Selasa, 26 April 2011

Berita hangat dari Mak Daro

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah......se dah dapek surat untuk menjadi tetamu Allah tahun ni.....

Sungguh tak sobarrr..........

Jumaat, 15 April 2011

SUNYI TAK BERMAKNA SEPI...KWANG KWANG

Yealahkan, apasal semua menyepi . Takkan sekodeng je. Saya biasalah, tak sibuk tak juga menyibuk. Banyak kerja luar kelas. Dah tua-tua ni(murid kata saya tigapuluhan ha..ha) masih dok latih anak murid menjaring bola. Profesyen kedua selepas cikgu. Lama dah sejak sekolah rendah dan terusan. Lepas ni lega..

InsyaAllah, cuti sekolah ni (dah ingat cuti je) tak ada aralnya akan ke Paka, hantar pengantin. Kawan..jadi pengantin kali kedua. Tuan rumah Hijau atau tuan rumah langsir hijau ada kat rumah ke?Habaq awai-awai sebab nak menyinggah, harap sudi terima. Itupun kalau tak bertembung dengan urusan anak bujang yang masih menunggu tawaran sambung belajar. Apapun akan diberitahu kelak. Kalaulah tahu dek Pengetua, cikgu yang sorang ni asyik dok ingat nak cuti..apa reaksinya?Soalan kuiz tak perlu jawab.

Jumpa lagi, siapkan soalan periksa Mei ...

Rabu, 13 April 2011

sunyi sepi

salam
kembara hati
semua terlontar dalam diri
menyemai remcam dunia yang menyala
membakar jiwa yang gelora

ahh biasakan diri
dengan siraman taqwa
menganyam kerjaya

sunyi itu ada maknanya
terserlahlah pada maya

Khamis, 24 Mac 2011

Kembara...rumah hijau

Assalamualaikum wbt.

Kembara ke Medan...Seronoknya kak sari...jauh berjalan tentu luas pandangan, banyak pengalaman...gambar2 jadi kenangan...kami yang memandang, hati senang bertambah riang...seperti anak2 di pohon yang rendang...tasik toba airnya tenang...pasar tomok, shopping sakan....rumah antik, sangatlah cantik...

Orang konvo...kembara atas titi...ilmu berharga tu...kami, dok bawah titi ni....

Niat nak buat umrah terpaksa cansel...kita merancang dan Allah merancang...perancangan Allah adalah yang terbaik!

Buat masa ni kembara dalam rumah ajelah.....

Salam kembara...
wassalam.

Selasa, 22 Mac 2011

Kembara Medan Prapat Brastagi...


Aktiviti senggang, anak-anak dan anak saudara.

Kat Kampung Tomok (maksudnya gemuk) bisa tawar bu, pak


Rumah Batak Toba..pintunya tak muat se nak masuk
moralnya kena kuruskan badan..ha..ha

Danau Toba..keluasannya satu setengah kali ganda Singapura, warga batak Toba..
Horas...horas...horas

Bandar Medan..

Anak-anak sekolah..SMA



Memenuhi janji, cerita-ceriti yang elok buat pedoman.Apapun tanah tumpah darahku terkonang juo, Malaysia yang indah permai.Buat tatapan kekawan...











Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Dan Buka

Salam
Amboi....konvo apanyer. Tak ada kena mengena dengan universiti...

Apapun, selamat bekerja semula pada yg baru bercuti.

Masih tunggu offer re-union

Ahad, 20 Mac 2011

Hari pertama selepas cuti

Assalamaulaikum wbt

Selamat ke sekolah semula untuk semua cikgu dan mak ayah yang anak2nya ke sekolah.

Cuti, makan gulai sana sini...kawan2 dan sedara mara kena rai...tu pasal badanku besar melidi...hihi...

Hari pertama pi sekolah, disambut oleh 2 tugas besar....redha jelah.

Tahniah untuk pak haji dan mak hajah sekeluarga di Besut...amboi senyap2 pi konvo...alhamdulillah cek tumpang seronok. Harap anakanda husna dah pulih seperti sedia kala.

Akhir sekali, kutunggu cerita kak sari...jumpa lagi.
wassalam.

Sabtu, 19 Mac 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Lip lap lip lap dah ke sekolah...ha kalut siapkan markah ujian.

2. Apapun, dah balik Kajang. Cerita-ceriti cuti-cuti sekolah akan menyusul nanti.

3. Jumpa lagi...

Khamis, 10 Mac 2011

Tinggal lak...



INILAH RUPANYA PETI SURAT TU



KAWASAN AIR PANAS BETONG, THAILAND.LUAS......

Moga panggilan Baitullah sampai jua...



KATANYA PETI SURAT TERBESAR DI DUNIA..
MENDONGAK JUGALAH...



TANYA MANA PIYAMET TUNNEL..ADA MAK CIK SORE TAK PAHE KECEK ORANG PUTIH, KITO PUN TAK PAHE KECEK SIAE, DITUNJUKNYA....ALAHAI TANDAS.


NI LE KAEDAH REBUS TELUR CARA MUDAH...ALAMI
MACAM KAT AIR PANAS PODEH GITU


Gitulah adanya. Buat yang akan ke Tanah Suci, moga doa dimakbulkan Allah. InsyaAllah akan menyusul bial tiba saat dan tikanya. Selamat bercuti...