Khamis, 10 November 2011

SALAM..SELAMAT BERCUTI

Teruja nak cuti ngalahkan anak-anak murid.Apapun tugasan hujung tahun menghambat hingga sesak rasanya. Istighfar banyak-banyak mohon dipermudah segala urusan. Laa hampir beres.key-in markah. NKRA SAPS...masih lembab juga sistem.Apo nak buek. Yang menurut perintah nak sign pencen 60 macam tak larat je.Hi..hi

Dan moga Mak Aji Angah @ Mak Daro dan suami selamat sampai ke tanah air dengan haji mabrur.Amin.

Buat anak-anak bakal menempuh SPM dan STPM, moga berjaya.

Yang dah dapat markah dan nombor PAT, jangan dok leka. Buku teks dah dapat khatam sampai akhir tahun.Anak sayale...yang dok ikat dan simpan elok je,tahun depan baru buka. Kering air liur dok cakap.

Yang bakal terima keputusan UPSR yang tak berapa hari lagi...moga berjaya.

Cuti-cuti ni mai lah ke Kajang.

Rabu, 5 Oktober 2011

BERITA TERKINI

Assalamualaikum wbt semua rakan taulan.

Berita dari Rantau melaporkan bahawa tarikh penerbangan ke Baitullah ialah 10.10.11, jam 10.50 pagi...maka berakhirlah suatu penantian...alhamdulillah.

Buat tetamu Allah, angah dan suami, semoga diterima ibadah haji kalian, diampunkan-Nya segala dosa, dan mendapat haji mabrur.

Salam buat Nabi junjungan.

Salam dari rumah hijau.
wassalam.

MASIH EPISOD SENYAP SUNYI SEPI

Apa-apalah yang sewaktu dengannya. Sibuk dek hambatan tugas hakiki, tugas realiti dan apa-apa sahaja tugas yang menanti. Moga situasi ni taklah ganggu konsentrasi di mana-manapun.

Kabonya Mak Daro, bilo eh nak poeinyo @ berangkat. Moga den pun dapek samo anto kat Kelana Jaya. Gitulah saban tahunnyo, belum ada rezeki nak dipanggilnya ke Mekah. InsyaAllah sabar menanti,giliran saya ramai pulak pakat gi sama-sama lagi. RU dan buat haji sama-sama.

Buat anak-anak yang dah periksa, sedang periksa dan akan periksa selamat maju jaya.

Sabtu, 10 September 2011

UPSR....

Moga anak-anak yang bakal ambil periksa UPSR dah bersedia mental dan fizikal. Jaga solat, jaga makan, jaga kesihatan. Elakkan makan yang pedas-pedas, solat tepat waktu sambil jengok-jengok buku. Ingatan buat anak bujang saya si Hafiz juga. Moga berjaya.

Ahad, 4 September 2011

Selamat Berpuasa Syawal

Salam Syawal
1. Ramadahan dah menghilang,sedihnya, Syawal menyapa gembira juga
2. Raikan syawal dgn puasa enam
3. Ada berkata dan berlaku dah, Ramadhan bulan ibadat, raya hari artis terhegeh=hegeh!
4. Syoknya beraya di KT, sebab tak sempat lama-lama jemmmmmmmmm.Jalan lain wau, bawa roti banyak pun tak akan habis sapu jemmmmmmmm, ???&%$#@
5. Lepas ni, mulalah senak perut lihat anak-anak duduki UPSR, PMR dan SPM....anak ibu, anak bapak
6, Dan ada yg mula merindui lambaian Kaabah, silalah.......bertamu wahai tetamu Ilahi.

Wassalam

Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wmt wbt
1. Salam aidil fitri al mubaraq buat semua sahabat dan keluarga.
2. Ramadhan dah hampir berlalu, Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah dan rahmatilah ramadhan kami pada tahun ini sampaikanlah kami lagi dengan Ramadhan ditahun-tahun mendatang...Amin ya Rabbal alamin.
3. Cik sari ooi....KL, Penang, apatah lagi Dubai, namakan apa saja, tak kan sama dengan raya di kampung laman sendiri....cukup la sekali merasa...Cik Sari raya kat Kajang je ke? Tak balik kampung ke? Jom datang raya Terengganu lagi...
4. Mohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran, salah dan silap, yang sengaja mahupun tidak....Jah, Angah, Cek Eda, Mas Aji, Aza, pak Lah, Hanif, Jeff dan Husna, Cik sari dan keluarga masing-masing...
5. RU dah tak masuk agenda CG ke?

Sabtu, 27 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI

Salam.

Moga Aidil Fitri yang dirai membawa seribu makna buat semua. Yang terkasar tersilap terkhilaf maaf dipinta. Yang akan menempuh perjalanan jauh, berhati-hati semasa memandu (pesanan daripada penaja...)Moga sampai ke tempat dituju dengan selamat. Akak Nani beraya di mana?Dubai atau Makkah @ PM @ KL.Singgah Johor. Yang lain-lain juga jemput ke rumah.Cik Jah oiii, balik Guak Napai atau Tokai? Harap bisnes raya bertambah rezeki.

SALAM DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDUL FITRI DARIPADA KAMI SEKELUARGA DI KAJANG.

Selasa, 9 Ogos 2011

Salam

Salam dan terus menyalam
bukan malap
tak terlelap
tapi belum sihat

Masih mantau dan lihat
apa yg tersurat

selamat posa dan berharap
ramadan datang lagi
pergi yang kembali
wasalam

Isnin, 8 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi dengan sejuta (hiperbola ni) harapan. Semuanya berjalan lancar dan dengan rahmat-Nya suasana Ramadhan kali ini tenang, cuacapun cukup selesa.

Cikgu kat Ganu capaian internet SAPS ok ka? Ha..ha..ha.Alhamdulillah dah buat awal taklah sistem masih diselenggara (apa komen tuan Haji tang istilah selenggara ni). Yang menurut perintah.Minggu lalu sempat hadir Seminar Pemantapan Pementoran Perkhidmatan Awam di Putrajaya bersama dengan YB Menteri Pelajaran dan S/U Politik PM. kONSEP 1 Malaysia dan MBMMBI. Ikut mana hok molek, hok comel.

Dah bercakap pasal MBMMBI ni, minggu ni selama seminggu tinggal anak-anak dan suami pulak buat kerja untuk buku teks 2012. Cari pengalaman luaskan pengetahuan. Sekadar berkongsi secubit ilmu yang ada demi memartabatkan BM.. agar anak-anak bangsa terutama di pedalaman yang bijak tak tersepit dek kelemahan BI. Mana silapnya, cuba teacher bagi pandangan. NST 7.8.2011 muka depan.

Sampai jumpa lagi. Wassallam.

Ahad, 7 Ogos 2011

pekse ketah, saps, offer ramadhan...

Assalamualaikum
2 2 nok kena bereskan b4 15hb....mengejar, tekejar daan dikejar....pening pening
dek kerana penangan 2 2 tu, tak berapa nak dapat rebut betul2 offer ramadhan
ni yg tak sabar na tunggu 2020 nih...pencen dari kesibukan kerja2 perkeranian seorang guru...