Selasa, 6 April 2010

terkini

Assalamualaikum,

1) Baru lapang dari tugas-tugas akademik. Lega. 2 minggu lagi exam semester II. Semak kertas, hantar, mesyuarat peperiksaan. Ok la tak kalut sangat.

2) Baru lapang dari kelas BM Maju untuk pensyarah. Banyaknya kesalahan yang dah jadi kelaziman sehingga dianggap betul. Kena baca buku lagi. Minggu depan periksa. Lulus atau gagal tentukan pengesahan dalam jawatan. Dah nak pencen baru nak sah jawatan. Ok la jugak.

3) Baru lapang dari kendalikan praktikum kursus Hubungan Etnik. Berbeza sangat budak2 sekarang dengan kita dulu terutama masa kat UKM. Kita dulu boleh campur Melayu, Cina, India, Singh, Sabahan, Sarawakian. Seronok pula tu. Tak gitu CG? Budak2 sekarang kena buat kursus macam ni baru nak bercampur dengan kaum lain.

4) Masuk keluar masuk keluar blog. Sempat sekodeng je.

5) Pak Aji Usop, bila nak dapat jawapan ni. Lama dok tunggu.

6) Yang lain mana. Nampaknya macam ada yang tersentap dan terkedu ni. Betul ke Akak Nani. Cuba terjah tengok.

Tiada ulasan: