Episod senyap sepi.
Yang banjir berhati-hati, bencana alam ujian-Nya jua.Reda dan sentiasa siaga.
Saya sedang mencari peluang dan ruang jadi sukarelawan banjir, dapat sumbang tenaga jadilah.
Nak jadi tukang masak ataupun mengajar anak-anak di pusat pemindahan.Tengok kat tv nampak macam boring je bebudak sebab pengisian kurang, tak kiralah buat kelas melukis ke mewarna ke, tulis jawi baca sekali.Cik Eda boleh ngajo Arab, Akak Nani boleh ngajo simple English atau ngaji.Adake orang nak terima sumbangan tenaga saya yang dah nak masuk 5 series 2 tahun lagi?
Cerita seterusnya, cuti Jumaat di Johor.Saya memang terasa seronoknya seperti mengimbau zaman
persekolahan dulu. Hari Jumaat macam hari ghaya.Kaum bapa bawa anak-anak lelaki ke masjid solat Jumaat berbaju kurung telok belanga berkain gombang.Masa dok asrama, hari tak ada prep, Jumaat.Memang guling2 sambil kemas dorm atau tak buat apa2.Menu dari pagi ke malam special terutama lunch nasi biryani Muo dan sirap bandung soda.Boleh sarapan roti canai.Petang2, tahan aya putu mayam berbasikal dengan tong hijaunya.Takpun apek rojak petis yang ber t-shirt pagoda.Pendek kata hari untuk jamu selera.Itu belum lagi Kak Pah jual cucur udang datang atau Mak Timah tembosa(karipap sayur bulat) cicah sos.Nikmat. Sabtu outing gi bando Muo sebab nak makan mee bandung atau satay.Tapi tak selalu dapat, itupun tak putus2 baca "summumbukmum" minta warden lembut hati.Tapi tak cerita kat anak-anak pasal ni.
Selebihnya balik kampung rumah mak di Sagil, kumpul anak beranak.Orang Jawa tak tinggal nasi ambengnya.Menu utama makan ramai-ramai.Sempat ke Taman Lagenda Gunung Ledang bawa anak-anak
mandi-manda.Cuti bajet.Balik rumah mentua di Kluang juga jumpa sanak-saudara di sana.
Juga berkesempatan jalan-jalan ke Cameron.Lengang, nyaman dan tak sibuk.Cuaca sejuk , malamnya
suhu 15 C, siang 24 C.Sayang banyak bukit ditarah dan cuak andai tiba-tiba tanah longsor.Di Lembah Bertam, meninjau kawasan yang dilanda banjir lumpur.Mana taknya, rizab sungai dah dibuat kebun, rumah bagai. Agak2 saya kalau rizab sungai 20 kaki tak jadi tragedi tu.Jadi fikirlah sendiri, jangan seperti bangau oh bangau.Satu lagi, rasa dok kat Bandung atau Bangladesh pulak sebab banyak peniaga orang depa. Tak beli makanan masak sebarangan sebab tak pasti mana sumbernya.Sedihpun ada. Yang seronok sepanjang jalan naik dan turun, meriah dengan gerai durian dan buahan lain. Memang murah.Pendek kata jalan-jalan cari makan cuti kali ini.Bertuah dan bersyukurnya tinggal di Malaysia.
Selebihnya, kenduri-kendara dan meraikan saudara mara yang bertandang.Kekawan bila nak mai?Jom gebang-gebang di Kajang (pondok kecil saya).Dan ada kesempatan memboking rumah peranginan gomen untuk cuti Mac 2014 akan datang.InsyaAllah ke Morib dan Fraser Hill le pulak.Dah siap tempah dan bayar.
Bila lagi? baloi memang berbaloi, banglo 3 bilik di Morib Rm60 sahaja.Cadangan nak ke Tasik Kenyir Mei 2014, tapi tempahan atas talian (skema je ayat) belum dibuka.
Apapun, caling2 dan teruskan rutin harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan