Khamis, 21 Jun 2012

SALAM TAKZIAH...SALAM KASIH SAYANG

Assalamualaikum wmt wbt...

1.  Salam takziah buat Mas Aji (masih relevankah nama ini?)...maaflah selalu menjadi yang terakhir yang mengucapkan...
2.  Begitulah...angkuhnya seorang AKU menjadikan urusan penghantaran anak-anak (Husna dan Hannan) ke stesen bas pada hari kembalinya almarhumah nenda mereka menjadi begitu sukar dan lambat.  Buat sahabat yang bakal berada di singgah sana kuasa...tolonglah ingat...tak selamanya berada di puncak...sekali jatuh ke bawah...pasti parah lukanya...kami yang berada di bawah ini, sakitnya mungkin sekadar calar biasa.  Tak faham kemana hilangnya rasa kemanusiaan bila terasa diri begitu hebat dan berkuasa...
3.  Terasa kaki tidak mahu melangkah dari bumi Madinah...apatah lagi kesayuan saat wida' di Baitullah...apa tidaknya...kaki belum menjejak di bumi Malaysia, perintah dunia sudah menunggu...diri kembali begitu sibuk dengan urusan dunia yang terkadang secara tidak langsung bersyubhah dengan dosa...Ampunilah kami Ya Allah.
4. Mak daro..se pun akan anto anak bujang  (no 2) ke PMM, register pada 8/7/12..Dip Perkhidmatan Makanan  (Amalan Halal)...samo course kot? Moga jumpo kek sanun. Ni nampak macam langkah pertama je, tambatan 2 negeri...Negeri Cantik Orang Baik dengan Nogori Beradat, Orang Berzakat (entah betul ke tidak tagline ni? hehehe)
5.  Jomlah, kita ber RU di Haramain...
5.  Tataplah secebis kenangan bersama di Haramain..









Ni part paling seronok, berpuluh tahun tak mandi hujan,tiba-tiba dapat mandi hujan di Masjidil Haram.  Moga hujan yang membasahi membasuh segala dosa

Add caption


SEMAKIN LAMA MASA BERLALU SEMAKIN DEKAT KITA!

Salam
1. Terima kasih dan bersyukur apa yang ada dan diterima salam kekawan.
2. hari genap seminggu kemangkatan bonda!. Itulah semakin dekat masa kita pula.
3. Memamng syahdu dan sayu di tanah suci , lebih lagi di makam nabi, terasa dekatnya Nabi dengan kita.....tapi kita seolah menjauhkan amalamnya....moga dapat beramal sunnahnya.
4. Nah....ais krim lepas subuh....sedaaap! Tak ada masanya di sana....sedap belaka, boleh belaka....(Tapi awas jika bernegatif dgn sesuatu....pay cash...on the spot, )moga dijauhkan...
5. Maka berkembaralah lagi warisan cgs dengan lautan ilmu mereka....ada bermatrik, berasasi, dll...dan sedikit masa lagi kad merah jambu ( wangi) menyusul .....rasanya org sabah bah, dan nogori bakal mendahului!. Anak se masih kanyiaq! ( tak ghitu umah hijau).....
6. Kembara kita dengan rutin kita pun akan sampai masanya, sekitar 10-15 thn lagi, pencen maa!

Wassalam

Rabu, 20 Jun 2012

SALAM TAKZIAH DAN RUTIN BERMULA..

Takziah buat Cop Mat dan keluarga. Kasih ibu membawa ke syurga.Amin.

Alhamdulillah kami selamat kembali.Selesai apa yang direncana. Syukur atas jemputan-Nya. Benar apa yang dikata dek kawan-kawan. Terimbau dan merindu untuk ke sana lagi.InsyaAllah doa moga bukan ini kali terakhir.Akan menyusul dengan izin-Nya jua.

Banyak memori bersama Akak Nani selama di Makkah. Kebetulan hotel bersebelahan. Boleh ke masjid bersama.Makan aiskrim sekali.Sori akak Nani, buat suaranya serak.Perubahan cuaca cabaran dan ujian kecil.Selebihnya ketenangan dan damai.Yang tersentuh, kami berdialog suatu subuh hening, dalam deretan 10 van jenazah, mana satu yang bakal membawa kita?Mu ni, hanya yang terpilih bakal jadi penumpangnya.Akur dengan ketentuanNya. Mati itu pasti, hidup, InsyaAllah.

Berjumpa Rosmawati Marikan di Masjidil Haram, tambah gamat.Dan dengan izinNya jua  pertemuan jejak kasih dengan staf semasa di USM/AIM.Budi ditabur Allah jua membalasnya.

Selasa balik ke sekolah, arahan perkhemahan PKBM Darat Kebangsaan di Kem Lapangan Terbang Sg.Petani. Bertolak Jumaat malam, akur walaupun masih jet-lag.Yealah masa trang tang tang tak masuk ROTU,  dah setengah abad baru nak masuk hutan, aktiviti tentera, mandi , makan, tidur ala tentera.

Buat mak pak, teruskan mengajar anak bangsa. Anak sendiri juga perlu jelas hala tuju.


Sari.

Dah lama tak jenguk

1. Al-Fatihah ...moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin....
2. Usia kita semakin meningkat, moga kita sentiasa dalam peliharaanNya.
3. Anak bongsu se ke Politeknik Merlimau, Melaka meneruskan kursusnya semasa di ERT dulu. Di rumah, masih ada alongnya - Nurhidayah yang menjalani praktikal di Senawang. Bulan Julai ni graduate. Selepas itu, sibuklah mencari kerja....Mak dan ayah ... seperti biasa mengajar anak bangsa.

Yang pasti - terasa semakin berumur, kesihatan perlu dijaga.....

Wassalam.

Ahad, 17 Jun 2012

AL-FATIHAH

al-fatihah untuk bonda tersayang,, che faudziah bt kalsom
dari Allah dia datang kepada Allah dia kembali
Satu pengertian yang amat bermakna dan bersyukur dapat berada di sisi semasa akhir hayat.
Semua selamat dan berdoa ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang solehah,
amin.
14-15 jun 2012

Rabu, 6 Jun 2012

Salam..

1. Tahniah kepada yang telah berangkat dan akan berangkat ke tanah suci. Moga penyucian jiwa membawa berkat untuk semua.
2. Tahniah juga untuk semua cucu cicit cgs yang berjaya ke menara tanduk, gading!, Anak se, di upnm. hmmm tentera upahan ler.....depa bayar upah atas penat lelah nagi dan berlatih.....
3. Dan sedih juga, mak bonda di hospital alor staq dah dua minggu....doakan semua baik-baik belaka,
4. Cuti pun macam tak cuti, ada kelas pelajar dewasa mengaji....tak per lah depa beri gaji lebih.

wasalam


Sabtu, 26 Mei 2012

Lambaian Haramain

Assalamualaikum wmt wbt

Seperti yang telah diwarwarkan, doakan perjalanan kami selamat, diberi kesihatan yang sempurna dan dijauhkan daripada segala kesusahan dan dipermudahkan segala urusan kami.

Mohon ampun dan maaf daripada semua sahabat atas segala kekurangan dan kekhilafan diri semasa bersama, di alam realiti mahupun di alam maya.

Moga jumpa lagi.
Wassalam

Khamis, 24 Mei 2012

CUTI DATANG LAGI..PERSPEKTIF DAN MAKNA BERBEZA

Salam ...Berbagai rasa berbaur, hati dan debaran semakin kencang degupnya.

Ya Allah, izinkan hamba-Mu untuk terus dan terus mengharap Rahman dan Rahim-Mu, sampaikan hajat kami berkunjung dan beribadat di  bumi anbia.Ingin kami melihat dengan mata,mendengar dengan telinga, melafazkan  dengan lidah kalimah talbiah.Ampuni kami, ya Allah.Sampaikan hajat kami, ya Allah.

Sari (mengenang saat-saat keberangkatan ke Haramain)

Khamis, 17 Mei 2012

Tahniah dan teruskan perjuangan

Lama benar menyepi.Selamat hari guru.Kini dan selamanya guru.
Tahniah buat teman-teman yang dapat khabar gumbira. Teruskan perjuangan mendidik anak bangsa.

Tahniah buat mak pak yang bakal menghantar anak-anak daftar sambung belajar di mana-mana. Insya Allah kami akan ke Pulau Pinang menghantar Anis pada 28.5.2012. Jauh juga tapi untuk masa depan biarlah dia berdikari. Betul kata Mak Daro, gomen bagi sponsor gunakan sebaik -baiknya. Tarikh tu gak Akak Nani akan berlepas ke Jedah/Madinah/Makkah.InsyaAllah saya akan menyusul esoknya 29.5.2012 ke Madinah. Doakan perjalanan kami untuk bertamu di bumi anbia diberkati dan dipermudah. Buat semua ampun, maaf andai ada salah dan silap kami selama ini.Juga bersama-sama isteri Pak Lah, Ani di sana nanti. InsyaAllah.

Salam buat semua.

Sari

Isnin, 7 Mei 2012

Semak UPU

https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan Sesiapa yang terlibat untuk semak kemasukkan ke upu. Tahniah kepada yang terlibat Wasalam