Ramadhan : Apa Perlu Buat?
Bagi
meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan
Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT
sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa
adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap
amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali
ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas
untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan,
minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat
Al-Bukhari & Muslim) .
Bonus & Belanjawan
Cuba
kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung
tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita
Mengapa
kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?
Sudah
tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .
Mengapa
kita seronok mendapat duit ?
Jawabnya
; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.
Lalu
berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?
Sudah
tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada
yang lambat.
Jika
demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan
berterusan?
Jawabnya,
paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.
Baiklah,
selepas kematian adakah masih ada seronok?
Jika
tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?
Jawabnya
; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak
dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam
keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t
dan ia pastinya amat panjang.
Jika
demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan
sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah
bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk
ke syurga Allah s.w.t dan TENTUNYA REDHA ILAHI.
Tapi
bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih
rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini
kerana belanjawan baru-baru ini (untuk tahun 2008) akan mewujudkan lebih banyak
rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan
50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah,
yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain.
Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan
digunakan untuk perkara lain.
Manakala
pada belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit kelegaan buat
individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang dikira menggembirakan
adalah seperti :-
Rebat cukai
pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000.
Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak
lagi dikenakan cukai.
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
Kelayakan pendapatan
isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari
RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Pengurangan 50
peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak
Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15
September 2008.
SERONOK
HAKIKI DAN SEMENTARA
Keseronokan
jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan
baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada
keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah
syurga di akhirat yang kekal abadi.
Mengapa
ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?.
Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat
sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.
"Ya
Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu
dan engkaulah yang maha pengampun"
TAWARAN
BONUS LUAR BIASA
Justeru,
niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci
kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa
Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada
rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin
menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini
layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang
ditawarkan oleh Allah.
Selain
itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap
buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa
yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran
pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh
Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya
"Barangsiapa
yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka
tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan
dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Beberapa
ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr
Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan
bahawa di samping pahala yang berganda. Perlakuan dosa juga bertambah serius di
bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar
untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa
sejauh-jauhnya di bulan ini kerana perlakuan dosa didalamnya adalah sesuatu
yang serius.
SYAITAN
KENA GARI?
Umat
Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah
menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu
para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama
yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas)
oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn
Quddamah, 4/116).
Ada
pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas.
Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan
menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan.
( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )
Ada
juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu,
manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat
maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan
nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan.
Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika
Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar,
2/13).
MARI
MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN
Bagi
memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari
Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-
1)
Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2)
Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh
selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
"
Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan
sahur" (Muslim, 2/770).
Selain
itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada
barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda
SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang
bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain
makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat
tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat
subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah
amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di
sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan
amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam.
Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda
SAW.
3) Memperbanyakkan
bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat
ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di
atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia
adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda
membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith
al-Bukhari.
4)
Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang
waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu
yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi
S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة
: الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya
: Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa
sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir
sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah
hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام
العادل ودعوة المظلوم
Ertinya
: Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka,
pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi,
Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi
dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
5)
Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
Ini
kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya
: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah
waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)
6)
Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan
hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya
: "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan
berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka
juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari
tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan
makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan
bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka
walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
7) Adalah digalakkan
pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma
kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan
meneguk air.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم
يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا
حسوات من ماء
Ertinya
: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan
sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa
teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil
memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u
wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya
: "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat
pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut
Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.
8) Amat disunatkan
untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang
ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
من فطر
صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya
: Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka
baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (
Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut
dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي
شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya
: Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan
memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus
sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam
Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )
9) Menunaikan
solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita
atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat
An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan
separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada
20 rakaat.
10) Bersiwak (iaitu
menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW
dari riwayat al-Bukhari.
11) Amaran bagi
berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi
SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya
dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min
At-Tarhib wa targhib).
Selain
itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur
pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang
ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud,
Ibn Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan