Jumaat, 28 November 2008

Hmmm Jenguk Jab

Asalamualaikum

Pusing sini sana, dan HARAP CONFIRM re-union pada 25 Disember....di KL. Cadangan Rumah Hanif jadi portnya....SETUJU KER?

Kedua, rumah JAH Damansara, Ok ?
Pilihan Ketiga, Cheras atau Bangi?

Tarikh: 25 Dis 2008. confirm. Rakyat jelata dah tak sabar nak g KL
Nani confirm juga

Menu....???? Biasalah, bukan nak makan sangat pun, tapi berkongsi cerita dan gebang2 lebih utama.

Hmmm, p jalan umah Nani....jumpa Danish.....sekon? juga,,,hehehehhehe.

Cerita lain..baguihler....ada cita2 juga nak kerabat gunung...stamina tak der...hehehhe

Panjat bukit raya udahler...


tunggu respon yg lain re-union

Selasa, 25 November 2008

Salaam from Kota Kinabalu

Assalamualaikum to all CG members,
Alhamdulillah, we have been in good health. We hope all's well with all of you out there as well. Thanks to the active CG members who have been constantly and actively blogging. Through their interesting chatter, we have been updated on all the latest happenings.
Congratulations to Nani and Imran, upon the arrival of their baby boy, indeed a blessing from Allah. Congratulations to Azah too. Congratulations to Yusof and wife for their son's success in UPSR, Insya Allah, he'll continue to excel all the way up to tertiary level.
Regarding Hanif's recent ascent to Mt Kinabalu, congrats too, for it's never a small achievement, making it all the way up to South East Asia's highest peak!! We enjoyed his company during the short time he was here with his staff. Anybody else interested in climbing?? P.S. Roslee (Sari's spouse) has done it too!!
Insya Allah, we'll join the reunion. Just keep us posted on the date and venue. We wouldn't want to miss seeing everyone again, well, almost everyone!
I did try to publish a post last week but it vanished while I was trying to have it published and I had not saved it earlier on (kuang, kuang, kuang!!)
Well, I'll try to write again soon.
Wassalam

Husna

EM... ALAHAI SUNGAI TEKALI MENGGAMIT MEMORI

Tunggu jawapan tak kesampaian...Macam mana bos-bos besaq kita ok ka?Tarikh tu saya boleh mai sat lepas pi kenduri kahwin pak menakan kat Bt.Cave.Pasai kawan boleh je mai. Bukan selalu jumpa. Setahun sekali, insyaAllah panjang umur.

Sg. Tekali.. selalu gak bawa anak-anak pi mandi sana. Dah dekat. Balik deh bak kata Pak Aji dari Tokai. Seronok woii tapi musim hujan ni tak tau nak kata apa. Cuaca sebelah petang selalunya hujan. Air deras ....

Hangpa dok ingat no semua memori kat sana? Paling best selain tengok aksi Tarzan berkain batik, tentunya kuiz yang sudahnya tak ada jawapan, gara-gara Dr.Azah kita le.

Ok..kawan-kawan bagi responlah yea..Tak sabaq nak tengok anak buah baru.

Isnin, 24 November 2008

alahai Sg Tekala

- Aduh Akak Nani. Gambar tu memang la menggamit kenangan 87. Kalau buat reunion kat situ memang la seronok. Teringat lagi Hanif dan Jeff mandi pakai kain batik. Siap posing tunjuk muscle yang tak berapa nak ada tu. Sekarang ni dah ada la kot.
- Reunion nanti Insyaallah saya boleh tapi yang sorang lagi tak boleh. Tarikh tu dia kena pi Langkawi bawa rombongan Cek Mat. Tak pa la no. Lagi satu tentang pot luck tu saya bawa jeruk penang dan lemang & rendang kot. Kat sini lemang boleh dapat sepanjang tahun. Habaq je nak berapa batang. 10? 20? Boleh je.
- Apa-apa pun semoga kita dapat berkumpul semula seperti dulu. Insyaallah
Bye.

Ahad, 23 November 2008

Tokonang Ko Maso Dulu




1. Assalamualaikum wmt.wbt.
2. Amacam dengan gambar-gambar di atas? Terlebih dulu akak mohon maaf dan terima kasih banyak2kerana upload imej2 ni dari Mr Elyasak kita tanpa mohon izin daripadanya. Akak kan, tengok je gambar-gambar ini di Kesumaku Personaku, terus akak tekonang ko tahun 87 dulu, yelah masa kita semua bujang trang tang-tang, zaman kita anak dara anak teruna dulu, kita berkelah di sini, mandi manda, makan-makan, kita bermain teka-teki, ingat tak kalian semua? Eee seronoknya kan masa tu...
3. Sekarang ni walaupun kita semua bukan lagi anak daradan teruna, dah naik pangkat kepada mak dara dan pak teruna, agaknya masih seronok kalau kita berkampung di sini sekali lagi untuk reunion kita. Tinggi sangat ke impian akak ni? Komen sikit kawan-kawan semua!
4. Kemarin (Sabtu, 22.11) akak dikunjungi Mas Aji dan Kak Aji serta putera-puteri comel. Terima kasihlah kerana datang tengok baby. Akak tengok Mas Aji sikit pun tak kekok pegang baby, maknanya ada harapan lagi kot. Si kecik Hanani dan Abdul Rahman pun akak tengok seronoknya dok belek Danish. Alah, kalau dah rezeki tu tak boleh kata taknak, bila sampai masa kena terima je..Macam akak ni. So nasihat akak pd Dr. Azah kita, teruskan usaha, insyaallah jika ada rezeki, tak kemana..
5. So sekarang ni reunion kita makin dekat menjadi realiti, Mak Daro dan Dr Azah sekeluarga boleh tak join dengan tarikh tu? Responlah..Tuan rumah pun belum respon. Tapi Sg. tekala tu bila-bila masa menggamit kita...
6. Wassalam

Rabu, 19 November 2008

Pembetulan............

Assalamualaikum wmt, wbt

1. Ni seme pasal Mak darolah ni. Akak dah tulis dah dalm catatan akak tu. Nama baby akak yang cute miut lagi dempol tu MUHAMMAD DANISH IKMAL. Akak tak tahu camana boleh mak daro baca sebagai mohd norman danish sampai Mas Aji pun terikut-ikut sama. Eei, geli geleman akak dengar nama Norman tu. Akak harap lepas ni tak timbul lagi nama norman tu. Biarlah anak akak nanti glamor bukan kerana namanya tetapi kerana kepintarannya seperti maksud namanya, YANG TERPUJI, YANG CERDIK DAN YANG SEMPURNA.

2. Dah sembang dengana Makcik Sari. Jom kita berkampung di banglo yang masuk majalah tu pada 25.12.08 ni. Amacam? Okay tak? Rasa tak ada halangan kot seme kan? Cuti Krismas tu, takkan sibuk jugak kot? Tak taulah kot ada yang dah pilih tarikh tu untuk agenda lain...

3. Pasal makanan tuan rumah jangan susah, akak boleh supply keropok lekor, makcik kita nak supply soto, Ma'am Jah boleh kot laksa kedah. Pak lah dengar cerita mee sup dia power. Mak daro apo lai kalau tak masak lomak dia tu. Ha, kan dah melambak tu makanannya. So macamana tuan rumah setuju tak? Kalau tak setuju, kita serang Bandar Damansara lah pulak...

4. Selamat berjuang jua buat anakanda Aiman (Eda) yang sedang menduduki SPM. INsyaallah doa mama di Baitullah sentiasa mengiringi perjuanganmu. Buat Mas Aji,selamat berangkat ke luar negara.....kemana tu?

5. Wassalam..

RENCAM RENCAH REMPAH RATUS

Salam, jumpa lagi. Ok dah le ni. Tak sibuk sangat dengan kerja sekolah. Sesekali je jengok sekolah kalau ada kerja nak dibuat terutamanya kemas stor/bilik SPBT.Selebihnya di rumah. Macam yang saya kata dulu bereskan kerja yang tertunggak.

Apapun tahniah dan selamat pengantin baru buat Dr.Azah, tahniah buat Akak Nani dapat baby comel, tahniah buat Tn Haji dan keluarga atas kejayaan anak dalam UPSR lalu, tahniah buat Mak Daro sambung kontrak tando STPM (dapek ilmu gak tu), syukur buat Cik Eda yang dah selamat sampai ke tanah suci (sayang tak dapek ngantor , kalau naik dr KLIA boleh gak saya dan Cik Jah ucap selamat jalan) juga buat En. Hanif sekeluarga selamat berangkat mengerjakan umrah Januari nanti, mudahan semuanya mudah belaka. Lupa... selamat bercuti ke negara Gajah Putih buat Jef dan keluarga selepas Fahim selesai SPM. Jangan lupa bawa balik apa-apa le yang ada brand Siam...mee Siam ke, Mangga Siam ke, durian siam, beras siam buat ole-ole kami. Lawak aje. Tn. Haji ke mana pulak? Jangan lupa juga ole-ole buat kita juga. Amboi demand!

