Khamis, 18 Mac 2010

Tersentuh sifat keibuanku......

16 Mac, 2010...kami sekeluarga ke Johor Bahru....menikmati cuti yang sedikit...setelah baik daripada demam...(bukan nak beradik-adik, wp ada simptomnya...pertahanan kuat maa). Ini kali kedua bercuti 'style cekup-cekup'. Ada tiket keretapi....naik dan esoknya balik ke Seremban.
Sesudah usai solat (bahasa novel tu), kami sekeluarga ke pasar raya mega hinggalah kepada pasar raya mini. Terasa maruah sebagai ibu diinjak-injak!! Anak-anak remaja memenuhi semua pasar raya tetapi gayanya seperti artis. Menyirap darah menonton mereka berpakaian. Kain semuanya tak ada yang panjang...mini mikro! Kalau yang mengenakan t-shirt pula, saiz t-shirt double S, tetapi badan saiz triple XL. Ada pula seorang tu...badan sama macam Dina...pakai 'inner' sahaja....apalah rupanya. Yang terjojol, terlipat, terboseyy....semuanya sangat jelas! Anak-nak muda ni, bercinta? (lagaknya begitulah) seawal usia 12 tahun. Berpegangan tangan, teraba-raba...
Terucaplah semuanya...AstafiruLlah...MasyaAllah...Na'uzubiLallah....InnaLillah....kita menghampiri akhir zaman...! Mengapa anak-anak muda ini jadi begini? Bagaimana ibu bapa membenarkan anak-anak mereka keluar rumah dalam kadaaan begitu? Patutlah anak luar nikah bertambah sekarang ni....

Masa menulis ni pun, rasa mual masih ada. Ikutilah tulisan berikutnya tentang beberapa kajian punca kejadian ini...

Wassalam....Daripada Mak Daro (domam...tapi badan totap maintain!)

Tiada ulasan: