat kembali Mak Hjh Daro...kembali yang pastinya berbekalkan istiqomah ibadat di Haramain yang akan diteruskan di bumi sendiri..InsyaAllah..Begitulah kata mereka....cabaran mengekalkan ibadat seperti yang sentiasa dilakukan di Haramain agak getir bila berada di bumi sendiri. Mudahan Mak Hjh Daro dan Pak Hj Misai dapat mengharungi cabaran itu... Selangkah kluar dari Haramain..,rindu pasti menjenguk...malahan rindu yang lebih parah berbanding sebelum menjejakkan kaki ke sana dulu....Mudahan kita akan dijemput lagi ke sana. Amin ya Allah...InsyaAllah.
3. Cuti tahun ni mungkin di Terengganu saja...namun saya dan Che Eda akan ke KL atas urusan Rasmi pada 15-17 Dec ini ....'Rezeki kami cg2 SMKPM, mesyuarat pertama 2012 di KL international Hotel...dapatlah kami menjenguk KL dan merasa duduk hotel percuma...hahaha. Kesian kami.....kesian anak-anak, kesian suami2 dan isteri2.....kesian duit gomen.....nak buat camana...dunia sentiasa menjanjikan keindahan dan keseronokan yang melalaikan dan menguji manusia...Ampunkan kami ya Allah..
4. Begitulah....tugas misi tetap diteruskan...terkadang kesabaran goyah dek nafsu yang sombong..doakan moga hidup kami sentiasa BERPAKSIKAN SABAR DAN SYUKUR SEMATA-MATA MENCARI REDHANYA
5. Barakallahufii kum. Wassalam

Ahad, 27 November 2011

Buat apa yang perlu dibuat

Salam dan menjengah.Yang lain-lain sibuk ka? Beberapa hari lepas dok gebang dengan Azah.Ceria di hujung talian, InsyaAllah ada kesempatan akan bersua juga.

Pantai Timur dan tengkujuh sinonim.Tambah banjir lagi. Harap dan doa kawan dan penduduk di sana berhati-hati ketika banjir. Yang penting jaga keselamatan.

Mak Daro tak dengar khabarnya. Moga sihat dan dapat haji mabrur.

Jef dan famili lama tak bersua. Sudi-sudikanlah singgah ke rumah andai bercuti di sini.

Yang lain-lain tetap di hati walau tak tersebut nama.Ha.Akak Nani sibuk ke cuti-cuti ni?
Jumpa lagi.Wassalam.

Ahad, 20 November 2011

tahniah dan selamat bercuti

Salam
Hmmm tahniah pada semua.Atas semua perkara.
UPSR baru sahaja terburai keputusannya. Tidak sohor pun apa sahaja hasilnya.
Perjalanan masih panjang.
Paling utama, terpenting, penting sekali....A atau tidak akhlaknya,

Setuju?

Cuti sebenarnya ada kelas lagi, bagi KDC.
Itu ceritanya.

Masih ada harmonic tengah bergelut dengan SPMnya.... Satu suspen dengan PMRnya.
Wasalam

Sabtu, 19 November 2011

Cutiiiiiiiii......

Salam.Gempak punya tajuk.Ha..ha..ha.Ada juga sikit tugas yang nak dibuat masa cuti. Bawa budak-budak menjaring bola.Aktiviti kelab.Tugas yang tak selesai 9 jam.Jadi saya tak setuju gamaknya nak dokumenkan kerja kita (cikgu cikgi ni).Apapun biarlah seperti biasa.Jangan kacau kerja cikgu.Nak buat kat sekolah ke, kat rumah ke janji tak ikut waktu pejabat macam orang gomen lain.Sebab adakalanya kita kerja lebih daripada itu.

Terengganu masih unggul UPSR.Tahniah.Tapi kena tengok depa kerja macam mana.Kita cuti depa dah balik sekolah.Pulun cikgu dan anak murid .Kami seadanya.Ikut flow. Apapun tahniah buat semua mak pak yang anak UPSR termasuk Tuan Haji dan Kak Jah.Yang tak tersebut nama tu, maaflah.Nak bercuti kat mana?Tengok keadaan cuaca..musim banjir ni berhati-hati. Saya macam biasa..ikutlah setereng keta mana nak pi.Mungkin ke utara.Tunggu Anis habis peksa SPM.InsyaALLAH ada kesempatan, singgah menziarah Kak Azah @CT KT kat USM.Tak habaq dia lagi.Mak Pak menakan, Tuk angkat ramai kat Kedah, Jitra, Sg.Petani..InsyaAllah.

Sesiapa yang lajak ke KL, moh mai rumah.Calling..calling ya.Jumpa lagi.wassallam.


Khamis, 10 November 2011

SALAM..SELAMAT BERCUTI

Teruja nak cuti ngalahkan anak-anak murid.Apapun tugasan hujung tahun menghambat hingga sesak rasanya. Istighfar banyak-banyak mohon dipermudah segala urusan. Laa hampir beres.key-in markah. NKRA SAPS...masih lembab juga sistem.Apo nak buek. Yang menurut perintah nak sign pencen 60 macam tak larat je.Hi..hi

Dan moga Mak Aji Angah @ Mak Daro dan suami selamat sampai ke tanah air dengan haji mabrur.Amin.

Buat anak-anak bakal menempuh SPM dan STPM, moga berjaya.

Yang dah dapat markah dan nombor PAT, jangan dok leka. Buku teks dah dapat khatam sampai akhir tahun.Anak sayale...yang dok ikat dan simpan elok je,tahun depan baru buka. Kering air liur dok cakap.

Yang bakal terima keputusan UPSR yang tak berapa hari lagi...moga berjaya.

Cuti-cuti ni mai lah ke Kajang.