Rabu, 5 Disember 2012

Bersuo kito.....



Pakej percutian 2 dalam 1. Macam Akak Nani cakap, 
dah tau selok belok PP...redah je. No hal punya.... 
3 orang Mak Daro tu, namo ayah samo....al Shaari.
Hanyo anak daro tu je...ayah eh...Mohd Tahir
 
Tangan se lah tu...kepok lekor dan cicoh
 
Di sinilah tompek makan eh....tapi tak sanggup order
 goleh bosar. Sobab control ayu....heeeeeee
 
Sebolum balik singgah boli kepok.....
 
Mak Daro mengorek duit.....

Inilah pengantin eh....Cikgu sekolah yang kahwin tu.... lelaki. 
Mestilah bergambar dengan pengantin pompuan!
Anak-anak lah yang paling happy.....

1. Dalam kesibukan memeriksa kertas modular sempat gak poei berjalan.
2. Tigo hari selopeh balik dari Ganu....penyerahan semua kertas yang diperiksa. Percaya tak 15 hari sahaja  
    masa menyemak.
3. Duo hari rileks, sambung lagi dengan taklimat penyelarasan PBS Pengajian Am. Ada beberapa cerito :

        3.1 Nora Sahmat (kawan arwah Nolela-Sarawak).....dapat tekanan darah rendah. Pengsan. Sebab 
              terlampau stress.
        3.2 Jumpo cikgu dari Sabah....dapek berito tontang Hayati Aris (Johor).....baru naik DG 54, Guru 
              Cemerlang Pengajian Am. Suami eh (Akak Nani ingat lagi?)....dah jadi Pengetuo. Tapi tompek 
               jejauh, kono naik belon... Mungkin Tuan Jeff pun lobih kurang tu lah jugak....
4. Se dah sibuk balik dengan mesyuarat PBS peringkat nogori lak.....

Wassalam.......


Jumaat, 30 November 2012

CUTI DARIPADA PELBAGAI DIMENSI..

Maksudnya...ada yang suka cuti dan gumbira beritahu kawan.Ada yang suka cuti tapi tak mahu susahkan kawan.Apapun, jangan ada yang rasa hati, susah hati kawan.Saya...silakan ke rumah, suka dan senang hati andai ada yang sudi bertamu.Cerita-cerita pasal kawan, lama tak dengar khabar berita CTKT,Cik Jah, Hanif   dan syukur dapat berita terkini, Cik Eda dan Husna.

Dan nak habaq mai, InsyaAllah kami anak beranak akan meneruskan kembara cuti panjang ke Bangkok,Thailand pula mulai 7 dis hingga 11 Dis 2012 ni.Sambil mengutip pengalaman mewarnai kehidupan .akan dicoretkan nanti dalam blog,ingin merasai suasana pasar; pasar malam, pasar terapung di Sanduak, pasar basah ,pasar bunga...ha haa.juga perjalanan balik dgn kereta api Bangkok -Butterworth, 22 jam lamanya.segala pengangkutan nak cuba, udara, darat dan air.Andai ada kesempatan teringin nak melalui Jambatan Sg Kwai..landasan maut.InsyaAllah doakan perjalanan /kembara ni selamat ke penghujungnya.

Cuti..cuti untuk rehatkan diri.Jumpa lagi.

Sari ..pantang ada cuti.JALAN.

Rabu, 28 November 2012

Cuti dan kenduri

Assalamualaikum wbt.

Bila cuti, kenduri
bila kenduri, cuti...hehe

Orang Nogori mai Ganu, kenduri sambil bercuti
Sori sori sori, rumah hijau berkunci
Orang Ganu pi Selangor, bercuti kerana kenduri.
Lalu menghantar anakanda mendaftar diri,
di KUIS menyambung studi, diploma tahfiz pilihan hati.

Selamat bercuti dan selamat berkenduri buat puteraputericg.
Aeis.com.

Selasa, 27 November 2012

Ooops! Betul ke ni?

Assalamualaikum wmt wbt,

1. Sabtu 24/11, bawak kawan dari Sarawak ronda2 kat Pasar Payang.  
2. Tengah tunggu kawan yang sorang lagi, jugak dari Sarawak kat food court, ternampak ada orang seyum dari jauh.
3. Rasa macam kenal je budak manis ni, lepas tu datng sorang lagi kat sebelah dia...eh  bia botul ni....mata ni tak tipu ke? Macam tak caya je....
4.  Eh, botul la....dia tu datang ganu....kita tak tau pun....mujur terserempak, kalau tak memang tak tau kata dia datang.
5. Maaflah, orang datang kat tempat kita, kita tak ajak ke rumah, tak teman ronda2 (sebab rasanya dia lebih expert bab2 beli-belah, tawo menawo sutera di PP tu..)
6. Harap2 terserempak lagi la lain kali kalau datang ya....hehehe
Wassalam 

Ahad, 18 November 2012

cuti? Tak cuti pun....

Assalamua'laikum wmt wbt,

1.  Cuti yang tak cuti datang lagi....malahan keje bertambah banding masa tak cuti.
2. Masih kena gi sekolah siapkan segala pelan melan utk tahun depan....masih lagi jadi drebar utk anak2, yg SPM cg2nya separuh mati, hari-hari buat kelas utk subjek masing-masing, yang tak pekse pulak, ke kelas itu ini....
3. Urusan masak memasak@kain baju@kemas rumah....memanglah the never ending job makcik Sari wei...cuti2 ni kena perform 500%, kalau tak KPI tak capai....
4.  Hari Maal Hijrah baru ni Husna telefon, kami sembang lama jugak.  Yang paling seronok dengar, Amal dah keje, Fahim tahun 2 UIA, Anis tunggu PMR.  Yang lagi paling seronok, Husna kabo dia ngan Fahim akan g umrah Februari tahun depan...insyaAllah, moga disampaikan hajat utk mengunjungi HaramainNya dan dikurniakan umrah makbul..  Pas tu Husna ada tanya, apa dah jadi dgn CG ni? Tak de ke lagi RU?  Ha-ah ek, lama dah kita tak jumpa, canne tahun depan kita plan balik RU kita....(selalu berangan dan berdoa agar satu hari Allah izinkan dan jemput kita semua bertemu di HARAMAINNYA....umrah atau haji....alangkah bahagianya menantikan saat2 indah itu...)
4. Apa2pun selamat bercuti buat semua, tak kiralah apa cara dan di mana cuti itu dihabiskan...Akak bercuti di ganu saja, lebih tepat lagi di Rumahku Syurgaku)
5. Wassalam

Jumaat, 16 November 2012

CUTI ---DAN KERJA WAKTU CUTI

Jeng..jeng memang bestlah cuti sekolah .Dah lapang kepala sebabnya kerja sekolah solosai.Bukan murid je seronok, cikgu dan mak murid(saya le ) seronok. Tugas menanti..Master Chef di rumah. Tak boleh nak elak. Semua laskar ada di rumah; 6 orang.jangan lupo anak se setongah dozen. Ketua Jenderalpun ada (abah nye).Semuanya perlu perancangan teliti, pelan taktikal , pelan strategik dan apa-apa teori yang boleh diguna pakai.

2. Seronok tengok gambo Mak daro jadi assistan doktor.Haa..ha comel lai tu. Akak Nani uniform apa lak. Sesekali bergaya dengan uniform nampaklah mudonya.trang tang tang. Saya penasihat Kadet Tentera Darat tapi rasa tak come sebab dah mengembang sana-sini.Tengoklah nanti, andainya slim melim, nak gak bergaya ala pegawai tentera.Dulu tak rasa nak masuk ROTU.Nak berbaju kurung, macam ke Ustazah KAGAT.Cikgu-cikgu pompuan sudahnya, pakat-pakat pakai baju/uniform Puteri Islam kalau Hari Rabu.Pening PK Koku.



Bersama dengan anak murid (3/4 kelas saya) posing sempena Majlis Penutupan Pertandingan Bicara Berirama Kebangsaan di Air Keroh D'village,Melaka.Tak menang tiga teratas.Kalah dengan Imtiaz Dungun dan Sabah.Kira menang sorakle.Syukur dapat sampai ke peringkat Kebangsaan wakil Selangor yang awalnya suka-suka paksa mereka masuk aktiviti itu dan ini, sebab SIJIL.

Jumpa lagi, wassalam.


Sari...





Isnin, 22 Oktober 2012

Kona-konakan 3

Assalamualaikum,
1.  Masih terasa kepuasan dan kemeriahan meraikan kejayaan anak-anak. Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kenikmatan yang tidak terhingga.

