Khamis, 21 Jun 2012

AIR MATA TERUS MENGALIR...

Menatap gambar dipos Akak Nani, buat air mata terus laju tanpa henti.
Dalam gambarpun mata dah bengkak sembab. Susah nak seka. Syukur diberi peluang menatap Baitullah, tahajud di Masjid Nabawi, melangkah ke Masjidil Haram sebak menerjah segenap ruang.Tambah syahdu di Raudah dalam pekat malam yang hening. Mohon diampunkan segala dosa dan diterima amalan selama hayat.Di Multazam, di Hijr Ismail berdoa yang baik -baik buat semua yang disayang; suami, ibu bapa. anak-anak, kawan-kawan, saudara mara dan umat Islam semua.Dan air mata tak pernah berhenti.Mengenang khilaf masa lalu, mohon jauh maksiat dan terus istiqamah dalam ibadat.

Seperti Akak Nani, hujan rahmat membasahi bumi Makkah. Main hujan sama..teruja. Di Madinah juga merasa hujan.Turun pertama kali tahun ini.Di Kajang, tak hujan-hujan...waa catuan air di Saujana Impian.

Buat anak-anak yang bakal melangkah ke pusat ilmu dan yang dah ada di sana, tekad azam teruskan perjuangan menjadi anak watan berilmu. Buat Akak Nani dan Mak Daro...MOU.Boleh buka kilang, kiosk ke, apa je yang ada kaitan makanan halal.

Caling-caling singgah Kajang buat kawan-kawan.

Sari --terus mengenang dan terkenang.

Tiada ulasan: