Khamis, 31 Disember 2009

Sama-sama kasih

1. Orang kampungpun kata abang long (luq aimanazmi) sejibik abah dia..like father like son.

2. Selamat tahun Baharu buat semua cg, semoga hari esok menjadikan kita lebih baik di sisi Allah.

Selasa, 29 Disember 2009

Terima kasih ....

Che Eda, anak sulungmu sejibik macam ayahnya...

Isnin, 28 Disember 2009

TAHNIAH

ASALAMUALIKUM

1. Tahniah untuk semua yang berjaya ( semua berjaya walau berapa ketul dapat)
Adam, Anis = 8 ketul (paha ayam) Ayuni 5 Ketul, lagi ...belum sampai informasi harap banyak ketul lah paha ayam yang dapat.....

2. Mana mau pigi dah lepas PMR...
3. Ubah tarikh molek benar...cari cuti yang panjanggggggggggggggg sikit.
4. alhamdulillah... hjh dan hj terbaru selamat....mendarat dan demam tu biasalah.
5. Bila lagi yang lain nk ikut....ikut jgn tak ikut.....
6. Mana lagi gambar.....cik eda je ker....cun melecun lagi...
7. apa citer org p sabah. Panjat gunung ker?

Sekian seadanya. dan selamat bekerja semua ( sekolah lah tu) yang dah kerja cuti-cutilah sama dan berblog getek ( betul ker pakau? bahasa trg)

wasallam

Reunion 3 - ralat

Assalamualaikum wbt.
1.Sori angah pasai reunion tu..baru perasaan 14.2.2010 cuti sehari je, ingatkan cuti pertengahan penggal, so cek yang dok jauh ni memang tak dan la nak p, lagipun anak2 semua tak cuti hari raya cina tu.
2. Apa kata kita buat masa cuti sekolah..so kita tukar tarikh je, tempat dikekalkan.
3. Apa pun kawan2 yang lain tolong respon.
4. Pak aji dan kak aji, hadapi masalah yang sama..bab tarikh tu la.
5. Kak aji agak kalut la ni, emak dan ayah mentua serta si kecik tak sihat..tu pasai tak timbul2 lagi.
Sekian dimaklumkan.
wassalam.

Ahad, 27 Disember 2009

Hijrah dan sekolah

Assalamualaikum wbt. dan salam hijrah.

1. Apa habaq semua? Jah, sari dll..sihat? Hajah cek nani alhamdulillah..

2. Aza..laaama ambik cuti! berhijrah ke mana?

3. Tahniah kepada semua yang mendapat mumtaz dan tak mumtaz dalam PMR..Adam, amira, iman, aina, ayuni, dan yang seangkatan dengannya.

4. Selamat berhijrah kepada semua sahabat..wajib tu kerana
.....yang dekat itu MATI
.....yang sedikit itu MASA
.....yang besar itu NAFSU
.....yang berat itu AMANAH

5. Ini imej terkini my family. Gena angah, slim dak cek eda..huhu.


6. Akhir sekali, selamat ke sekolah semula..selamat datang 2010!

Wassalam.

Jumaat, 11 Disember 2009

Moga berjumpa....

19 hb. tu, Sabtu kan? Ada rezki.....adalah naa..

Salam dari Madinah

Alhamdulillah dah 2 hari jadi tetamu Rasulullah. Kelmarin dapat peluang ziarah makam dan bermunajad di Raudhah. Air mata begitu murah. Ribuan umat berebut2 untuk solat dan berdoa. Alhamdulillah selepas menunggu giliran agak lama, dapatlah akak sujud di Raudhah. Di makam, akak dah sampaikan seme salam yang dikirim. Mudah2an Rasulullah terima kita sebagai umatnya.
La ni on d way ziarah luar, melawat masjid2 utama di madinah.
19 ni dah nak balik. Hati bercampur-baur, sedih kerana terpaksa tinggalkan Rasulullah yang entah bila dapat berkunjung lagi dan rindu terbayang anak2 exp. yang c kecik tu. Rindu juga pada ikang singgang dan budu woi. 19hb tu ada di KL sehingga pukul 1.00 pm. Sahabat2 di kl jemputlah, nak tau kat mana, tanya sari @ jah.

Nanti akak tulis lagi.
Tqvm pada tukang publish..

Selasa, 8 Disember 2009

Tau tak po....

1. Tarikh Reunion - 14.02.2010 (Tahun Baru Cina)
2. Tempat - i . warm up di Restoren Warisan
ii. kalau nak sambung cerita ceriti di D'Kok
3. Maklumat tentang D'Kok - Resort @ Homestay
- Jalan 6 kaki...jangan bawa lori dah
- 7 - 8 Resort
4. Bayaran - kemudian...se nak dapatkan sponsor daripada KJ. Dah tau jawapan : tak dapek.
Jangan jadikan masalah pasal bayaran.....hal-hal dunio tuhh....
5. Tarikh tutup penyertaan - 32.01.2010 - Bagi peluang kepada yang tak bongkar-bongkar...
6. Ado lagi pertanyaan? Sila hubungi blog puteraputericg.....

Salam menyampah......

ralat

mesej bertajuk re-u 3 dirujuk. Anda dikehendaki baca (4) abai kan (5) atau abaikan (4) baca (5). Tak faham boleh tanya. He he. Ada je silap. Maklum dah lama tak mematuk.

re-u 3

Assalamualaikum

1) u.p Mak Daro
setuju dan hadir
Nama: Siti Khaotijah Mohammad dan keluarga
No. Mykad: 000000-02-5568 (yg 6 digit awal tau-tau sendiri)
Peserta : 2 dewasa + 1 kanak-kanak
D'Kok : ok (hotel ke)
Restoran Warisan : ok
Bayaran: online (boleh ke).

2) u.p Akak Nani
Tahniah kerana telah berjya menyempurnakan rukun ke 5.

3) u.p Pak Aji Usop
Sorry la kita dah empat kali selisih kereta api. Tak leh jugak nak datang rumah no.

4) u.p semua cg dan keluarga
Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010.


5) u.p semua cg dan keluarga
Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010.

Isnin, 7 Disember 2009

Of course!!

Berito se....

1. Blog ni tolah menomukan se dongan sahabat lamo se...Salmiah. Habih segalo talian
digunokan. Akhirnyo, se dah aturkan pertemuan di hari akhir pemeriksaan kertas (5.12.09).
Tuhan Maha Kaya, kami berduo tolah membosar bagai JOHAN.....berguling-guling we all.
Salmiah siap bawa album lagi!!....dah kuning pun.

2. Ralat tontang Reunion 3....kalau nak terus ke D' Kok....ramai sosek barat.....Apo kato kito
makan-makan dulu di Restoren Warisan (simpang nak masuk Seri Menanti)? Kono ado
respon la daripado semuo CG. Lopeh berjumpo tu, nak terus ke D' Kok atau nak balik? Kono
la jawap. Wooii....korang ni ado internet ko tidak? Dah potong ko bolum?

3. Setakat ni, ramai penyertaan...iaitu se dan che eda. Tahniah......

4. Salam menyampah daripado se....

Sabtu, 5 Disember 2009

TERKENANG, TERKEDU

Salam1.
1. Balik beraya di kampung, terkedu! kawan baik telah kembali mennemui Tuhan. Tak terkata mengenang anaknya mewarisi bisnes ikan bapanya. Dan dulu seorang kawan baik telah juga kembali. Maka tiada terkata. Hanya merenung diri.

2. Terkenang masih lagi segar. Sesegar embun pagi. Dua Al Haram, dan segala nostalgianya. namun kubur hingga ke liang lahatnya. Sekadar menambah pengalaman bentuk kubur orng arab. Mudah sahaja. bentuk kotak, siap ada lubang dan masukkan jenazah, tutup dengan rumput kering dan simen penutup, doa selesai.
Dan serupa juga, yg belum tu cepat-cepat ke Al Haram, sesuai bonar cadangan Hjh Mek Nani...dan apa kata ReU ke 4-5-6 kita umrah pula.....

