Selasa, 9 Ogos 2011

Salam

Salam dan terus menyalam
bukan malap
tak terlelap
tapi belum sihat

Masih mantau dan lihat
apa yg tersurat

selamat posa dan berharap
ramadan datang lagi
pergi yang kembali
wasalam

Isnin, 8 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi dengan sejuta (hiperbola ni) harapan. Semuanya berjalan lancar dan dengan rahmat-Nya suasana Ramadhan kali ini tenang, cuacapun cukup selesa.

Cikgu kat Ganu capaian internet SAPS ok ka? Ha..ha..ha.Alhamdulillah dah buat awal taklah sistem masih diselenggara (apa komen tuan Haji tang istilah selenggara ni). Yang menurut perintah.Minggu lalu sempat hadir Seminar Pemantapan Pementoran Perkhidmatan Awam di Putrajaya bersama dengan YB Menteri Pelajaran dan S/U Politik PM. kONSEP 1 Malaysia dan MBMMBI. Ikut mana hok molek, hok comel.

Dah bercakap pasal MBMMBI ni, minggu ni selama seminggu tinggal anak-anak dan suami pulak buat kerja untuk buku teks 2012. Cari pengalaman luaskan pengetahuan. Sekadar berkongsi secubit ilmu yang ada demi memartabatkan BM.. agar anak-anak bangsa terutama di pedalaman yang bijak tak tersepit dek kelemahan BI. Mana silapnya, cuba teacher bagi pandangan. NST 7.8.2011 muka depan.

Sampai jumpa lagi. Wassallam.

Ahad, 7 Ogos 2011

pekse ketah, saps, offer ramadhan...

Assalamualaikum
2 2 nok kena bereskan b4 15hb....mengejar, tekejar daan dikejar....pening pening
dek kerana penangan 2 2 tu, tak berapa nak dapat rebut betul2 offer ramadhan
ni yg tak sabar na tunggu 2020 nih...pencen dari kesibukan kerja2 perkeranian seorang guru...

Ahad, 24 Julai 2011

SAPS....

Salam.

Tajuk tak gempakpun. Yang gempaknya arahan saat akhir, Kerja undur semula.Ala-ala air RO gitu.
Dahlah cikgu-cikgi berebut masa. Ingat waktu tu cikgu lain tidur.Bolehlah bangun tahajud dan key-in markah setengah tahun, TOV/ETR. Rupanya ramai yang seangkatan.Lalu ramailah yang dah rajin bangun tengah malam 2 dalam satu, untuk akhirat juga untuk dunia.Maka kisahnya serverpun jammed.Tunggu punya tunggu nak siapkan data 6 kelas makan masa hampir 4 jam.Alahai sembab mata. Belum lagi kena key-in dua tiga kali sebab data tak disimpan walaupun dah klik simpan rekod.Takkan komputer tak tahu baca. Kita sah-sahlah boleh baca, tak silap walaupun dinihari buta. Kisah cikgu dan SAPS. Mak-mak dan Pak-pak yang ada assistan ramai bolehlah minta bantuan,

Selebihnya..musim durian. Kat kampung banyakle. Free tapi tak dan balik. Sabtu ada je urusan sekolah, kalau tak maknya anaknya. Tapi sekadar nak makan, gerai kat simpang masuk rumah adalah menjualnya. Lebih haru mak kirim durian dengan kereta/ teksi Sagil -KL.Bayar harga sewa boot, lebih murah kos balik Sagil. Ha ha ha.

Akhirul kalam, selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Moga ibadah kita diterimanya.Wassallam.

Ahad, 17 Julai 2011

Tajuk Apa Sssssahaja

Jengok dan jengok juga
Alkisah belum ada mengisi,
Ok jer, kerana suntuk masa dengan rutin yang berjela.
Nak tanda waktu semakin berbasi dan itulah benarnya sabda Nabi

Duamenjak warna diludah dan ditakuti, lucu pula mengekori desir peristiwa berlalu
Kaget dengan warna dan kata. maka lahirlahlah Unggun Bersih dan Peludah Warna hasil ledakan sang pujangga. Terbelalak semua.

Kepada anakanda2 Cg apa ceritinya.? Arah mana mereka?

Itu kisah anak, mak bapak pula entah apa kisahnya...menunggu cerita

Khamis, 14 Julai 2011

Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa

Assalamualaikum wmt wbt

1. Itulah, lame sangat tak menulis wp tak pernah lupa skodeng, sampai tak tau nak tulis tajuk apa
2. Apa2pun, akak masih setia...
3. Malam ni ambik peluang sebab ada kat umah ni, tak balik KL@KampungLosong..,
4. Mak Daro tentunya semakin teruja dan tak sabar menanti...50 ips motivasi haji dah baco?
5. Orang 8 kotak pun dah lame tak bersua...anakanda Husna pun tak sempat dah nak gi jenguk...
6. Sabtu ni, genap 4 minggu berturut kerja ari sabtu...nak buat camne, berkhidmat untuk negara...
7. Ya Allah berkatilah Rajab dan Syaaban kami dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan...Amin
Wassalam

Ahad, 19 Jun 2011

Cuci Mata..Kembara Pulau Temasik.

