Rabu, 21 April 2010

ADA SESUATU

Assalamualaikum wbt.
1. Lama tak mencatuk kerana ada sesuatu yang terlekat, tercekik dan tersangkut...
2. La ni dok usaha mengorek2 merodok2 dan mengetuk2...
3 Insya-Allah keadaan akan kembali normal...

BUKAN APA HANYA MENANTI

Assalamualikum

Pertamanya, sudah lama tidak mencakar, tetapi tidak lupa menjenguk. Itulah sesuatu sedang berlaku dan memerlukan penuh perhatian.

Dan apa yang ada dalam blog memukau dengan berita yang mengasyikkan. Teruskan dan pasti ada terliur dengan lawatan seberang laut. Menyusul nanti.

Bersabarlah dengan tarikh lahir itu.....

wassalam

Isnin, 12 April 2010

bestnya

melawat tempat macam tu.

Ahad, 11 April 2010

CUCI MATA


Rombongan Wak Roslee......Rumah Gadang


Part time...jual telur penyu Rp4,000 sebiji

Istana Pagaruyung dalam proses baik pulih..


Hari pertama kerja kilang kopi KINIKU..
Tabek Patah..Batu Sangkar,

Gaji Rp20,000 (rm7.00) sebelah tu supervisor
saya, gini Bu..isi satu sudu aja..yea

Selasa, 6 April 2010

terkini

Assalamualaikum,

1) Baru lapang dari tugas-tugas akademik. Lega. 2 minggu lagi exam semester II. Semak kertas, hantar, mesyuarat peperiksaan. Ok la tak kalut sangat.

2) Baru lapang dari kelas BM Maju untuk pensyarah. Banyaknya kesalahan yang dah jadi kelaziman sehingga dianggap betul. Kena baca buku lagi. Minggu depan periksa. Lulus atau gagal tentukan pengesahan dalam jawatan. Dah nak pencen baru nak sah jawatan. Ok la jugak.

3) Baru lapang dari kendalikan praktikum kursus Hubungan Etnik. Berbeza sangat budak2 sekarang dengan kita dulu terutama masa kat UKM. Kita dulu boleh campur Melayu, Cina, India, Singh, Sabahan, Sarawakian. Seronok pula tu. Tak gitu CG? Budak2 sekarang kena buat kursus macam ni baru nak bercampur dengan kaum lain.

4) Masuk keluar masuk keluar blog. Sempat sekodeng je.

5) Pak Aji Usop, bila nak dapat jawapan ni. Lama dok tunggu.

6) Yang lain mana. Nampaknya macam ada yang tersentap dan terkedu ni. Betul ke Akak Nani. Cuba terjah tengok.

Ahad, 4 April 2010

Masuk balik ari ni...

Assalamualikum,

Cik Sari, cakap orang Nogori tak samo dongan cakap Minang.

Nogori- banyak guno 'o'....cakap Minang banyak menambah2....Contoh :
Bahaso Minang

1. indak dapek dek wak den tudohh (tak dapat i dehh)
2. ba aa dikau? (what happen to you?)
pueh se pikir2, tu jo yang dapek ditulih....

Jiran se kek Rantau, orang Minang...jadi tau juo wak den sodikit2....

Terbaco catatan akak Nani....menentu se Kak Teh indak mau jadi doktor laei????

Jumaat, 2 April 2010

Kombang kompih hidung se....

Assalamualaikum,

Beriyo-iyo se mencatuk bilo dipuji slim....tu jo perkataan 'keramat' yang se nak dongar! Jangan bagi se gelaran 'Bosar Bagai Johan' lagi.....yo....

Tongah hilang kato-kato ni.....sodang berhajat nak turunkan borat badan....dan jadi 1 kilo yo lobih daripado akak Nani.

Se sebonar eh malu bilo berada di dopan lensa kamera......Bukannyo nak menunjuk-nunjuk dan riak yo......

Yolah macam Sari cakap, mano geng CG yang lain? Osah botul sibuk eh tuhhh....

Wassalam.

Rabu, 31 Mac 2010

Tahniah...........

Assalamualaikum wmt wbt

1. Tahniah juo daripada kami sekeluarga buat Mak Daro sekeluarga.
2. Moga hajat nak jadi pakar sakit puan dimakbulkan Allah. Amin
3. Iyolah, bukan main bergaya lagi Mak Daro, dengan spek tu nampak mudo 15 tahun. Tangkap slim nampak.....Kontrol ayu lah tu....
4. Maaflah, tak berniat nak rampas title penskodeng paling popular, la ni banyak sangat title yang dianugerahkan pada akak , juruletih, jururawat, pena'tak'sihat, macam2 lagilah. Balik rumah sempat lunjur kaki sekejap, masuk ofis lak. Maka itu tak sempat nak jadi pencatat di blog!
5. Apa2 pun, skodeng tetap skodeng. Teruskanlah mencatuk bagi yang berkesempatan, sekurang2nya bila skodeng, sempat jugak sengeh, hilang penat buat seketika...
Wassalam

Sonyap jo....

Mano poinyo suku-sakat CG's? Mengeram ko.

Nak kongsi cerita....

Bacalah SKOR Berita Harian Rabu 31 Mac 2010.. Ado cerito Anak daro Mak Daro, gambo Mak Daro yang cun melecun pun ado. Tahniah dari kami sekeluargo.

Teruskan usaha.

Rabu, 24 Mac 2010

Salam Sejahtera dari Ranah Minang...

Alhamdulillah selamat kembali dari bumi adat. Mak Daro kalu ke Ranah Minang sure seronok sebab buleh jumpo suku sakat sinun. Saya tak berapa nak faham cakap minang sana pokat sangat macam jus adpokatnya. Orangnya ramah dan menyenangkan, buminya indah, makanannya sedap tapi shopping tak best.Apa taknya pemandu pelancong bawa tempat mahal, murah lagi di Jakarta atau Bandung. Apapun dapat melihat tempat urang dah seronok.

Berkesempatan meninjau bangunan runtuh (sebuah je) dek gempa bumi, lainnya retak tapi takle menunggu belah. Tak seperti digambarkan di media. Cuma di Padang Pariaman je yang terjejas, kawasan lain ok. Ada kesempatan saya up load gambonya. tungguuuu....

Yang bestnya, dapat melawat rumah kelahiran idola saya Pak Hamka dan Hatta. Nampak jubah UKM tergantung dlm almarinya. Ingat kekawan cg lain. Betullah bagai dikata, mereka pegang pada kata-kata

Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah,
Adat menurun, syarak mandaki,
Adat nan kewi, syarak nan lazim,
Syarak mengato, adat mamakai,
Tuhan bersifat qadim, manusia bersifat kilaf.

Mak Daro boleh terjemahkan.

Kalau dipanjek batang tinggi-tinggi,
Basuo pucuak jo silaronyo,
Kalau dikali dalam-dalam,
Basuolah urek tungang jo isinyo.

Menjawab kekhuatiran yang berlaku kini, kes anak tak sah taraf atau si manis yang seksa kita melihat dressingnya, kembalilah kepada agama dan adat budaya kita.

Alahai Mak Daro se tak sempat cari anak angkat kat sana sebab sibuk urus anak sendiri. Ok jumpa lagi akan disambung pada episod akan datang.