Rabu, 10 Jun 2009

SYOKNYER BERCUTIIIIIIIIIIIII

aSALAMualaikum

1. Cuti yang menyeronokkan. Boleh balik kampung dan sambut adik ipar. Sorryler tak jemput CGS....saje terlupa...hihihihi....tak perlulah menyusahkan orang. ayam yg susah tak per.

2. Tapi kena masuk laut pula lepas ni...bertapa di Merang Setiu. Camno . itulah.

3. Dan tahniah pada Luq Aidil Adli Zulkefli 13, anak sapa tu......awatnyer.....hangpa kena respect banyak.....gambarnyer Insyaalah scan nanti...sabar je lah...

4. Dan selamat bertugas kepada yang semakin sihat,,, dr kita ler.
5. Yg lain2 tu tahniah jugalah....macam macam ada. macam macam sebab.

6. Bolehlah berkira-kira re union kali ke 3.... tawar dirilah sapa yg rasa boleh....

wasalam.

Isnin, 8 Jun 2009

salam dari USM

Alhamdulillah. Saya dah sihat. Baru balik dari Johor. Hampir 2 bulan bertapa di sana. Seronok jgk jadi orang Johor. Tapi tak tahan harga makanan mak oi mahal. RM 10 makan pagi je untuk 2 orang. Belum makan tengah hari. Cuti hari pekerja harga makanan lagi mahal. Geleng kepala aje la. Apa-apa pun hari ni dah mula kerja balik. Sepatutnya boleh lagi cuti tapi dah tak larat nak dok di rumah. Seronok dapat baca coretan kawan-kawan cg. Nak join tak reti la pulak. Maklum lama tak join. Momentum slow sikit. Ok cau dulu. Nak buka surat2 yang berlambak atas meja pulak. Ok. Bye

Jumaat, 5 Jun 2009

06.06=Agong=aeis

Assalamualaikum dan salam muktamar

Terima kasih kerana esok, 6.6. semua 1 malaysia sambut hari jadi saya. Happy birthday untuk YM saya dan DYMMSPBYDP Agong.
wassalam.

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam cuti2 1malaysia

1. Mak Daro, cuti2 malaysia di langkawi hang no..tak pa yang penting, gambar pecah perut hang kat sana masuk blog ok.

2. kalau tak dak dia kenduri mesti kantoi..itulah cek sari yang sangat mencintai dunia masakan. tak sabaq rasanya cek nak pekena ayaq tangan hang. La ni cek cuti2 malaysia di Banting. Esok dan lusa plan nak p SA, meriahkan muktamar. Lepaih tu boleh la singgah Kajang kot..cek sari ajak2 ayam pun kira ok, cek p insyaallah..cek terbayang soto ja sehari dua ni..

3. Hari ahad kena balik ganu dah..kalu jah free, jom pakat kumpul, di SA ka atau di kajang ka, di Tmn Mahkota Indah, banting pun ok..habaq ja.

4. Mas aji pulak sure la cuti2 malaysia di Kedah, dok kalut siang tadi kot jadi pengapit adik ipaq..cuti2 ni musim orang mendirikan masjid, baguih..yang tak baguih ada makhluk yang sanggup runtuhkan masjid..bahananya stadium baru setaun dibina tiba2 runtuh..kena muhasabah ni.

5. Buat kak nani, cek doakan moga taun ni dipilih menjadi tetamu Allah..banyakkan ilmu, kuatkan iman, tingkatkan ihsan..insyaAllah yang dipilih pergi mendapt rahmat, anak2 yang ditinggal selamat. Amin.

"Islam for all"
wassalam

Khamis, 4 Jun 2009

Yesss....cuti nan meriah

Assalamualaikum,

1. 1.6.09 - balik dari Langkawi....ponek tapi terrsangat gumbira kerano dapek berjalan dengan kawan-kawan yang tercabut wayar. Pocah porut dek tergolak..... Teringat kenangan lamo....
Jah dan Eda, nanti buleh buek perbandingan gambar kito kat beras terbakar zaman anak daro dan zaman mak daro. Zaman mak daro lobih terancam......tak cayo? Tunggu dan lihat!

