Satu penemuan!
Ctkt telah ditemui.....woww hebat no hangpa.....019 4788684.....awak cek masih lagu tu.....
nani...013 9397741,
sari..019 2762265,
pak lah...0122232784,
hanif...0123198889,
husna/jef..0128280989/0138700404,
Eda...0129880907.....respect kat hangtau, tabah didik anak sorang2...
Noridah N9...016 6501733
???? 013 931 4432
Dok tengah cari KT, depa ghaib mana tak tau.....
Rajin2 lah bertanya habaq.......
1 ulasan:
Maaf kerana lama tak berbicara melalui ruangan ini. Cuma nak berkongsi cerita yang mungkin kalian semua tak ketahui. Tapi saya percaya apa yang saya luahkan atau lebih tepat lagi doa saya bersama jeff dahulu sudah menjadi kenyataan.
Semalam 1 Julai saya bersama dengan staff sepejabat pergi ke rumah Pak Lah untuk mengambil HUSNA sbb pada sebelah pagi Husna bawa AHMAR mendaftar.Saya tak dapat pergi sbb ada kenduri dan Pak Lah pula balik Johor menyambut mak mertua balik Umrah.
Sebaik saja ambil Husna, kami pergi semula ke UKM dan yang paling menyeronokkan Ahmar duduk kamsis F dan di kamsis inilah banyak sejarah yang saya alami. Sempat juga tunjuk bilik lama saya dan di mana Jeff menyorok kat balcony bila ada fellow buat pemeriksaan bilik.
Pengetua kamsis F ialah senior kita,En Mat Hussin rambut kerinting, pemimpin kanan TSB.Usop mesti kenal dan secara kebetulan kami juga jumpa staff UKM dan dia masih ingat saya.
Kami ambil kesempatan untuk keliling UKM dan mulalah teringatkan cerita-cerita lama. Nak menangis juga bila ingatkan UKM.
Kalian memang tahu saya dengan Jeff memang rapat. Bila Husna nak bersalin di Hospital Kajang hanya saya dan Jeff menyambut AHMAR. Seingat saya waktu subuh.Bila Nurse bagi URI untuk ditanam secara spontan saya dan Jeff ambil keputusan untuk tanam di UKM. Jadi pagi-pagi subuh kami pinjam cangkul dengan Pak Guard dan kami tanam uri tersebut di kawasan rumah Pak Guard. Kami sempat bergurau dengan mengatakan budak AHMAR ini akan kembali ke UKM.
Memang anih tapi benar dan AHMAR pula menetap di Kamsisi F yang dekat dengan tempat uri disimpan.
Sekian untuk pengetahuan sahat semua.ALLAHUAKHBAR
Catat Ulasan