Salam.
Tajuk tak gempakpun. Yang gempaknya arahan saat akhir, Kerja undur semula.Ala-ala air RO gitu.
Dahlah cikgu-cikgi berebut masa. Ingat waktu tu cikgu lain tidur.Bolehlah bangun tahajud dan key-in markah setengah tahun, TOV/ETR. Rupanya ramai yang seangkatan.Lalu ramailah yang dah rajin bangun tengah malam 2 dalam satu, untuk akhirat juga untuk dunia.Maka kisahnya serverpun jammed.Tunggu punya tunggu nak siapkan data 6 kelas makan masa hampir 4 jam.Alahai sembab mata. Belum lagi kena key-in dua tiga kali sebab data tak disimpan walaupun dah klik simpan rekod.Takkan komputer tak tahu baca. Kita sah-sahlah boleh baca, tak silap walaupun dinihari buta. Kisah cikgu dan SAPS. Mak-mak dan Pak-pak yang ada assistan ramai bolehlah minta bantuan,
Selebihnya..musim durian. Kat kampung banyakle. Free tapi tak dan balik. Sabtu ada je urusan sekolah, kalau tak maknya anaknya. Tapi sekadar nak makan, gerai kat simpang masuk rumah adalah menjualnya. Lebih haru mak kirim durian dengan kereta/ teksi Sagil -KL.Bayar harga sewa boot, lebih murah kos balik Sagil. Ha ha ha.
Akhirul kalam, selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Moga ibadah kita diterimanya.Wassallam.
Ahad, 24 Julai 2011
Ahad, 17 Julai 2011
Tajuk Apa Sssssahaja
Jengok dan jengok juga
Alkisah belum ada mengisi,
Ok jer, kerana suntuk masa dengan rutin yang berjela.
Nak tanda waktu semakin berbasi dan itulah benarnya sabda Nabi
Duamenjak warna diludah dan ditakuti, lucu pula mengekori desir peristiwa berlalu
Kaget dengan warna dan kata. maka lahirlahlah Unggun Bersih dan Peludah Warna hasil ledakan sang pujangga. Terbelalak semua.
Kepada anakanda2 Cg apa ceritinya.? Arah mana mereka?
Itu kisah anak, mak bapak pula entah apa kisahnya...menunggu cerita

Khamis, 14 Julai 2011
Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa
Assalamualaikum wmt wbt
1. Itulah, lame sangat tak menulis wp tak pernah lupa skodeng, sampai tak tau nak tulis tajuk apa
2. Apa2pun, akak masih setia...
3. Malam ni ambik peluang sebab ada kat umah ni, tak balik KL@KampungLosong..,
4. Mak Daro tentunya semakin teruja dan tak sabar menanti...50 ips motivasi haji dah baco?
5. Orang 8 kotak pun dah lame tak bersua...anakanda Husna pun tak sempat dah nak gi jenguk...
6. Sabtu ni, genap 4 minggu berturut kerja ari sabtu...nak buat camne, berkhidmat untuk negara...
7. Ya Allah berkatilah Rajab dan Syaaban kami dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan...Amin
Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)