Nak buat press conference pasal reunion...semalam caling-caling dengan Cik Jah. Cadangan ada. Tadipun caling-caling dengan Akak Nani (rehat banyak-banyak weh... jaga diri)Tarikh dipersetujui kami bertiga 25 Disember 08 memandangkan Akak kitapun ada di KL, Jef Husna pun ada kat KL, sayapun free (19 - 24 Disember 08 cuti @ makan angin dan mesyuarat guru), Mak Daro solosai tando kertas, Tn. Haji available, En Hanif ok kot, Pak Lah InsyaAllah. OK kot tarikh tu. Tempatnya....
tak tentu lagi. Nak tanya En Hanif kita kalau ada tempat yang sesuai. Menu tak jadi masalah. Akak Nani hantar kepok lekor dr Tganu secukupnya. Saya atas permintaan Dr. Azah dan Akak Nani juga Mak Daro soto dan sewaktu dengannya. Cik Jah kita boleh sediakan laksa kedah @Telok Kechai. Dr.Azah punggah le apa-apa yang ada kat Penang....ha! ha! Mak Daro gulai lomak cili api ke.. Ataupun nak rasa kue teow special Pak Lah.Konklusinya kita buat ala-ala "pot luck " gitu. Bagaimana setuju? Yang penting boleh sembang-sembang panjang .

Ada apa-apa response.. caling2 lah yea. Jumpa lagi. Wassallam.

Selasa, 18 November 2008

Hmmm Banyak Cerito!

asalaualaikum

Orang bercuti kita kerje......tolong anak bangsa!!!! ke abang bangsa ke kak bangsa , entahlah...sebab depa mai nak belajar semula.....program dalam cuti.
Dan tengah cari tempat anak nk sambung belajar lepas UPSR.....

So sibok sikit.....nak skodeng blog terlepas....

Dan gembira ada banyak khabar dari semua...yg sepi anggap sepi itu indah dah ada...tapi iklan pula dah...bagiuhlah.....ada kemajuan..

Reunion....InsyaAllah cuba sedaya upaya....tapi mohon 16-20 Dis diketepikan....ada lawatan ke luar negara.....

Tu ler...si DR tu saspen je.....ta k apa nanti akan ada khabarnya.......

Moga Eda selamat....

Norman Darnish....hmmm glamor u......apa-apalah....

sambung lagi....

Tahniah Lagi....

Assalamualaikum wmt wbt,

1. Tahniah buat anakanda Mas Aji dan kak Aji yang berjaya dapat 5A dalam UPSR. Tumpang seronok Akak mendengarnya. Pandai ayahanda bondanya didik...

2. Maaflah Tr Husna dan Cg Jaf, terlupa anakanda Fahim, SPM sedang berlangsung. Selamat menduduki SPM, semoga apa yang diusahakan selama ini diberkati Allah dan dapat menjawab soalan dengan tenang. Insyaallah kejayaan cemerlang bakal menanti..

3. Untuk Tuan hanif kita, kami nipun sibuk juga walaupun sekadar jadi manager kat rumah cuti2 ni. Kalu nak kira lagi sibuk dari tuan, tapi untuk blog, kami selalu ada masa, paling tidak sekodenng. menulis pulak, paling tidak sebulan 2 3 kali, idak le setahun sekali atau sejak2 blog ni wujud tak pernah menulis langsung macam ada sorang tu! Ni dengar habaq, Mas Aji pulak yang terkena penyakit SIBUK...Mak Daro amacam? Tempias samolah kot tak lamo lai...Komen sikit Mak cik Sari...

4. Reunion?.....Tak sabar nak rasanya, Mas Aji anak beranak camana, boleh join ke? Tempat akak tak kisah, asal ada tempat untuk anak-anak bereunion sama dia dan mak2 dan pak2 pulak tak diganggu-gugat...

5. Azah, jangan sampai habis tahun ni pun gambar tu tak jugak diupload, paling tidakpun, kami nak jugak tengok masareunion nanti..

6. Wassalam

Isnin, 17 November 2008

Khabar dari HANIF

Salam buat Sahabat semua.

Sampai hati korang kata kami para pria sunyi sepi - 'Mengandung'.Sepi bukannya apa tapi masa tak mengizinkan.Sibuk.......sibuk dan sentiasa sibuk dgn tugas.

Tahniah pada Nani yg menimang cahaya mata yg sungguh comel.Bertambah lagi ahli CG kita.

Tahniah buat Azah yg telah mendirikan rumahtangga.Semoga bahagia ke anak cucu

Selamat menunaikan haji buat eda.Semoga selamat pergi dan kembali dan memperolehi haji mabrur.

Selamat menduduki peperiksaan SPM buat Fahim.Uncle sentiasa berdoa dan mempunyai penuh keyakinan Fahim akan memperolehi kejayaan cemerlang.

Sedikit perkembangan diri dan keluarga saya.

Baru-baru ini saya ke Kota kinabalu dan berjaya menawan puncak kinabalu.(masa deepavali).Jef dan Husna layan saya dan staff saya macam VVIP.Sempat tidur semalam di rumah Jef.

Insyallah 17 januari 2009 saya,isteri dan anak-anak akan menunaikan Umrah.


REUNION - Saya tak kisah nak buat kat mana?Rumah sari,jah,pak lah atau saya. Kalian Geng Perempuan bincanglah nak buat kat mana dan tarikhnya.


Kalau berkesempatan sila beli majalah SENI HIAS nov-dis 08 dan tengok ms 30


Sekian. Semoga jumpa nanti