Syukur semuanya selamat.
Walaupun terkandas sekejap di Mudhalifah dalam hala ke Mina semuanya itu ujian. Haji itu ujian. Uji segala-galanya.
Apa citer Malaysia, banjir, hantar mai airnya ke sini.....biar pokok di sini segar.
Kami selesai mengerjakan haji tanpa ada masalah besar. Yang ironinya demam apabila selesai semuanya. Kini baru nak kebah. Sabar jelah....ujian untuk hamba-Nya.
Esok nak ke Jedah, buat lawatan, lepas tu siap-siap kemas balik Malaysia.
Doakan perjalanan pulang selamat.
Dan giliran siapa tahun depan............tahun ini 3 juta jemaah, tahun depan tambah lagi
wasalam..........demam ....nak citer pjg tak boleh
my/rombongan
mekah
1 ulasan:
Alhamdulillah kerana melepasi semua ujian dengan sempurna. Selamat kembali ke tanah air wahai tetamu Allah. Dengar cerita kalu demam tu biasalah, pengalaman yang dilalui oleh hampir semua jemaah. Pastinya dalam kerinduan untuk pulang terselit kesedihan untuk meninggalkan bumi anbia. InsyaAllah kami pulak akan merasai kenikmatan beribadat di Tanah Suci tahun depan. Amin
Catat Ulasan