Isnin, 25 Februari 2013

Suka-suka je...


Sibuknya suasana pasar terapung Damnoen Saduak.150 km dari Bangkok.Pakej
lawatan 1/2 hari Rm24 seorang,termasuk naik bot panjang susur sungai.Tempat mesti pergi.
 Boleh cuci mata, boleh beli belah.Tak tahannya banyak jual 'khinzir' panggang.Bau masyaAllah.

Macam kat sini juga, sama je buahnya.Tak tanya harga sebab tak beli.

Ni best!aiskrim perisa kelapa dalam tempurung kelapa dan ada kelapa muda.Rm4.Itu je yang rasa yakin boleh makan kat Saduak.



Lokasi: Stesen kereta api Hua Lamphong.Nak balik Butterworth.Bunga ada di mana-mana.Perjalanan 23 jam 30 minit.Jangan risau, ada tempat solat/sembahyang (tulis rumi)

 Inipun ada kat Pasar Terapung.Tahun Ulo,boleh kalau nak posing.Bayar.Tak kuasa sebab geli geleman.





Tuk Tuk.Macam-macam kaler.Ronda Bangkok
Rm 6 - 8 .Rakyat ramai kena ambil 2 buah.Hampir 90% jalan raya kat Bangkok bersusun pengangkutan awam.Jammed teruk terutama waktu puncak.What to do?Teksipun  lebih 20 kaler.Pink cantik woi.tak ada keja, dok kira warna teksi.

Lokasi Chinatown.Tak sibuk lagi sebab kita tak keja, orang tak balik kerja.Santai.



Jumpa lagi sesi cuci mata @ suka-suka.

Ahad, 24 Februari 2013

Pada suatu hari...


Balik Muo..mesti cari kupang@siput sudu (orang Kuala Kerpan kata)
Lokasi: Jalan Tg Agas ke Bando Muo
Sedap masak rebus campur bawang merah dan daun kunyit.Cicah sambal kicap.

 Baca dan besokan gambo.Tinggalkan...

 ILMU Janda Baik:Institut Latihan Memperkasa UMNO


Boleh gak reunion kat Cherengin Resort Janda Baik


Sayuppppp/.. dari atas bukit.Sekolah Keb Janda Baik

Sebonanya, secara kebetulan. lepas ziarah Hakim di UIAM ,Gombak.Jalan-jalan menyusuri bukit bukau pada suatu petang yang nyaman. Sambil cari makan..singgah pasar malam  di pekan Bukit Tinggi.

Rumah peranginan gomen semua dah penuh sampai Disember 2013.Cadang nak ke Fraser Hill danTasik Kenyir.Singapura tak layak pulak(JUSA C).Betul kata Mak Daro...murah dan selesa.Pernah menginap di RRP Pulau Pinang.Dapat Bilik VIP (tumpang tuah Gred 52..kebetulan kosong)RM100/malam berbanding kadar hotel lain RM380.Anak ramai...nak selesa dan jimat:RRP ada.Boleh dapat 2 bilik sekali booking.
Bagus cadangan RRP di Makkah dan Madinah.  





Ahad, 17 Februari 2013

Sambungan...sebolum mulo sekolah

1. Takpolah, kok dikato sibuk menyibuk....bilo tak sompek sok.....nak bukak lap top pun teramatlah malehhhhh
2. Terimo kasih kerana beri no Noorma, memang sonang kojo se nanti. Bas dah ado...minyak free.
3. Sesapo nak cari penginapan, kito pegawai kerajaan ado untung eh. Surf rumah Penginapan Persekutuan, Murah jo....RM25 semalam tapi macam hotel 5 bintang.
4. Se dah poei Cameron Hinghland bulan Januari ari tu, tido sinun.....memang best. Gunokan kesempatan yang kito ado.
5. Se ado cadangkan buek rumah Penginapan Persekutuan di Mokah, ontok orang tu.
6. Plan terbaru ke Frazer Hill...

Oooooo....takajut menengok Mizah mengambil gambar
macam profesional bebonar. Ateh cruise, ramai orang 
Yahudi berpacaran dengan wanita Vietnam.( Sumber: 
pemandu pelancong Malaysia)




Hohooooooooo......SENSORED.....Bak kata salah
seorang jemaah kami....semuo dah direkodkan. Huuuu
Dalam setiap curise, ado penari separuh bogel.......




Gu chi Tunnel....orang somput jangan masuk!
Bayangkanlah orang-orang Vietnam merangkak-rangkak
dalam terowong ni untuk berperang dengan Amerika dan
sembunyikan diri! Se raso menyesal menyalahkan Vietnam 
maso ajar Sejarah dulu. Rupo eh Amerika yang jahat.......

Salah satu tempat persembunyian. Muek-muek jo. 
Sesuai dengan orang Vietnam yang slim melim semuo eh.
Hidup menderita.....tak do se nampak yang obes!



