Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN SUDAH DATANG

BERMULA MALAM INI
JOM RAMAI-RAMAI AHLI CG
KITA HIDUPKAN MALAM-MALAM
RAMADHAN DENGAN
BERTARAWIH
BERTADARUS
BERMUNAJAD
BERMUHASABAH
SUJUD DAN SYUKUR
HANYA PADANYA
PENCIPTA SEKELIAN ALAM.

Esok posa na jangan tak posa
mangkit soq jangan lupa

Salah silap harap maaf na
Saya sayang cg semua

Khamis, 28 Ogos 2008

Ramadhan Menggamit Lagi


Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak


SelamatM

Selamatmenyambut Ramadhan Al-Mubarak


BONUS TERHEBAT!

Salam Ramadan
buat semua teman muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah tidak beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan
penuh barakah,
penuh nikmat ibadah,
penuh tawaran melimpah ruah,
bonus terhebat daipada Allah!

Moga Allah panjangkan umur kita untuk kita merasai
barakah itu
nikmat ibadah itu
tawaran teristimewa itu
bonus terhebat itu!

Dan moga kita menjadi hambaNya yang terhebat jua
seiring menjelang Ramadan tercinta..
buktikan kecintaan kita
merebut tawaran pahala berganda
merebut bonus berjuta dan berjuta dan berjuta.......
tidak terkira!


Oleh itu
wahai sahabat2ku
usah sia-siakan tawaran dan bonus terhebat ini
usah terpedaya dengan tawaran pasaraya
meski diskaun sehingga 99.99%
usah tertipu dengan nafsu dan sekutu-sekutunya!

Insya-Allah kita buktikan
kita kuatkan azam dan iltizam
kita sabar dan istiqamah
untuk kita sama-sama menjadi
hambaNya yang terhebat jua!

Salam kasih sayang buat semua.
26 Syaaban 1429.

Selamat menjalankan ibadah puasa

Rabu, 27 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak












Assalamualaikum,



Kepada semua CG's & family, "Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak"
















"Masjid Al-Mukarammah Bandar Sri Damansara"

Rumah saya kat masjid ni la. Ha tu nampak dak? Rumah yang no 2 dari tepi. So kalo kawan2 mai kot sini singgah la no.

Jumpa lagi no. Tak jumpa secara fizikal, secara maya aje le...

PUASA NAK MAI, JOM BERIBADAT


Asalamualikum

Sekadar perhati dari juah, memang permatang pauh ada sejarahnyanya. Stop

Dan puasa semakin menggamit. Terawih semakin dekat, Pasti bersyukur masih ada ruang dan peluang untuk terus beribadat.

Apa tunggu lagi, beribadatlah, dan berjimat! Nak makan semua jenis. Tapi bulan latihan perlu prosedurnya. Latihan rohani !

Bagi kaum ibu, masa tunjuk terorr dengan masakan sedap! Maklumlah ahli keluarga yang perlu dilayan.

Buatlah apa yang patut.

Untuk semua selmat menyambut ramadan al Mubarak dan Raya. Cadang mau pulang ke Bukit Raya. Tapi kena tengok suasana. Anak dua2 mau periksa adanya. UPSR dan PMR diberi nama.



Sabtu, 23 Ogos 2008

Selamat Kembali ke Sekolah

Salam. Jumpa lagi. Baca baca baca coretan kekawan terutamanya luahan hati Husna buat saya menung jauh. Yealah siapa kita sekadar must be loyal to the government of the date. PTK yang memang menyesakkan dada dan masa. Saya tak ambil apa-apa exam. Cuti yang betul-betul cuti dari kerja-kerja rutin sekolah. Bersilat dengan anak-anak. Tak boleh lari dari cerita pasal dapur. Selebihnya aktiviti memantau anak-anak dan jalan-jalan.Seronok andainya ada peluang ke Kundasang suatu hari nanti. InsyaAllah. Apa persiapan mak-mak dan pak-pak menyambut ramadan dan sesi persekolahan penggal baru? Semoga beres.Buat Tn. Haji atau siapa-siapa yang berhajat telur pindang untuk dikurier sila sertakan alamatnya. Sampai jumpa lagi. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.