Stesen Kereta api Tanjung Pagar...selamat tinggal.
Haus...Merlion (Mermaid + Lion)
30 Jun 2011...hak milik Singa oppss Singapura lepas tu.
Kampung Warisan Melayu...pusat komersial.
Marina Bay.
Changi Air Port.

Sekadar menjenguk sebab dekat.Pergi pagi balik malam. Percutian budget jadi tak adalah ke Universal Studio.Kebersihan superb ada tapinya rimas juga . Yang emas di negeri orang, yang batu di negara sendiri lebih baik. Sempat menjengah Stesen Tanjung Pagar..sayang kan jadi hak milik orang. Etika kerja cekap, imigresennya pantas kalau nak banding dua negara jiran kita. Staf mesra alam. Yang itu boleh tiru. Eh, boleh tengok tak kerasan nak tinggal sana. Malaysia macam-macam ada, dari sata ke nasi dagang, sate ke nasi kerabu sedap belaka.Sekadar mengumpul pengalaman hidup.

Rabu, 15 Jun 2011

SELAMAT kEMBALI KE SEKOLAH.

Salam. Sunyi sepi. Moga segalanya berjalan lancar. Terima kasih Cik Jah sudi melontarkan suaranya lewat HP .Masih ceria seperti dulu. Tahniah anak bujang bakal ke menara gading @ tanduk (meminjam istilah tuan Haji). Nun di USM.Tak jauh tu, balik deh.

Buat Mak Daro, moga segala persiapan ke Tanah Suci hampir beres..Juga Akak Nani, teruskan bakti demi keharmonian keluarga. Susah nak cari menantu macam akak Nani ni. Tabah sabar dan reda, syurga ganjarannya.

Saya masih di sini, rutin guru biasa.Jumpa lagi.Wassalam.

Jumaat, 3 Jun 2011

Maaf...tak jadi mengantor pengantin...

Salam.

Moga semuanya selesai urusan antor mengantor anak-anak.Apapun bidang yang dipilih moga semuanya beri manfaat buat ummah sejagat. Tanggungjawab kita lunaskan kewajipan dan sediakan segala keperluan (RM sudah semestinya) yang seadanya ikut kemampuan. Dengan ni anak-anak belajar pun selesa.Tak pening kepala fikir lain selain belajar.Kitapun tak pening kepala sebab anak-anak nak belajar.Rezeki ada di mana-mana, berkat tabungan berdikit-dikit, saya percaya kita mampu hantar anak belajar, walaupun dalam Malaysia. Kalu nak pi jauh-jauh kena pikiak gak, sayaratnya result molek pasti gomen lulus.Bersyukur jadi rakyat Malaysia.Nak murah belajar kosnya, kena ke seberang...misalnya USU, Kat Padang ke, anak bujang tak mau.Nak dekat maknya. Apapun kualiti ilmu kat Malaysiapun bertaraf dunia, Cumanya andai diberi peluang seperti anak dara Mak Daro atau anak bujang Jeff..pergi jangan tak pergi walaupun antor kat KLIA tetap antor. Dengarnya Jeff dah kat UK,Ammar konvo. Tahniah dan Syabas.

Nak minta maaf bebanyak buat tuan rumah hijau dan tuan rumah langsir hijau..maaf tak dapat penuhi jawatan kosong cuti sekolah spt yang Cik Eda tawarkan. Tak jadi antor pengantin, kita cuti yang sorang lagi keja. Kempunan nak rasa gulai kawah Paka.Apapun ada rezeki panjang umur, jawatan tu tetap saya penuhi andai ada kesempatan. Laa... siapkan urusan kerja sekolah.Solosai Alhamdulillah.

Buat Mak Daro, teruskan apa yang dah dirancang dan moga dah hampir selesai persediaan ke Tanah Suci. InsyaAllah yang baik dan berkat tetap dalam redhaNya.

Baru ni, saya berkesempatan hadir majlis Tazkirah rumah Pak Lah. Alhamdulillah tumpang syukur dengan rezeki kekawan. Macam berada di pusat peranginan luar negara bila berada di banglo atas bukitnya. Nyaman damai dengan pengisian ilmu, dan moga bertambah rezeki kurniaanNya buat hambaNya yang selalu mengingatiNya.Amin.

Yang lajak ke KL moh singgah Saujana Impian, caling-caling. Cik Azah ,Cik Jah dan lain-lain bila nak mai. Boleh jamu soto lagi.InsyaAllah minggu depan ke kota Singa bawa anak-anak...makan angin sempena cuti.Sampai gebang lagi, salam.


Khamis, 2 Jun 2011

mengantor juga

Assalamualaikum wbt.

Tahniah puteri Husna, ayahanda dan bondanya...bila nak mengantor, singgahlah rumah hijau...tapi 6.6 tuan rumah hijau tak dak di rumah...mengantor puteriku Ainaa... sambung buat diploma tahfiz di Kias, Nilam Puri.

Angah...apa habaq? Semoga bahagia buat persediaan...fizikal, emosi, rohani , dan intelek.

Cek Nani dok ulang pi Losong kot...harap mak mentuamu semakin sihat...besar ganjarannya insyaAllah.

Cek Sari...musim makan gulai ni, mesti sibuk...mengantor sana sini...jadi ka tak jadi mai...senyap ja.

Semoga jawatan kosong tu dah penuhhh

wassalam.
Aeis