Isnin, 25 Februari 2013

Suka-suka je...


Sibuknya suasana pasar terapung Damnoen Saduak.150 km dari Bangkok.Pakej
lawatan 1/2 hari Rm24 seorang,termasuk naik bot panjang susur sungai.Tempat mesti pergi.
 Boleh cuci mata, boleh beli belah.Tak tahannya banyak jual 'khinzir' panggang.Bau masyaAllah.

Macam kat sini juga, sama je buahnya.Tak tanya harga sebab tak beli.

Ni best!aiskrim perisa kelapa dalam tempurung kelapa dan ada kelapa muda.Rm4.Itu je yang rasa yakin boleh makan kat Saduak.



Lokasi: Stesen kereta api Hua Lamphong.Nak balik Butterworth.Bunga ada di mana-mana.Perjalanan 23 jam 30 minit.Jangan risau, ada tempat solat/sembahyang (tulis rumi)

 Inipun ada kat Pasar Terapung.Tahun Ulo,boleh kalau nak posing.Bayar.Tak kuasa sebab geli geleman.





Tuk Tuk.Macam-macam kaler.Ronda Bangkok
Rm 6 - 8 .Rakyat ramai kena ambil 2 buah.Hampir 90% jalan raya kat Bangkok bersusun pengangkutan awam.Jammed teruk terutama waktu puncak.What to do?Teksipun  lebih 20 kaler.Pink cantik woi.tak ada keja, dok kira warna teksi.

Lokasi Chinatown.Tak sibuk lagi sebab kita tak keja, orang tak balik kerja.Santai.



Jumpa lagi sesi cuci mata @ suka-suka.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..pakej setengah hari ke domean saduak yg harga rm24 seorg tu awak ambil dimana yea? Safety tak utk saya yg akan pergi dgn 2 anak kecil umur 5 dan 8 thn?

Unknown berkata...

saya pun nak tau mcm mana