Jumaat, 15 April 2011

SUNYI TAK BERMAKNA SEPI...KWANG KWANG

Yealahkan, apasal semua menyepi . Takkan sekodeng je. Saya biasalah, tak sibuk tak juga menyibuk. Banyak kerja luar kelas. Dah tua-tua ni(murid kata saya tigapuluhan ha..ha) masih dok latih anak murid menjaring bola. Profesyen kedua selepas cikgu. Lama dah sejak sekolah rendah dan terusan. Lepas ni lega..

InsyaAllah, cuti sekolah ni (dah ingat cuti je) tak ada aralnya akan ke Paka, hantar pengantin. Kawan..jadi pengantin kali kedua. Tuan rumah Hijau atau tuan rumah langsir hijau ada kat rumah ke?Habaq awai-awai sebab nak menyinggah, harap sudi terima. Itupun kalau tak bertembung dengan urusan anak bujang yang masih menunggu tawaran sambung belajar. Apapun akan diberitahu kelak. Kalaulah tahu dek Pengetua, cikgu yang sorang ni asyik dok ingat nak cuti..apa reaksinya?Soalan kuiz tak perlu jawab.

Jumpa lagi, siapkan soalan periksa Mei ...

Tiada ulasan: