Selasa, 30 Jun 2009

ok. satu lagi undi

Saya baru selesai menghantar anak2 saudara masuk IPTA. Yang utara kena ke selatan hari Sabtu, yang selatan kena ke utara hari Ahad. Yang penat mak tehnya la. Dua2 nak mak teh hantar. Apa2 pun semuanya dah selamat.

Tak sangka pula ada pengundian kat blog. Ok. Saya undi banglo tepi stadium. Masih dikira ke undi ni? Kalau tak boleh pun kira la jugak. Rumah hijau saya dah sampai dah. Yang terkini belum. Lepas pi banglo apa kata kita korner pi sana ramai-ramai? Pakat pi ukur badan, tgk muat ke tak untuk reunion 4.

Ok. cau dulu. Ada perjumpaan dengan pelajar baru.

Isnin, 29 Jun 2009

come la tu

Assalamualaikum wbt.

Pada cek, tarikh terserah pada tuan rumah.
Come pada tuan rumah come la pada cek
yang penting semua happy
dapat berjumpa
dan bercanda.

sekian, terima kasih.

Apo-apo jo.....makno eh samo...

Assalamualaikum,

Orang Nogori memang cakap SEMALAT untuk SELAMAT dan HOSTIPAL untuk HOSPITAL.

Datanglah ke Nogori se, omak-omak eh, anak-anak eh... anggun, lomah lombut, .... bagi yang lelaki pemalu ala-ala sopan gitu.

Sebagai Juara Afundi yang mendapat undi rosak dan skodeng......permohonan se satu yo....Bueklah Reunion pado bulan Februari 2010......tontu meriah, glamour, meninggalkan kosan mendalam, melokek (lekat) di hati dan perasaan dan takkan hilang dari memori .....

Itik mengajak bersungguh-sungguh bukan macam ayam.........kono ingat tu.....

Sabtu, 27 Jun 2009

Selamat ke semalat ke welcome ke ahlan wasahlan?

Mak Daro nampaka sangat ajak-ajak itik angsa, ucapan tu,
SEMALAT DATANG,
ado ko patut?

Ucapan daripada Juara Afundi.....

Assamualaikum,

Terimo kasih, kerana mengundi membuto tuli se yang come lote. Se tompah tompek eh.....di Homestay yang menarik di Negori Beradat, Orang-orang eh Berzakat.........

...SEMALAT DATANG....

Mak Daro....

Jumaat, 26 Jun 2009

Jom Afundi Reunion 3

Assalamualaikum wmt wbt

Keputusan Afundi setakat 26.6.2007

Banglo Pinggiran Stadium 99.99%, hampir semua ayam Afundi Banglo nih!
Rumah Hijau 0.01% - hanya ayam dan anak ayam kat stadium je afundi rumah hijau,

Undi rosak - tak de satu pun. Seme ayam gi sekolah belake, tau yang mana satu nak afundi dan kat mana nak pangkah.

Walau bagaimanapun keputusan afundi di atas tidak termasuk yang sekodeng, yang sibuk dengan tugas ajar mengajar kat universiti tu, yang sibuk membesarkan anak-anak ayam dengan menu terkini, yang sibuk dok mengira duit, yang dok di bawah bayu dan yang di atas angin.

Harap yang belum afundi tu cepat2lah afundi, akak cadangkan kita pakat afundi banglolah untuk reunion 3.

2010..rumah hijau sedia menanti

Assalamualaikum wbt.

Sampai masa untuk sembang2 bab reunion 3
pakat2 bagi idea la na
izin Allah dapat kumpui belake ayam dan anak2 ayam
eratkan ukhuwah dan silaturrahim
yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, yang rapat disatukan..ha ha

Reunion 4 insyaallah
rumah hijau bisa diatur
siap promote gambaq lagi cek naniku
kali ni jadi jurufoto la pulak

satu2nya ayam yang miss 2 reunion sebelum ni (sapa lagi kalau bukan mrs. yang come lote tu), reunion 3 sure la kena ada, tidak boleh tidak, kalu tidak, tak do maknonyo yo..
had lain2, selamat bagi cadangan, terutama yang dok sekodeng ja tu..bawak2 la habaq, sihat ka, apa ka..biaq gempaq sokmo blog kita ni.

Menanti di MU
wassalam.

Khamis, 25 Jun 2009

Sah.....reunion kat rumah hijau

Assalamualaikum,

1. Rumah Che Eda muek untuk badan se yang come lote. Sanggup jo lah Che Eda.....

2. Akak Nani, terimo kasihlah memuat turunkan gambar-gambar rumah Che Eda tu.....boleh masuk Impiana tu.....

3. Lokasi yang baik sobab bulih jugak se ke rumah Akak Nani dan Mas Aji. Tapi ontahlah, dapek poei ko tidak...............

Wassalam....Mak Daro

Rumah Bertangga Baru..

Pandangan hadapan...(maaf, kereta tukang lapor lak blocking)

Pagar baru, tiang yang bengkok dah dicantikkan Sudut basuh tangan yang telah dihias cantk....


Setiap sudut berbunga-bunga, seperti hati tuan rumah yang sedang berbunga

Ruang tamu chek eda....

Assalamualaikum wmt wbt.,

1. Kemarin 24.06.2009, akak membuat kunjungan hormat ke rumah bertangga baru Chek Eda umah baru selepas mengunjungi anakanda husna di Bilik 41.

2. Come lote rumah baru chek eda kita ni. Untuk makluman, renovation dibuat semuanya bertitik tolak daripada sebatang tiang yang tanpa sengaja telah dibengkokkan (MA, sendiri mau ingat ye!). Besarnya hikmah daripada Allah, Alhamdulillah, dek kerana sebatang tiang nak dibetulkan kembali, seluruh rumah telah dicantikkan, sampai ke pagarnya sekalipun dah jadi baru.

3. Maka akak perturunkanlah gambar-gambar di atas yang akak sempat rakamkan untuk tatapan ayam-ayam sekelian. Akak boleh siarkan banyak tu je le gambar. Tumpang seronok tengok rumah baru chek eda...
4. Reunion tahun 2010 bolehlah dibuat di Rumah baru ni ya...Reunion 2009 di taman sebelah stadium di Paroi tu kan? Tuan rumah dah siap sedia ke?
Wassalam




Selasa, 16 Jun 2009

Menyudu yo...

Assalamualaikum,

1. Bagus respon daripada Dr. Azah. Copek-copek gomok samo ado badan yang gomok atau porut yo yang gomok. Dr. Aza paling sesuai, masih cun lagi.....se dah pencen. Itik pencen......

2. Memang ado Lembago Penapih.......losap yo, ontah ke mano. Akak Nani jangan lah teraso. Awak memang tak diberi gaji untuk publish kan tulisan-tulisan yang tersangkut. So...jangan lak kocik hati ayam .......

3. Jah....takkan skodeng lagi......Bawak-bawaklah mematuk ko, menyudu ko....

Mak Daro......8.20 mlm, 16.06.09