2. Jawapan untuk kona-konakan 1....memang tepat sekali jawapan Sari. Fadzilah Husein, Kelas 1 BI di UKM dulu. Suaminya Azam Dungun...Pengurus FELDA sekarang. Terlalu pendiam (Azam)....lebih suka buat hal sendiri. Fadzilah dah banyak kali bertukar sekolah. Kalau ke KGV.....guru biasa je tapi kalau keluar dari KGV....baru naik pangkat.

3. Kona tak kawan kita yang sorang ni....?

                                          Konalah kan??? Se, kek tongah. Berangan jadi misi...
                                          Kiri dan kanan se....ex-student se... tahun 1993 kgv,
                                          Sekarang dah jadi cikgu Pengajian Am kgv. Cikgu dan
                                          anak murid sama-sama menabur bakti....
                                         Sebonar eh nak tanyo. Kona tak yang sebolah kanan,
                                         serba biru???

Wassalam....kito jumpo lagi di Kona-konakan 4......  












Selasa, 16 Oktober 2012

Kona-konakan.... 2


s
1. 14.10.2012..8.00 pagi - 12.00 tgh....
     Majlis Konvokesyen Nor Ridhwan di UTM Skudai.
     "Killing two birds with one stone." Dapek ijazah, dapek bakal menantu (pakai baju grey)

2.  13.10.2012..8.00 pagi - 12.00 tgh...
     Majlis Konvokesyen Nurhidayah di UMP Gambang.
     Bakal menantu orang Sabah bak....tapi pemalu.

3.  12.10.2012..8.15 malam - 12.00 malam..
     Majlis Makan Malam Askar Wataniah di Royale Bintang, Seremban.
     Kona tak? Anak-anak bujang Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tak sangko...3 hari yang cukup menagih tenaga...

Khamis, 11 Oktober 2012

Terus memantau

salam,

masih ada nafas dan ada berita
Sibok daan buat-buat sibok, itulah kita

Dan kematian terus menggamit, minggu llepas, pak menakan, abg bonda dipanggil pulang. Al Fatihah.
kita menunggu saat lampu terpadam, minyak kering!!

moga rutin harian tetap ceria dan mendamaikan terus membahgiakan.

Rabu, 10 Oktober 2012

Sesekali Mencoret

Assalamualaikum wmt wbt,

1. Masa yang berlalu, begitu pantas, tidak terkejar...
2. Sepantas pedang yang memotong, putus, tidak bersambung...
3. Begitulsh, kesibukan urusan negara ( baca sebagai 'memuaskan hati yang berkuasa') yang memenatkan mental dan fizikal, lantas mata hanya melihat dan membaca, minda tidak lagi dapat berfikir sesuatu untuk dicoretkan dan seluruh jemari terasa begitu kaku dan sukar untuk menekan huruf-huruf di papan kekunci. Hasilnya, begitulah...setiap hari sekadar menatap apa yang dicoretkan lantaran .hati tidak dapat dipisahkan daripada  ingatan pada kepada sebuah kenangan terindah melayari alam persahabatan... tetap utuh.
4. Setiap kali menatap dan membaca, kenangan menjelma...masa terus berputar, telah atau akan luputkah ingatan mereka?
5. Segalanya di dalam ilmuNya.

Rabu, 3 Oktober 2012

Apo tak kenalnye

Baju purple...Fadzillah , dah jadi teacher kat KG V ke?Takpun ketua bidang @ jawatan yang sewaktu dengannya.

Saya nak ucap tahniahle kek Mak Daro, naik gred naik le jawatan hakikinyo.
Apapun  teruskan bakti.

sari... tetap cikgu kecik walo badan bosa.

Isnin, 1 Oktober 2012

Kona-kona kan...get to know....heheee

 Kona tak yang pakai serba purple? Sempena Hari Guru 2012.
Sebagai guru tingkatan...mungkin kali terakhir sebab tahun ni dah tak berklas lagi.
Perkongsiannya....hanya seorang pelajar Melayu daripada kelas se ni tak dapat 
masuk Universiti....Syukur kepada Allah, yang lain semua berada di menara gading.

Khamis, 27 September 2012

Sibuk kaa?

Salam buat semua,

Episod senyap-sepi bermula.

Faham dengan hambatan tugas dan masa.
Syukur diberi kesempatan_Nya untuk terus bernafas dan sumbang bakti mana yang termampu.
Buat anak-anak yang dah lepas UPSR, perjalanan masih jauh.
Yang bakal periksa PMR (termasuklah anak dara saya-Aina), jangan leka.Juga bukan penghujung
atau penamat pencarian ilmu.
Buat anak-anak yang bakal SPM (termasuk Nabilah anak akak Nani) teruskan perjuangan dan tetapkan
matlamat mana nak dituju.
Abang kakak di menara gading, terus pulun menggapai impian.Untung-untung dapat sponsor gomen,
legaaa mak pak (termasuk saya le..hi..hi)

Rumusannya ilmu dunia dicari, ilmu akhirat juga terus digali.

Sementara masih tersisa, teruskan perjuangan didik anak bangsa.
Hai, dah siap dashboard teachers frog @VLEFrog?
Saya masih terkial-kial siapkannya, banyak cabang nak digapai.
Akhirnya zzzzzzzz.

Dan akan bertugas masa PMR dan sambung tanda PMR.
Tak sabar nak tunggu agenda Raya, cuti dan kelas tambahan cuti akhir tahun..haaaa

Sari masih di sini.

Khamis, 6 September 2012

Assalamualikum,

1. Agak terkejut apabila mendengar berita daripada Hj. Usop. Walau bagaimanapun, takziah. Jika ada kesempatan, ceritalah tentang sebab-sebab pemergian Allahyarham.

2. Kesibukan duniawi melekakan......AstafiruLlah...tak sabar se nak pencen.

3. Datanglah beraya...rumah se sentiasa terbuka. Baru je selesai mengqada' dan pose nam....

Wassalam.

Rabu, 29 Ogos 2012

Kepada Allah jua kita kembali..

Salam takziah buat Tn Haji Chop Mat sekeluarga.

Moga kita sentiasa mendoakan kesejahteraannya di alam barzakh.

Kita bila pula? Mudahan hidup yang masih bersisa ni dapat kita isikan dengan amalan terbaik sebelum menghadap Rabbul Izzati.

Sari dan keluarga.

Ahad, 26 Ogos 2012




Al Fatihah untuk adik bongsu, dipanggil Allah pada raya kedua.
Menyusuli bonda pada genap 66 hari.
Dan kita bila kembali?

Sabtu, 18 Ogos 2012

SALAM AIDIL FITRI



SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI RAMADHAN YANG TERBAIKKKK....

Biar hati sejernih air,
Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir,
Diharap ampun dengan rasa bersyukur.

     Jika budi dipenuhi ikhlas,
     Jangan ia disulam tuba,
     Jika ada salah yang belum dibalas,
     Harap diampun di hari raya.

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Harap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih.

Maaf Dzahir dan Batin........Mak Daro

Rabu, 15 Ogos 2012

Syawal Menjelma, Ramadhan Menghilang! Gembira dalam Kesedihan!



Gembiranya , raya semakin dekat, sedihnya, Ramadhan kian menghilang. Moga ada lagi Ramadhan tahun mendatang




dari, kami sekeluarga...

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan kareem

Assalamualaikum wbt. dan salam Ramadan.
Wahai sahabatku yang dikasihi sekalian.

1. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Maaf atas segala kesalahan, dulu kini dan selamanya.
2. Semoga Ramadan ini membawa rahmat dan berkat yang melimpah ruah buat kita semua.
3. Selamat bersahur (di akhir waktu), berpuasa (zahir dan batin), berbuka (di awal waktu) bertarawih, dan bertadarus.
4. Perbanyakkan bersedekah, berdoa/berzikir dan bermuhasabah dengan seikhlas-ikhlasnya.
Mungkin ini Ramadan terakhir buat kita...maka jadikan yang terbaik!

wasalam.

Selasa, 17 Julai 2012


Ramadhan : Apa Perlu Buat? 
 

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Bonus & Belanjawan
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita
Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?
Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .
Mengapa kita seronok mendapat duit ?
Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.
Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?
Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat.
Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?
Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.
Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?
Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?
Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.
Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t dan TENTUNYA REDHA ILAHI.
Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini (untuk tahun 2008) akan mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk perkara lain.
Manakala pada  belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit kelegaan buat individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang dikira menggembirakan adalah seperti :-
bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
   
bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
bullet buttonPengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA
Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.
Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.
"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun" 
TAWARAN BONUS LUAR BIASA
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.
Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Perlakuan dosa juga bertambah serius di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana perlakuan dosa didalamnya adalah sesuatu yang serius.

SYAITAN KENA GARI?
Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).
Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )
Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).
MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum  tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

9)  Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih. Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

10) Bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)