2. Sari, 2.6.09 - se jomput anak di Cyberjaya tapi tak dapek singgah Saujana Impian sobab abang se tertinggal hidung! Malu.....ontah apo-apo. Makan sate Haji Samuri.

3. 3.6.09 - back to my normal job, sending my twin (ewahh) tuition......Ada Guru Cemerlang kgv sanggup mengajar secara percuma......tak sangko, dapek lagi jumpo orang baik-baik dalam dunio ni.

4. 6.6.09 - 7.6.09 - berlumbo-lumbo orang kawin. Mano sompek poei,,,,tak sompek nak buek macam mano kan?

5. 8.6.09 - 10.6.09 - barulah nak bercuti sekeluarga.....biasonyo cik abang lah yang menontukan ke mano nak dirayau.....

6. Hari selobih eh....duduk lah rumah untuk memulakan persekolahan.....Itulah cikgu kocik macam se ni punyo rutin kehidupan....

p/s Akak Nani - kunci rumah se....hilang lagi......uhuk...uhuk.....

Wassalam....Mak Daro 4.6.09 - 11.20 malam

Cuti.. yeh yeh...

Bukan apanya, saja seronok sebab boleh lepak-lepak kat rumah dengan anak-anak. Kerja sekolah ada, buat apa yang patut.Baru kebah demam sebenarnya. Kalau dah cuti sekolah, ramailah pengantin baru. Kebetulan saya dapat biras baru jadi orang dapur pulak (penanggah ke kendarat ke sama je). Itu yang saaaaaaaaampai terdemam-demam. Bila nampak telur pindang ingat AAkak Nani kita masa ngidam dulu. Ada sapa-sapa lagi yang dok mengidam. Boleh saya kurierkan apa-apa yang patut. Jangan mintak rusa emas sudah. Ikan emas senang cari.

Tak ada sapa-sapa ke nak ke Kajang?Singgah rumah. Saya ada di rumah, tak jalan jauh. Anak-anak ada kelas tambahan. Tidakpun hujung minggu sambut tetamu yang bersanggar rumah saya. Selebihnya........aktiviti rutin.

Apa khabar Pn Aza? Moga sihat hendaknya. Ainaa juga begitu. Sampai jumpa lagi.

Renungan buat kita,

Kok bulek alah dapek digolongkan,
kok pipieh alah dapek dilayangkan.

Bulek aie dek pambulueh,
bulek kato dek mupakek.




































Isnin, 25 Mei 2009

Simpulan nan terlarai....

Assalamualaikum,

1. Botul kata Che Eda, Akak Nani osah-osah dah paham bahaso haiwan.....Tahniah. Ado gak
sahabat kito yang dah menapak satu langkah ke dopan...

2. Walau bagaimanopun, se nasihatkan Akak Nani jangan cubo-cubo meniru cakap orang nogori,
gatal ketiak se tak hilang lagi...Jangan ditambah kemiangannya....

3. Respect lagi kat Eda....yolah...macam dulu gak...cool. Buek mano-mano yang patut. Sekarang
se dah lotak jawatan PSS....adolah maso nak makan. Kalau tidak tu, asyik tercokik jo...

4. Julia...tak ingat la..tapi Pah (isteri Wak, kan se nyo room mate tahun 3). Kalau Che Eda dan
Akak Nani ingat, maso kito jumpo kat Pasar Payang dulu, kan ado se cerito pasal adik Pah
yang dah melalui kehidupan kahwin cerai 3 kali...?

5. Respon la bagi yang membaco....jom kito meriahkan blog kito ni.....Sari, Jah, Dr. Aza, Mas Aji,
Jepri??? (setolah di Jawakan)....terlupo lak...Akak Nani....dengan bahaso ayam den lapeh....!

Wassalam...Daripado Mak Daro (Calon Seri Menanti)

Rabu, 20 Mei 2009

Wacana Batu Bersurat

Assalamualaikum wbt. dan salam wacana,
buat semua cg,
guru dan bukan guru,
sempena hari guru yang menjadi tema wacana blog kita minggu ini,
terasa kemeriahannya dan keayamannya...jangan betulkan sebutan anda..

Respon kepada yang memberi respon dan yang sewaktu dengannya..

1. TQVM kepada penterjemah bahasa itik yang telah berusaha mengorek-ngorek rahsia batu bersurat SELAMAT HARI GURU. Catatan itu hanya menjadi bermakna apabila wacananya difahami. Cek respect hang..bukan setakat jadi penterjemah dan pakar pelbagai bahasa haiwan malah dilantik jadi PA klas atasan lagi..bahasa nogori cek nani pun dah ada kemajuan, sebijik macam mak daro no.

2. Setelah isi kandungan batu bersurat SHG difahami, alangkah riang gumbiranya hati hamba tidak terperi rasanya sehingga terbukalah kembali selera makanku dan lenaku, maka badanku yang slim kembali normal seperti sedia kala.

3. Macam2 anugerah mak daro dapat sebagai guru..cek tumpang seronok. Tahniah! Semoga anugerah isteri solehah dan isteri mithali juga tercatat pada batu bersurat seorang isteri. Amin.

4. Ada sapa2 yang masih ingatJuliah? Budak Johor.. Dia pi Mekah ( selain syarifah Norasyikin dan suaminya wak) sama dengan cek taun lepaih..dia mengajaq di JB la ni.

5. Pasai PSS PM masuk bertanding tu, cek nani salah teropong tu, cek relax ja, tak kuasa nak make up lebih-lebih, ala kadar dah la..banyak lagi bab yang lebih penting..utamakan yang utama, jangan salah letak prioriti, hingga ada yang terabai.

6. Mak daro, jadi cikgu PA, biar ucapan yang tersurat sama dengan maksud yang tersirat, nyatakan yang benar meskipun pahit..Insya Allah anak murid akan faham dan tau beza yang haq dan yang batil, meski apa yang terpapar di depan mata tidak seperti fitrah alamiah..hidup ini perjuangan..lawan jangan tak lawan na.

5. Kepada yang bukan cikgu tapi cg, jangan berasa hati na pasai terover sembang bab cikgu kali ni..sekali cikgu selamanya cikgu.

6. Tunggu part 6..jangan tak tunggu.
wassalam.

Se tak marah........

Assalamualaikum,

1. Sobab tulah se guno warno selain merah untuk menunjukkan keredhaan, ketenangan....

2. Sobab tulah se tulih batu bersurat sobab malu nak menunjuk

Oleh Mak Daro

Dipublishkan oleh Akak

Sekarang ni akak dah ada tugas baru jadi PA kepada GC Pn. Noridah Hj Shaari. Bayarannya lumayan tau....

PESANAN DARI PENAJA

Asalamualikum

1. Bloger sekelian adalah dinasihatkan menggunakan mesj yang jelas dan boleh dimegerti semua. Hi hi hi

2. Gunakan bahasa ayam. Lain-lain bahasa digalakkan. Jangan galak dan gelak.

3. Font mesti sebesar mata ayam, bukan tahi ayam . hangat-hangat tahi ayam ok.

4. Lupa dirilah..mengucapkan selamat hari guru...untuk diri sendiri dan kekawang...

5. Org laki-laki adil tau. tanya orang laki-laki kalau tak percaya. tak percaya ker?. tanyalah Nelson Mandela ker, Mahatma Ghandi ker? semua kata adil. Sah lagi. Kah, kah, kah....panjang sikit lagi kah tu

6. Jika ada sesiapa terjumpa kekawang lama, sila dapatkan maklumat lanjut....

wasalam