Syukur dan moga kunjungan ke Haramain beroleh keberkatan.
Kami juga sentiasa mengharap dan berharap dapat bertamu lagi.
Doakan.
Bak kata Husna..mencari ketenangan.
Moga kalian diberikan Allah kesihatan yang baik dan dapat beribadah sebaik-baiknya.
Menanti kunjungan Akak Nani ke rumah Isnin ini, yang lain bilonyo nak datang rumah se?
Tn Haji Chop Mat, Tn Hj Hanif dan Cik Eda tak jumpa jalan kot ke rumah saya.
Awal bulan lalu ke USM, bertandang ke pejabat Azah.Tak lama tapi bermakna.
Alhamdulillah diulit bahagia.
kebetulan jemput Anis dan barang-barangnya di Matrik Kepala Batas.
Semalam, bertamu ke rumah Pak Lah;kenduri kesyukuran dan tahlil.
Tahniah buat semua anak-anak yang berjaya ke IPTA(Maryam Zainab Asasi UIA),
Matrikulasi Kolo Pilah( Nabilah anak dara Akak Nani).Pewaris CG dah beso-beso rupanya.
Yang menunggu keputusan ke IPTA September ni pun debar juga.Kok dihantarnya sinun ke Sarawak atau ke Sabah. Minta tolong Pak Menakan kat KK tengok-tengokkan.
Selamat bercuti, moga bermanfaat.
Yang tua diziarah, yang muda mengalah.
InsyaAllah, akan ke seberang tambak Johor bawa anak-anak bercuti.
Balik kampung sekali ziarah tuk nenek.
Juga melawat kawasan : Gelang Patah kononnya nak le ganti gelang baru 5 tahun lagi.Itupun kalau cukup bajet.
Wassallam.Tunggu!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan