Rabu, 26 Ogos 2009

Salam Ramadahan a Mubarak

Assalamualaikum wmt. wbt.

Salam Ramadahan al Mubaraq buat semua.
Mudahan Allah kurniakan kepada kita semua
Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas

Buat Mas Aji sekeluarga,
semoga tabah dan sabar menghadapi
ujian dari Allah
terutamanya di bulan Ramadhan ini
Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul,
namun di sebalik segala ujian itu
pasti menjelma sinar bahagia di akhirnya

Buat semua CG,
marilah kita pakat buat solat hajat,
kita doakan semoga sahabat kita ,Mi,
isteri Mas Aji,
kembali sihat seperti sediakala.
Semoga doa kita semua di Ramadhan al Mubaraq ini
dimakbulkan Allah
semoga Mas Aji sekeluarga ceria semula

Salam Ramadhan al Mubaraq buat semua,
semoga Allah merahmati dan memberkati
hidup kita semua

Wassalam

Selasa, 25 Ogos 2009

Selamat berpuasa dan ...

sebagai juadah untuk semua yang berpuasa. Sedapnya!!!!!!!!!!!



Isnin, 24 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN...

Syukur sedara sedari ayam dah bangunnnnn...Mudah-mudahan dengan kedatangan Ramadhan semua sukusakat CGs dapat menjalani ibadah dengan penuh tawaduk. Apatah lagi kita yang cikgu cikgi tengah cuti sekolah, banyak masa terluang untuk diisi.Apapun moga Ramadhan kali ini lebih bererti berbanding yang lalu, Amin.

Seperti biasa, dok memantau anak-anak di rumah. Tapi tak perlu borang pencerapan. Tak ada apa markah nak diberi.Sekadar penambahbaikan apa yang kurang. Selebihnya projek menjahit, belek resipi dan baca buku nak PTK 44 esok (25/8/09). Ada hati gak nak challenge Akak Nani. Format senang sikit, tibai dan tenyeh ABCD. Tak dak dah public speaking, esei.Amacam, rasa-rasa Mak Cik Sari boleh pas ke Danish?Buat Tn Haji moga sabar dan redha engan ujian yang ditempuh. Selamat hadapi PTK 48, moga lulus bergaya...

Buat Cik Jah kita kalau ada katalog Raya (kuih ka, baju ka, tudung ka, kerepek ka) post kat blog, Boleh oder on-line, bayaq bank-in. Moga rezeki Ramadhan melimpah ruah.

































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Khamis, 20 Ogos 2009

Ku kembali lagi....

Salam semua CGs

Hi...hi...hi...Di kesepian blog kita ini di samping kesibukan masing2 dengan tugas dan tanggungjawab, chek kembali mencoretkan sepatah dua ayat, bukan ayat-ayat cinta no...Hilang tu bukannya ke mana, ada..sekodeng tu tetap sekodeng. Lagipun tak dak berita menarik untuk dipaparkan
Saya la ni sibuk sikit sebab tak dak maid...dah balik Indon..Since anak2 dah besaq, tak le ambil maid baru..Cik abang kata tengok dulu maid baru (saya le tu) boleh tahan ke tak...
Kenkawan, saya sekarang ada keluarkan baju muslimah, so sesiapa yang berminat boleh le contact no...
Akhir kalam, "Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak serta mohon ampun dan maaf..."

Selasa, 18 Ogos 2009

2 dalam 1

Assalamualaikum,
Lamo se tak jongok (jenguk).....Sekarang kat CC, sebolah kodai fotostat. Tulah sobabnyo tajuk dinamokan 2 dalam 1. Sementaro menunggu siap fotostat, mematuk kojap.

HINI dah meragut nyawo sorang cikgu di Seri Pagi, Senawang (dokek dongan rumah se). InnaLillah....Umur sebayo dongan kito! Amaran dari Allah....

Hidayah dah cuti seminggu sobab perebakan HINI. Kuarantin kat rumah. Alhamdullillah, dah balik ke Universiti. Anak-anak yang lain termasuk abang misai takdo apo-apo....Alhamdulillah.

Buat Akak Nani, kalau dapek berito pasal pemergian ke Mokah, sebar-sebarkanlah.

Salam buat semua........Mak Daro.

Isnin, 17 Ogos 2009

KESENGAJAAN DAN KETAKSENGAJAAN

Assalamualaikum wbt

Lama tak mematuk...saja dan sengaja
hari ni tak sengaja...tiba2 jari dengan sendiri
terpatuk dan mematuk...kerana ukhwah islamiah
perasaan ingin tahu dan ingin memberitahu tetap membara...perkhabaranku dan perkembangan saudara2ku sekalian.

Simpati ngan MA..moga sabar dengan ujian...syukur dengan nikmat.
Cek pun diuji..van peninggalan arwah terbakar hangus, jadi arwah jugak dah.
Apa pun, cek terima dan reda..hidup ibarat roda..sat dok di atas, sat dok di bawah...
sat rajin sat malaih...

Nak posa dah ni.. kena posa betui2, posa luaq dalam, posa7 anggota...
moga kita semua sama ada ayam hpa, ayam pencen, ayam bandaq, ayam bandaqraya, dapat markah penuh posa taun ni..insyaAllah.

Akhir kalam, buat semua ayam, selamat menetas dan selamat mematuk, jangan dok mengeram lama2 sangat, kot obes nanti.

wassalam.

kesenyapan

Rabu, 12 Ogos 2009

KEBERADAAN YANG MENJAUH

ASALAMUALIKUM
1. tetap berada dalam sistem, tapi agak kejauahan mematuk.
2. Ada keuzuran personaliti, merawan jiwa tenteram.
3. Minda terapung dek penangan bakal berkursus PTK 48 (ayam kerajaan gitulah), banyak juga mentadak mentadunya yang perlu beres.
4. HINI terbias juga di sektor kerja, cuti maa, dan masih ada tanda-tanda menyelimuti, walaupun masih belum disahkan positif. Cegah sebelum parah.
5. Cerita ceriti sensasi mengkalutkan mayapada, menjentik akal minda , renunglah ke dalam diri, apa terjadi, mengapa dan kenapa. Responsiflah pada salah seorg rakan kita...dr redhuan tee, tahniahlah masih upaya bertahan sambil menyerang.
6. Selamat beramadan nanti, pahala hendaklah dicari....berniagalah dngn Ilahi untungnya tak terperi.

Wasalam

Ahad, 9 Ogos 2009

Assalamualaikum wmt wbt,

1. Alhamdulillah, hari ini Allah memberi kelapangan untuk mencatuk di blog ayam ni.
2. Lama rupanya akak menyepi dari blog, sebulan lebih, nak dekat dua bulan. Dalam tempoh tu ada gak sekali sekala sekodeng...aktiviti wajib, walau dok dan nok menulis.
3. Hebat rupanya penangan H1N1 ni, betul-betul pandemik, sampai ke blog terkena tempias. Baik ayam-ayam masih sempat menyelamatkan diri, maka wujudlah jua ayam kajang, ayam USM dan Tok Ketua Ayam yang masih bertenaga untuk masuk blog. Alhamdulillah...
4. Akak anak beranak dok kena H1N1 tu, syukur Alhamdulillah tapi virus-virus lain yang menyerang, yang agak-agak tidak kurang hebatnya, ala-ala macam H1N1 le jugak. tu yang dok menyepi tu...
5. Mak daro...mano menghilang, macam akak juo ko?
6. Chek Eda ada ni ha, biasalah, chek eda kata, sekodeng tetap sekodeng.......................
Tak sampai dua minggu lagi nak puasa dah kita ni. pas tu raya. Dah nak masuk Ramadhan ni, akak lagi berdebar, dijemput ke tidak akak dan room-mate tahun ni? Mohon doakan ya kengkawan..
7. Sekian, selamat menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak, semoga Ramadhan tahun Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Wassalam

Rabu, 5 Ogos 2009

Bukan lupa

Alhamdulillah. Saya pun masih wujud dan sihat. Bukan lupa kawan. Cuma agak sibuk sikit. Dan tak sedar pun seminggu seminggu cepatnya berlalu. Macam-macam nak kejar, KPI dunia lebih-lebih lagi KPI akhirat. Sampai tak terkejar. Sedar2 dah sampai masa.

Apa pun doa saya kawan2 semua sihat dan jaga kesihatan na.

Ok jengah lagi nanti. Bye

Selasa, 4 Ogos 2009

BANGUN....BANGUN..WAHAI KEKAWAN

Salam.Apa dah jadi..ni. sonyap iyo.Nampaknya sibuk sangat tak dan menulih. Aduhai....Saya macam hangpa gak. Ramai yang nak dirawat. Musim demam virus bukan virus macam akak Nani dulu. Ni virus selsema batuk. Eh, boleh tak isytihar darurat. Cikgupun ada dah jadi arwah. Kesianlah kat kami rakyat marhaen ni. Gi klinik kesihatan punyalah ramai bak lautan manusia. Merasa jugalah bahangnya bila setiap hari dok bawa Hakim ambil darah sebab suspek denggi, masuk unit kecemasan lagi. Inilah dugaan Allah yang balanya manusia gak puncanya. Dah tau tak pa.

Apapun buat semua sabar ajalah. Pesanan penaja jangan lupa jaga kesihatan dan jangan lupa jengah blok ayam. Wassallam.