Ahad, 16 Mei 2010

Sejuk mata, dan masa sudah berarak kelabu




gambar pilihan



SENDIRI RAYA SENDIRI RAI

aSSALAMUALAIKUm


Tak nak kat apa-apa.
Ingat hari sendiri , hari guru dari guru untuk guru

wassalammmmmmmm

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Hidup sebagai guru....
Tiap-tiap tahun dapat hadiah
Hidup sebagai guru....
Walau tak nak kerja tetap kena kerah
Hidup sebagai guru....
Kalau silap merotan, siaplah dapat padah
Tapi....jangan teringin nak dapat anugerah
Kalau ada rezeki dapatlah....
Sebab itu, hidup guru sangat mudah
Dapat makan, pakai, hidup tak lah mewah....
Tapi cukup indah
SELAMAT HARI GURU

Rindunye Akak kat se......

kembali bertemu, selamat hari guru

Assalamualaikum wmt wbt

1. Alhamdulillah, akhirnya akak bernafas kembali....
2. Rindunya nak mencatuk, Allah saja yang Maha Mengetahui,,,
3. Tugas jururawat dah selesai, syukur ke hadrat Allah mak tua dah boleh urus diri sendiri.
4. Camne pun kena jenguk juga 2 3 hari sekali
5. Akak pelik, bila akak cuti dari mencatuk, mak daro pun cuti samo, mintak bila akak dah masuk ni, mak daro dah pulih dari kebas tangan dan boleh mencatuk semule...
6. Merah bukan marah tetapi semerah semangat untuk terus berjuang, esok kan hari kite! Selamat hari kite buat semua ayam yang bergelar cikgu

Jumpa lagi

Rabu, 12 Mei 2010

ukm.alumni/

Assalamualaikum

rujuk di di sini ukm alumni


KEISTIMEWAAN ALUMNI
Semua mahasiswa/i yang pernah belajar di UKM adalah secara automatik merupakan ahli Alumni UKM. Ini termasuklah pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga Doktor Falsafah. Di antara faedah keahlian buat masa ini ialah :


Kemudahan Perpustakaan

Alumni UKM diberi kemudahan Keahlian Perpustakaan dengan yuran tahunan seperti berikut:

1. Kemudahan rujukan ( percuma )
2. Kemudahan pinjaman ( RM100.00 / setahun )

Sebagai ahli perpustakaan, mereka layak mengakses koleksi dan menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di semua Perpustakaan Pusat dan Cabang-Cabang. Bagaimanapun, perkhidmatan pinjaman bahan antara perpustakaan, pakej maklumat dan bilik karel dikhususkan untuk pensyarah, pelajar dan kakitangan UKM serta Ahli Kehormat sahaja.


Kemudahan Kelab Danau, UKM

Alumni UKM diberi kemudahan Keahlian Kelab Danau, UKM dengan yuran keahlian seperti berikut :

1. Yuran Masuk - RM 4000.00
2. Cagaran - RM 500.00

Setelah menjadi Ahli Kelab Danau, setiap Alumni akan dikenakan yuran bulanan sebanyak RM86.00 sebulan.


Kemudahan-Kemudahan Lain

Faedah-faedah lain akan ditambah dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kemudian

Entah apa yang patut untuk kita.......pilihlah sendiri.....
di sini ada pilihan buku dll, look look tak rugi pun


sekian seadanya, tq jah

Isnin, 10 Mei 2010

Alumni UKM

Jom kita daftar ramai-ramai sempena 40 tahun UKM.

Borang boleh diperoleh daripada Pejabat Perhubungan Alumni, UKM di talian 03-8921 4703/4699 atau email ke erlina@ukm.my

Jumaat, 7 Mei 2010

Baca dan tulis

Assalamualikum

Baca dan terus baca. Baca jadi perintah mula-mula diturunkan. Tapi nak baca apa? Kena tulislah dulu. Patuk apa yang patut.

2. Adegan sonyap bukannya apa, masing-masing tenggelam dengan diri yang menyibukkan. Namun biasalah bila musim mencatuk pabila tenang kembali.

3. Hmmm apa yang berlaku sekitar negara banyak kisahnya, dari cerita rakyat biasa hingga istana ....ada kisah dan faedah.

wasalam....

Selasa, 4 Mei 2010

EPISOD SENYAP SEPI

Sibuk ka? Takkan sekodeng je....Mak Daro pun tentunya sibuk uruskan anak daronya ke IPTA atau kursus persediaan oversea.Akak kita saya sedia maklum. Kami caling-caling, leceh e-mail.Tak pa advance.Cik Eda kita apa yang tak selesai? Cik Jah biasa-biasa. Dr Aza, sibuk lagi? Tuan Haji kita di mana sekarang? pulau atau daratan (jangan lupa daratan sudah... gurau harap tak salah tafsir). Saya...? alahai rutin cikgu..gubal(copy paste) soalan tengah tahun. Lain-lain tak da apa nak cerita.

Jumpa lagi.