Salam....cuti tapi masih dengan urusan sekolah. Klaus guru-guru boleh dipanggil untuk bertugas pada bila-bila masa sahaja sewaktu cuti ..betullah tu. Ada lagi kata sang pengetua, cikgu-cikgu..cuti sebab murid cuti dan cuti bukan hak guru...itulah dunia pendidikan sebenarnya. Ikhlaslah yea, sesungut panjang sekejap aja .Lepas tu tak ada apanya. Seperti biasa sebab saya guru biasa yang memang biasa-biasa sahaja dan dapat apapun biasa sahaja tapi satu saya tak lupa, kerja biasa hasilnya luar biasa. Cikgu pemulihan, murid tunggang langgang sebut ABC tapi akhirnya boleh baca tulis dan Alhamdulillah ada yang dah jadi jurutera paling tidakpun insan berguna..Tak gitu cikgu-cikgu.
Alhamdulillah anak bujang saya akan ikut jejak anak Cik Hjh Eda dan Jef sambung belajar ke UIAM..Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer. Insya Allah mendaftar pada 28 Mei ni di PJ. Syukur nampaknya generasi kedua CG's bakal berkampung pula di UIA. Apapun sebagai mak pak, moga anak-anak jadi insan berilmu dan berakhlak mulia. La tengah dok refresh B.Arab( yang dah dua tahun tinggal) juga fardhu Ain dan Tilawah Al Quran untuk diuji, English juga. Budak lelaki ni jenis relek memanjang je kot, cuba komen mana-mana yang ada anak bujang.
Perancangan ke Pantai Timur, InsyaAllah. Minggu pertama kelas tambahan sekolah masing-masing untuk anak-anak yang nak UPSR, PSRA dan SPM. Tak da hantar tuisyen. Yang baru habis pereksa, dok langut depan TV, Komputer siapkan folio, kerja kursus...he he..maknya kalut sama. Menandaaaa...
Salam. Jumpa lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan