Ahad, 29 Julai 2007

Dari Comment

ctkt said...
Nani, Usop diam terus. Marah kot kita terus masuk blog ni. Yang lain sibuk tu. Eda baru nak pasang internet. kalau dah pasang harap-harap meriah la blog ni.

............. komen kami...........
Sibuk juga ma, pi mari, pi mari, sat kuantan, sat kl, sat kt....lepasni nak pi banting pula.....

..nani nak jaga anak lagi, anak tok tua lagi..., anak murid lagi..tu ler...x mare...

Selamat Datang .............

Selamat Datang. Dan nikmatilah apa yang sepatutnya.
Ada yang dapat melayani.......Saya, ada tugasan luar pada 31/7-4/8/07. Boleh juga menapak ke Besut,masih ada yang sudi.

Dan masih menunggu khabar berita dari CGS, masih sibuk dengan urusan masing-masing. Itulah realiti kita. Sibuk dan kadangkala buat-buat sibuk. hehehehhe.

Sampai saatnya habislah sibuk tu....

Jadi, rajin-2 lah menulis. Tanya sama Nani caranya.

terima kasih

Puteraadam

Isnin, 23 Julai 2007

Selamat Datang Ke Terengganu Azah & Angah

Assalamualaikum semua. Tahniah Azah kerana dah jadi salah sorang yang menghidup dan menceriakan blog!. Hei, yang lain-lain tu apa cerita? Dah luput ke memori indah reunion dulu? Tak join pun blog! Azah, kartun tu kelako habis, itulah gunanya kawan, masa senang dan masa susah sentiasa bersama. Saya dengan eda excited sangat ni dengar angah dan rombongan dari nogori akan datang ke Terengganu pada 1 Sept ni. Azah pun akan datang sama nanti. Jah pulak tak nak join ke? Marilah kita sambut merdeka di Terengganu, menyelam scuba di perhentian Island, membeli belah di Pasar Payang, makan keropok lekor di losong dan mandi manda di Pantai Cendering!mesti seronok. Yang lain-lain tu, apa salahnya datang semula sekali lagi....Akhir sekali, selamat berpuasa sunat di bulan Rejab yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan.

Khamis, 19 Julai 2007





ctkt

Rabu, 11 Julai 2007

Tahniah Usop dan Najmiah kerana akan menunaikan haji tahun ini. Untuk penulis tak bernama (Nani ke) dan suami semoga dapat ke tanah suci tahun depan. Insyaallah. Saya sepatutnya kalau ikut giliran tahun pendaftaran tahun lepas tapi terpaksa ditangguhkan kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Salah satunya tak da mahram. Dulu rancang nak pi dengan bapa tapi tak sempat dia dah tak ada (2001). Apa-apa pun tahniah sekali lagi untuk Usop dan isteri.
July 9, 2007 7:44 PM
ctkt

Isnin, 9 Julai 2007

Assalamualaikum semua. Semoga sihat semuanya. Saya suami isteri kurang sihat sikit, hilang suara. Salam takziah kepada Mi dan Usop sekeluarga. Saya percaya hangpa akan tabah menghadapi segala ujian ini. Benarlah setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang hidup pasti akan diuji. Syukur kehadrat Allah kerana kepulangan Bonda pada hari Jumaat yang mulia. Terbayang nikmat alam Barzakh yang menunggu dan syurga yang bakal dihuni oleh Bonda. Insyaallah. Amin. Kita pula bagaimana agaknya nanti. Mudah-mudahan kita semua akan pulang dengan bekalan penuh di dada dan kita tergolong di dalam orang-orang yang diredhaiNya. Kepada Najmiah, saya amat kagum dengan ketabahan yang Mi miliki, begitu kuat menempuh segala cabaran dan saya yakin ketabahan dan kesabaran yang dimiliki itu akan terus kekal untuk melalui hari-hari seterusnya. Maaf, hari itu kerana kami tergesa-gesa balik disebabkan lima orang putera-puteri cg sedang menunggu di rumah, ayahnya pulak berada di KL Kalau ikutkan hati, mahu tinggal hingga ke petang tapi apakan daya. Mudahan kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika. Tahniah jua kerana terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini, satu anugerah yang pastinya dinanti-nantikan. Berita ini menjadikan saya semakin rindu untuk ke sana dan terasa lambaian Kaabah itu semakin menghampiri. Doakan saya dan suami akan menyusul tahun hadapan. Sekian, wassalam

Ahad, 8 Julai 2007

Assalamualaikum

DARI ALLAH DIA DATANG KEPADA ALLAH DIA PULANG.
JAM 1.30 PAGI JUMAAT 6.7.07, BONDA (MERTUA) WAN JAWRIAH BT AISYAH (ABDULLAH) (1940-1907)
TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH.
AL-FATIHAH. SEMOGA DIGOLONGKAN DALAM KALANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG SOLIHIN.
JENAZAH BONDA SELAMAT DIMANDI, DIKAPAN, DISOLATI DAN DISEMADIKAN DENGAN SEMPURNA /SELESAI JAM 12.00 THARI, JUMAAT.

KEPADA SEMUA YANG MENGHANTAR MESEJ, MENZIARAHI (EDA/NANI), MENDOAKAN, BERBANYAK TERIMA KASIH DIATURKAN.

"SESUNGGUHNYA YANG BERNYAWA ITU PASTI MATI".
DAN, SEMUANYA ADALAH KEHENDAK ALLAH JUA.

BONDA MENGALAMI SAKIT KUAT TIGA HARI SEBELUM DAN MASIH TERASA BAGAIMANA BONDA BEGITU MENJAGA SOLATNYA HINGGA KESAAT AKHIRNYA.
BONDA JUGA TIDAK LEKANG DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA, MALAM DAN PUASA SUNAT SELANG SEHARI BIARPUN DALAM KEUZURAN SEBELUM HARI-HARI TERAKHIRNYA.

BAGI PIHAK KELUARGA, (NAJMIAH DAN ANAK-ANAK) , TERUTAMA NAJMIAH INSYAALAH DAPAT BERSABAR DAN DENGAN KETENTUAN ALLAH. (NAJMIAH ADALAH ANAK TUNGGAL) DAN UJIAN INI INSYAALAH DAPAT DIHADAPI, SESUDAH KETIADAAN BONDA ( NAJMIAH TIDAK SEMPATPUN MENGENALI AYAHANDANYA KERANA MENINGGAL SEBELUM DIA DILAHIRKAN).
KAMI JUGA MEMOHON MAAF BAGI PIHAK BONDA ATAS APA SAHAJA KESALAHAN YANG TERJADI.

DAN DIMAKLUMKAN, INSYAALAH KAMI TERPILIH (TABUNG HAJI) MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN INI, WALAUPUN TIDAK SEMPAT BERSAMA BONDA SEBAGAIMANA YANG DIRANCANG SEBELUM INI. PERANCANGAN ALLAH LAGI HEBAT, MENGATASI PERANCANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG LEMAH.

WASSALAM

MOHD YUSOFF AHMAD
NAJMIAH HUSAIN
NURUL HUSNA
NURUL HUDA
MOHD ADAM
NURUL HANNAN PUTERI
ABDUL RAHMAN ZAKI PUTERA
NURUL HANANI HAWA PUTERI

Rabu, 4 Julai 2007

Assalamualaikum semua....

Apa khabar? Sibuk bebeno ke korang semua sampai tak sempat nak masuk blog dan menulis? Saya tengok Azah jugak yang rajin menulis...Angah, bila nak join? Tak kan nak tunggu dapek cucu baru dapek nulih? Ni dah toruk ni. Korang commentlah, kalu dok, kesian ke Usop, penat dia create blog untuk kita, korang tak nak bagi response! Azah, sign in lah jadi web master gak, banyak sikit cerita, meriah sikit dunia CG ni. Marilah kita sama-sama baca Yasin dan buat solat hajat untuk kesejahteraan mak mertua Usop yang masih terlantar kerana stroke. Jeff dan Husna, ceritalah sikit pengalaman bawak Amal register kat UKM nun. Pas tu rajin-rajinlah menulis, bagi tips bagaimana nak bentuk 'Amal-Amal" kami ni supaya semua dapat masuk U!
Mana-mana yang nak gi kursus PTK, jangan seganlah mintak nasihatdaripada akak yang pegi ni ya, banyak petua nak cerita ni!
Okay, chow dulu, ada masa nanti nulis lagi....Assalamualaikum..