Rasolah makanan zaman porang....ubiy  kayyuu

Orang pertamo kali jojak kaki di Hard Rock....selalu eh
dongar cito yo. Kat Genting, KL pun ado. Rupo eh jual 
T-Shirt standard. Belek punyo belek...jumpo lah T-Shirt
made in Malaysia. Keh..keh..tompek se tekoncing! Cehhh


Puppet Show...dalam air you all. Bagus lah orang Vietnam.
Takdo lak berangan menjadi negara maju macam kito tapi
dengan sendirinya boleh menjadi negara maju! Se kagum!


Terlalu banyak bezo kito dengan Vietnam. Mereka pembersih walaupun miskin.
Pelajar-pelajarnyo tak melepak-lepak macam kek sini.
Hanya 2 orang pengemis jo se jumpo. Golongan gelandangan tak ado!
Harga barang rendah, kek sini?????? Aduhhh....
Banyak lagi nak kongsi tapi dah sampai tahap maleh menulih ni.
2010- poei Siam (Chiengmai)....raso tak seseronok Vietnam. Mungkin maso tu marah menolak tawaran ke Mokah. Tapi semuo ado hikmah.. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur 2011 dapek ponohi hajat.










SERONOK KALU BOLEH POI....

Yealah, semua senyap sepi.
kita-kita yang sibuk menyibuk, betulkan Mak Daro.
Tumpang seronok dan teringin nak ke Vietnam.
Belum ada kesempatan.
InsyaAllah, kumpul RM buat bawa anak-anak yang setengah dozen.
Hujung tahun harapnya.

Kawan kita, Cik Noorma Dalim kerja dengan agen pelancongan.CS HOLIDAY.
Cikgu-cikgu sekolah saya dah ramai yang dia uruskan.Termasuk kalau anak-anak murid
nak ke Langkawi atau mana-mana.Senang kerja cikgu.
TEL:019 4792215.

Janji saya pada Akak Nani nak pos gambar di Bangkok tak sempat.
Tak shopping sangat, walaupun mungkin tak semurah Vietnam.
Tunggu!!!!
Juga menunggu khabar Husna yang baru balik umrah &ziarah.
Moga dipermudah segalanya.

Sampai jumpa lagi.
Selamat kembali ke sekolah setelah cuti panjangggggggggggg.

Sabtu, 16 Februari 2013

Jangan ontok yo

Assalamualikum,
1. Semuo ontok (sonyap) yo orang Ganu. Apo kono eh Jang dongan Milah?
2. Jah nyo kelab mesti dah bertambah ahli penskodeng.....Dr. Ct Jah...jangan mengondap (skodeng) yo...
3. Se nak kongsi pengalaman bercuti di Vietnam. Rasonyo paling syok lah kok banding dengan tompek2 yang se ponah poei. Kok (kalau) bandingkan dengan Siam, Vietnam lagi best. Nak ajak CG poei sanun takut tak kesampaian ....mungkin kito dah pencen sokk... InsyaAllah.





Di Muzium Perang Vietnam. Banyak bahan sejarah. 
Kita semua tertipu.....Amerika mencorakkan sejarah 
dunia.



Kesan perang kepada rakyat Vietnam. 3 juta rakyat
terbunuh, 300,000 hilang. Amerika kata semua itu kerja 
orang Vietnam sendiri (Vietkong)



Pejabat Pos Vietnam....juga tempat pelancongan. 
Pekerja pejabat pos ni buat dekk je walaupun berpusu-
pusu orang datang!


Menaiki boat menyusuri Sungai Mekong. Minum air 
kelapa....pengalaman manis semanis air kelapa!


Bersampan...untuk menaiki boat semula di muara Sungai
Mekong. Bayaran tips 1US Dolar = RM 3. Tapi tak 
sampai hati melihat orang tua yang mendayung tu.....
Shopping giler....barang-barang terlalu murah.
90% pembeli dari Malaysia. Kain cotton RM 23 je
 4 meter. Baju kurung bersulam2 ...RM 50 je. 
Terpaksalah beli....

Berhontilah dulu. Kitaorang nak ke P.Dickson.
Isnin (18.2) Syikin nak balik....jadi, nak dinner lah kat sanun.

Motosikal - pengangkutan utama. 4 juta jumlahnya.
Tak merempit dan sangat kurang accident!


Isnin, 11 Februari 2013

Yang hidup pasti pergi..

Salam takziah buat Akak Nani dan keluarga.
Moga arwah ayahanda ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Amin.

Begitu hukum alam.
Dan janji Allah.
Kita yang tinggal , teruskan kehidupan.
Sambil mencongak-congak amalan selama ini.

Kesempatan ziarah nenek suami yang sakit, menginsafkan.
Betapa kita tak lepas daripada diuji-Nya.
Yang tua umpama kanak-kanak.
Yang kanak-kanak akan menjadi tua.

Selebihnya, cuti kongsi fa chai...ada kesempatan jumpa sanak-saudara.
kenduri-kendara, yang terima cucu, terima menantu ,tambah orang baru.
Sampai jumpa lagi.
Happy birthday buat semua yang dah mencecah angka 48 (termasuk saya)


Sari masih di sini.