Memaparkan catatan dengan label eda aeis ummu aiman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eda aeis ummu aiman. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2008

kita merancang Tuhan menentukan

Assalamualaikum dan salam cuti-cuti malaysia buat yang bercuti, yang cuti tapi tak cuti dan yang tak cuti tapi cuti.

Tunggu punya tunggu akhirnya gugurlah juga sebiji dari 3 biji buah yang dinanti
Tahniah buat husna n jef, terubat sikit rindu kami yang amat lama menunggu..kalau dapat jumpa lagi gempaq no..

Buat angah, tempoh klimak dah semakin hampir sebelum kaki menjejak bumi kaabah, persiapkan diri zahir dan batin, sucikan seluruh jiwa raga dan hati sanubari, penuhkan dengan rasa keinsafan, ketulusan dan pengabdian diri pada Dia Yang Maha Pencipta. InsyaAllah berkat doa kudus sahabatku angah, dapatlah hamba menyusul nanti.

Rancangan nak pi KL kantoi!
Anakanda Luq Aiman ada kelas start 29 Mei - 2 Jun
Anakanda Luq Aidil dan Ummi Ainaa pulak join sekolah depa pi lawatan ke kedah, 3 - 6 Jun
Bonda depa pulak dok pulun marking paper..target siap 31 Mei..silap target mau 6 Jun baru siap..almaklum cuti pakat dok berkumpui di rumah, depa kira nak nganga mulut ja..

So reunion kena pospon la Aza no..
hari tu jumpa dah aza, sungguh! mimpi jumpa aza..kira ok la tu

KITA HANYA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN..

Buat Sari dan Jah, so sorry na..cek dok terbayang2 sate kajang.. tolong makan kat kami na..
dan tali pinggang hikmat jah pun dok di awang2an lagi..bila akan sangkut di damansara pun tak tau la..dalam pengetahuan Allah la jua semuanya.

Untuk cek nani..senang ja kalau nak pencen tanda kain..jangan pakai kain..Heh heh
lagi satu nak habaq, walaupun internet dah ok, tak kan tak mau jengok cek di sberang jalan ni..tak dak sign no entry na..

Usop n d geng yang belum beres PTK jom kita pakat pulun 4 4 belake..Ambe bulan 7 ni..cek dah boking kak nani kita.

Pak lah dan hanif, walau di mana jua hangpa berada, moga hangpa semua satu keluarga sihat, ceria, gembira, dan bahagia sokmo.

Sembang ngan hangpa semua ni memang seronok tapi cek kena stop juga..
Selamat sekodeng dan selamat merespon buat semua cg.

Isnin, 5 Mei 2008

REUNION 2

Salam di angin lalu buat member2ku
yang jauh di mata dekat di hati

aza..cerita hangat kamu memanggil-manggil kami untuk ke sg petani
mungkinkah di bumi kedah nan hijau menjadi saksi
ulang tahun ke-2 reunion cg disambut lagi..

nani..masih ingatkah lagi?
apabila mr. usop pertama kali menjejak bumi smkpm setahun yang lalu
mulanya kami saling tidak mengenal
tidak menduga dan tidak menyangka
ironis dan nastolgik
lalu nani datang menyambung silaturrahim
di situlah bermulalah pencarian ke serata ceruk rantau
mencari untuk menyambung kembali kemesraan silam di bumi ukm
sari dapat dikesan dan menyahut seruan
maka menjejaklah kaki akan ia sekeluarga ke bumi padang midin
jef husna dan putera-puterinya terbang mencari hanif
lalu hinggap di bumi serambi mekah
pak lah satu famili terus menuju ke tempat yang dituju
di sana di kg lapan kotak mr. dan mrs. usop bersama anakanda2 sekaliannya
menanti rombongan yang berkonvoi dari KT dan Klntan
maka pada 1 jun 07 tercatatlah detik bersejarah itu..
sebahagian keluarga cg bersatu kembali

kini, mungkinkah 1 jun 08 sekali lagi kluarga cg membuat kejutan
mungkinkah kedatangan mr. usop ke bumi smkpm untuk kali kedua
menandakan reunion ke-2?
mungkinkah kali ini bumi kedah menjadi saksi?
mungkinkah ia menjadi realiti?

so masuk blog belake, terutama yang dah lama bertapa..
katakan ya jika yakort

buat jah..senyap tidak bererti hilang
hanif..diam tidk bermakna lupa
jefhusna..jauh tidak bermaksud putus
paklah..sepi bukan kerana benci

coz antara cgs we all fren forever and ever.

wassalam.