3. ReU 3...InsyaAllah ok, dan teruk juga tu, sebab ada lagi satu Union roommate bulan 3 di pahang. Roommate lagi lama tidak bertemu....masa depa form 6 dulu baru nak union....tu yg kena beri sokongan tu....ReU3 Cg teruskan,,,,,,organizer kena kerja keraslah...hieieieiieie

4. Tahniah untuk anak CGs yg berjaya dalam exam.....

Hujang dang selimut jadi temang..
Dang ada kelas lok...mana biza relaxxx

Wasalam

Jumaat, 4 Disember 2009

Salam Reunion 3

Assalamualaikum wbt.

1. Alhamdulillah cek nani dah selamat bergelar hajah. Komitmen akak hajah kita ni memang excellent, biar jauh, biar sibuk, biar sakit, biar pakai pa, tapi salam dari Haram sentiasa menemani kita. Kawan2 yang di sini ( tanah halal ) apa habaq? Aza, usop, jah, p.lah, jef, hanif, sepi ja..awat?

2. Reunion 3..tarikh tutup penyertaan 2011? woi lamanya! Takkan RU3 taun 2012 kot..biar betoi. Mohon pencerahan mak daro ya.

3. Selamat terbang ke Sabah cek sari.. berbaloi-baloi.

4. Cek cadangkan acara gusti dibuka kepada semua..gusti tangan sahaja ya. Dulu2 cek juara jugak. Kita ada 2 hari untuk menentukan sapa juara.

5. Untuk makluman semua, blog ppcg telah mempertemukan 2 orang kawan lama iaitu mak daro (idah) dengan Salmiah..cek terbaca ulasan pada catatan salam dari Haram. Sure terkejut beruk mak daro..cek tumpang happy..agak2 lepaih ni sapa pulak yang muncul..

6. Ini ialah acara lari berganti2..Pelari 1 ialah mak daro yang membawa baton bertajuk RU3, pelari ke-2, cek eda telahpun berjaya mengambil baton dan berlari dengan pantasnya, seterusnya, pelari ke-3 diminta bersedia untuk menangkap baton ini dan paskan kepada pelari ke-4 . Semoga baton ini selamat sampai kepada pelari ke-10. Amin.

Jawapan : Setuju dan hadir (Insyaallah jika tiada aral melintang).
cek eda.

Khamis, 3 Disember 2009

Salam dari Haram 4

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah akak dah sempurnakan semua rukun dan wajib. Baru hari ni dapat selesaikan. Balik dari Mina akak tak sihat.. badan tak bermaya, pening, loya, makan tak lalu. Ni baru ok sikit. Masjid tak dapat g tiap waktu. Hati gelisah dengan ujian ni. Takut tak dapat sempurnakan haji. Doa tak putus mohon dipermudahkan. Akhirnya pagi tadi ( 2.12.09) Allah beri kekuatan dan sempurnalah tawaf dan saei. Menitik air mata kesyukuran. Maha AGUNG kasih dan sayang-Mu pada hamba-Mu yang hina ini.
Buat sahabat yang belum jejak ke Haram ni rayulah segera, datanglah ketika badan masih kuat (nak kata muda, kita dah tak berapa nak muda). Mas aji dan che eda mesti masih terbayangkan cabaran 3 hari di Mina, 2 jam q untuk ke bilik air benar2 menguji kesabaran. Simpati pada makcik2 yang tak dapat tahan, belum sempat masuk dah terburai di depan tandas. Masa ni ada duit 1 juta pun tak dapat bantu.. yalah sapa yang boleh kita upah untuk wakilkan buang small dan big water kita?
Rabu depan kami akan ke Madinah. Selamat tinggal Haram. InsyaAllah salam dari Madinah akan menyusul.

Wassalam
Akak.