Selasa, 21 September 2010

Cerite Raye Ku

Salam Eidulfitri,
1. Alhamdulillah kita masih di bulan Syawal. Akak masih beraye, belum mula puasa 6, minggu depan kot. Insyaallah.
2. Isnin belum raye rombongan akak anak beranak bertolak ke KL, maklum selepas 17 kali beraye di KL@Kampung Losong, akhirnya kami akan beraya buat pertama kalinya di KL@Kuala Lumpur. Rase seronok semacam sebab selepas 44 kali beraye di negeri chanteq budaye menareq dan orang BAIK ini, akak akhirnye akan merase beraya di KL@negeri orang. Terbayang suasana raya di KL yang kononnya, tak dok orang, boleh tido atas jalan....hmmm
3. Masuk je KL terus jam menyebabkan kami berbuka puasa di dalam kereta, biskut raya dan air mineral...sempat share biskut raye dengan abang motor sebelah kereta yang baru balik kerja yang berbuka atas motor dengan biskut raya kami.....permulaan raya yang menarik pastinya..
4. Akhirnya sampailah kami di tempat yang nak dituju...sambutan meriah oleh mama Aisyah dan bibiknya... Pulun sakan makan nasik sbb kelaparan dek kerana lambat berbukaa...
5. Ye ye ye, malam Jumaat doh, maknanye raye...anak2 bersorak gembira....selamat tinggal Ramadhan al Mubarak, Ya Allah yang Maha Pengasih, ketemukanlah lagi kami dengan Ramadhan berikutnya...
6. Hari raya...solat sunat di masjid dekat rumah di Monterez...dalam kereta nak ke masjid terbayangkan agaknya berapa kerat je yang akan solat sunat nanti, maklum semua warga kota balik kampung beraye. Dekat nak sampai, dari jauh tengok kereta bersusun cari parking, camna ni...akhirnya dapat parking dan masuk ke dalam masjid, Sebelum masuk, melintas di hadapan jemaah lelaki yang terpaksa bentang sejadah di atas tar kawasan masjid kerana masjid dah melimpah dengan jemaah...ramainya orang kota tak balik kampung.....tak dok can lah nok tido atah jalan..
7. Lepas solat mula menziarahi adik beradik dan saudara mara suami, diorang ada 10 keluarga semuanya. Sampai malam lah beraye.
8. Raye kedua....jom pi ghaye kat Penang....beras@biras akak, si mamak Penang tu beriya2 mengajak kami semua ke Penang. Akak memang tak pernah pi Penang, bila everything is fully sponsored, apalagi kami anak beranak pun join samalah.
9. On d way lalu PLUS highway tu,mak oii ramainya oarang nak pi Utara, semua RnR penuh sesak dengan peraya2 (orang yang berhari raya...he he he). Jalan pun jem sampai Ipoh.
10. Lepas Ipoh kami terima sms kata kabel TNB terbakaq dan jem teruk di jambatan so kena naik feri. Okay la tu, kami memang tak pernah naik feri..Tapi hajat tak sampai sebab akhirnya kami naik jambatan jugak wpun jem nya hampir 1 jam. kata depa kalu naik feri lagi lambat..Tol nya mak datok, mahalnye, dr KL k Penag RM50 lebih...Hidup 1 Malaysia...
11. Niat nok pi ghaye kat Bukit Raye tapi jauh pulok nok kena gi, kami batalkan hajat. Plan nok balik Ganu ari Ahad tu..
12. Sampai kat hotel,lepak je le, kepenatan dalam kereta berjam lama. Esoknya baru pi raya kat Jalan P.Ramlee..kami dijamu dengan nasi briyani, roti jala Penang, sate, wajik etc etc..Orang Penang pemurah dan peramah....terharu dengan layanan depa..
13. Hari Ahad dok jadi balik ganu, hari Isnin sebelum balik, sempat round pulau cari nasi kandar tapi depa pakat dok buka kedai lagi...akhirnya jumpalah sebuah restoren. Ramai orang datang makan, tunggu punye lama baru dapat makan. akak dok pekena nasi kandaq, akak pekena pasemboq....makan pasemboq 12 tahun dulu di Perlis. Mmmmmm sedaaaap....siap tapau lagi wak balik ganu..
14. Tiba di Ganu kul 1 pagi, penat sangat sbb Timur Barat tu macam ular, berlingkar-lingkar...kecut perut dan lemah jantung dok dalam kereta lalu highway tu.
15. Kul 1 pagi ari Rabu, Makcik sari tiba dr Johor............meriah la raya tahun ni, siapa sangka dapat round malaya dan orang Johor datang raya kat ganu...
16, RU3? Tak berani nak janji sebab 18-22/12 long lost friend dr Sarawak nok mari Ganu, teruja gok nok jumpa dia sebab kami terpisah sejak 1984.
17. Sekian saja buat kali ini, maaf lah kalu penat baca cerita akak yang panjang lebar ni
18. Wassalam

Isnin, 20 September 2010

RAYA SAKANG LE SAYE...

