Khamis, 31 Disember 2009

Sama-sama kasih

1. Orang kampungpun kata abang long (luq aimanazmi) sejibik abah dia..like father like son.

2. Selamat tahun Baharu buat semua cg, semoga hari esok menjadikan kita lebih baik di sisi Allah.

Selasa, 29 Disember 2009

Terima kasih ....

Che Eda, anak sulungmu sejibik macam ayahnya...

Isnin, 28 Disember 2009

TAHNIAH

ASALAMUALIKUM

1. Tahniah untuk semua yang berjaya ( semua berjaya walau berapa ketul dapat)
Adam, Anis = 8 ketul (paha ayam) Ayuni 5 Ketul, lagi ...belum sampai informasi harap banyak ketul lah paha ayam yang dapat.....

2. Mana mau pigi dah lepas PMR...
3. Ubah tarikh molek benar...cari cuti yang panjanggggggggggggggg sikit.
4. alhamdulillah... hjh dan hj terbaru selamat....mendarat dan demam tu biasalah.
5. Bila lagi yang lain nk ikut....ikut jgn tak ikut.....
6. Mana lagi gambar.....cik eda je ker....cun melecun lagi...
7. apa citer org p sabah. Panjat gunung ker?

Sekian seadanya. dan selamat bekerja semua ( sekolah lah tu) yang dah kerja cuti-cutilah sama dan berblog getek ( betul ker pakau? bahasa trg)

wasallam

Reunion 3 - ralat

Assalamualaikum wbt.
1.Sori angah pasai reunion tu..baru perasaan 14.2.2010 cuti sehari je, ingatkan cuti pertengahan penggal, so cek yang dok jauh ni memang tak dan la nak p, lagipun anak2 semua tak cuti hari raya cina tu.
2. Apa kata kita buat masa cuti sekolah..so kita tukar tarikh je, tempat dikekalkan.
3. Apa pun kawan2 yang lain tolong respon.
4. Pak aji dan kak aji, hadapi masalah yang sama..bab tarikh tu la.
5. Kak aji agak kalut la ni, emak dan ayah mentua serta si kecik tak sihat..tu pasai tak timbul2 lagi.
Sekian dimaklumkan.
wassalam.

Ahad, 27 Disember 2009

Hijrah dan sekolah

Assalamualaikum wbt. dan salam hijrah.

1. Apa habaq semua? Jah, sari dll..sihat? Hajah cek nani alhamdulillah..

2. Aza..laaama ambik cuti! berhijrah ke mana?

3. Tahniah kepada semua yang mendapat mumtaz dan tak mumtaz dalam PMR..Adam, amira, iman, aina, ayuni, dan yang seangkatan dengannya.

4. Selamat berhijrah kepada semua sahabat..wajib tu kerana
.....yang dekat itu MATI
.....yang sedikit itu MASA
.....yang besar itu NAFSU
.....yang berat itu AMANAH

5. Ini imej terkini my family. Gena angah, slim dak cek eda..huhu.


6. Akhir sekali, selamat ke sekolah semula..selamat datang 2010!

Wassalam.

Jumaat, 11 Disember 2009

Moga berjumpa....

19 hb. tu, Sabtu kan? Ada rezki.....adalah naa..

Salam dari Madinah

Alhamdulillah dah 2 hari jadi tetamu Rasulullah. Kelmarin dapat peluang ziarah makam dan bermunajad di Raudhah. Air mata begitu murah. Ribuan umat berebut2 untuk solat dan berdoa. Alhamdulillah selepas menunggu giliran agak lama, dapatlah akak sujud di Raudhah. Di makam, akak dah sampaikan seme salam yang dikirim. Mudah2an Rasulullah terima kita sebagai umatnya.
La ni on d way ziarah luar, melawat masjid2 utama di madinah.
19 ni dah nak balik. Hati bercampur-baur, sedih kerana terpaksa tinggalkan Rasulullah yang entah bila dapat berkunjung lagi dan rindu terbayang anak2 exp. yang c kecik tu. Rindu juga pada ikang singgang dan budu woi. 19hb tu ada di KL sehingga pukul 1.00 pm. Sahabat2 di kl jemputlah, nak tau kat mana, tanya sari @ jah.

Nanti akak tulis lagi.
Tqvm pada tukang publish..

Selasa, 8 Disember 2009

Tau tak po....

1. Tarikh Reunion - 14.02.2010 (Tahun Baru Cina)
2. Tempat - i . warm up di Restoren Warisan
ii. kalau nak sambung cerita ceriti di D'Kok
3. Maklumat tentang D'Kok - Resort @ Homestay
- Jalan 6 kaki...jangan bawa lori dah
- 7 - 8 Resort
4. Bayaran - kemudian...se nak dapatkan sponsor daripada KJ. Dah tau jawapan : tak dapek.
Jangan jadikan masalah pasal bayaran.....hal-hal dunio tuhh....
5. Tarikh tutup penyertaan - 32.01.2010 - Bagi peluang kepada yang tak bongkar-bongkar...
6. Ado lagi pertanyaan? Sila hubungi blog puteraputericg.....

Salam menyampah......

ralat

mesej bertajuk re-u 3 dirujuk. Anda dikehendaki baca (4) abai kan (5) atau abaikan (4) baca (5). Tak faham boleh tanya. He he. Ada je silap. Maklum dah lama tak mematuk.

re-u 3

Assalamualaikum

1) u.p Mak Daro
setuju dan hadir
Nama: Siti Khaotijah Mohammad dan keluarga
No. Mykad: 000000-02-5568 (yg 6 digit awal tau-tau sendiri)
Peserta : 2 dewasa + 1 kanak-kanak
D'Kok : ok (hotel ke)
Restoran Warisan : ok
Bayaran: online (boleh ke).

2) u.p Akak Nani
Tahniah kerana telah berjya menyempurnakan rukun ke 5.

3) u.p Pak Aji Usop
Sorry la kita dah empat kali selisih kereta api. Tak leh jugak nak datang rumah no.

4) u.p semua cg dan keluarga
Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010.


5) u.p semua cg dan keluarga
Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat tahun baru 2010.