Alkisahnya...bagai diseru nak gi raya sampa Ganu. Alhamdulillah... sampa gak. Terima kasih banyok kat oran Ganu, sesuai dengang slogang negeri cantek....lupo lak.Roun-roun kuala dengan bas bandaran, masjid kristal, kepok seberang takir..jangang lupo kepok Pak Embong bin Muda, sata market cabang tiga, bubur ayam, nasi dagang Mak Teh/Pok Zah kat Kg Tok Jamal, nasi lemak Cik Eda, Udang sweet sour Akak Nani, eh pendek kata macam-macam ada. Sayang Tuan Haji sibuk kija raya ni, tak dan kami ke Besut. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Orang Kajang raya KT. Orang KT raya sampai Penang woi..cerita raya.

REU3...tak pasti anak habis periksa spm bila. Gewe pun tak tau cuti bila. Gantung tak bertali..hati nak pergi ...

Caling-caling kalu ke Kajang. Moh kita beraya di Saujana Impian. Mak Daro , Cik Jah ,Hanif, Pak Lah,Azah, Cik Eda, Jef, Akak Nani, Tn Haji sila ke rumah.Wassallam.

selamat hari raya dan RU3

1) Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Terima kasih Usop kerana sudi berkunjung ke rumah.

2) RU3 di Cinta Sayang Resort - sila comfirmkan jadi ke tak pada cuti akhir tahun nanti. Kalau jadi sila beri jumlah ahli keluarga yang akan hadir. Senang sikit nak buat tempahan berkumpulan. Kadar penginapan (kadar promosi) ialah:
superior = RM125. ++
deluxe = RM180. ++
supperior deluxe = Rm250. ++

Sila respon.
Wasalam

Sabtu, 18 September 2010

BERAYA SAKANG

sALAM rAYA

Selamatttttttttt hari Raya...
dang yan sompat jumpa tu oklah, yg bulum, lain masa insyaAllah....
Raya sakan rupanya geng Cgs.....merata riti,,,,,

Dan terrayalah di KT rumah ijau, lepas ni umah dekat masjid....syoknya raya,sedihnya tak sompat jumpa orang kajang...tapi jumpa jiga org sg petani


ok re union tu respon ler....di sp rasa sayang

wassalam

Khamis, 9 September 2010

Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal

Se ingin memohon maaf sekiranya ada :

TERkasar bahaso
TERsilap bicharo
TERmarah yang tak terkiro
TERtanyo yang tak tontu halo
TERsasul yang tak sengajo
TERpukul kat mano-mano (takdo ni)
TERpokik di telingo (se lomah lombut)
TERhantuk di kepalo (ngn Abang Misai yo)
TERpinjam harto bondo
TERmoody tak semono-mono (ado gak)
TERumpat bilo-bilo
TERusik yang senghajo
dan.....segalo "TER" lagi
Maaf Dzahir Bathin

InsyaAllah jumpo laei di Ramadhan akan datang....kok panjang umur

Sabtu, 4 September 2010

Khamis, 2 September 2010



raya tahun ini di kedah, mailah....maaf zahir dan batin
wasalam

Rabu, 1 September 2010

BERSYUKUR APA YANG ADA...

Salam. Ramadan hampir ke penghujungnya..moga amalan berterusan tidak setakat terhenti selepas Ramadan sahaja. Apa yang diberi bersyukur, boleh gak isi duit minyak balik kampung dan ziarah handai taulan. Sambil tu sedekah kepada yang memerlukan. Eh, satu lagi ha lunaskan kuih tunjuk-tunjuk.Oder sedap belaka...Takpun boleh beli bahan buat kuih. muai tu. Moga selamat dalam perjalanan sepanjang Aidil Fitri. InsyaAllah panjang umur, ada kelapangan minggu raya kami ada cadangan gi raya rumah....kat Ganu. Akak Nani, Cik Eda,Tn Haji ke..

Selebihnya saya seperti Mak Daro, PPPS sampai bersara. Cuma dah confirm minta pindah sekolah dan pencen di sekolah baru jika suasananya kondusif. Guru Akademik Biasa (GAB) pun ok. OK. Selamat menyambut Aidil Fitri dan teruskan dengan amalan-amalan yang sewajarnya.Maaf andai terkasar bahasa terlanjur tutur kata, yang terhiris dan terguris.Saya hanya insan biasa..

Monggo Mampir.