Sabtu, 10 Mac 2012

Cutiiiiiiiii......

Moga Tn Haji dan ahli keluarga selamat tiba di Makkah.Tawaduk dalam beribadah.InsyaAllah moga segalanya mudah.

Akak Nani teruskan dengan apa yang direncana..kelas tambahan, anto anak ke kelas, uruskan pembelajaran anak-anak.Juga bila nak mari KL?

Cik Eda selamat bertugas, guane result STPM padang Midin?Tahniah. Juga buat Mak Hjh Daro. Tahniah atas segalanya.

Cik Jah menyepi je..moh gi umrah sama-sama Mei nanti.Juga CTKT, sibuk keja?Yang lain-lain tak dapat dihubungi.

Saya....haa...haa cuti rehat di rumah.Kerja bawa balik rumah.Santai-santai sambil siapkan. Masih sempat hadir Persidangan Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pagi tadi di KL atas tiket Persatuan Bola Jaring Hulu Langat(Masuk TV3 buletin utama). Menarik kertas kerja yang dibentangkan Prof Laneigh Robinson dr Univ. Sterling UK. Kecemerlangan sukan bermula dari rumah dan sekolah..1 Sukan 1Murid.Tapi nak harap kita cikgupun 100% tak boleh gak. MOU semua pihak.Selebihnya akan hadiri kursus kejurulatihan bola jaring hujung minggu.Minat dan bakat yang ada sejak sekolah rendah terus sampai ke pencen.Juga menyiapkan teks ucapan VIP untuk Hari Kecemerlangan .Berkarat idea tang menulis panjang-panjang ni.Rezeki jadi cikgu BM

Buat semua, jalani kehidupan ini dengan rasa syukur dan tenang.Walau usia hampir menginjak ke zon 5 series jangan tua sebelum usia. Lapangkan dada, ikhlaskan hati InsyaAllah harungi cabaran dan dugaan dengan reda.



Isnin, 5 Mac 2012

Dalam Perjalanan Ke Rumah Mu Ya Allah

Salam,
1. Syukur kini di KLIA menunggu boarding ke Bahrain, dan Jeddah dan Madinah dan Mekah.
2.Moga perjalanan yg merahmati dan diberkati.
3. Syahdu dan pilu mengenangkan perjalanan menuju Rumah allah dan menziarahi kekasih Allah, Rasullulah saw,.

Pintu c25, KLIA, 7.15 mlm/ptg, waktu malaysia

empat ahli, dan enam yg lain menuju umrahtul maqbullah!!!

wasallam

Isnin, 27 Februari 2012

TAHNIAH....TAHNIAH

Tahniah buat Tn Haji sekeluarga.Moga bertambah keberkatan selepas balik umrah nanti. Rezeki yang Allah beri datang dengan pelbagai cara pelbagai rupa.Begitu juga dengan ujian-Nya.Moga kita akan lebih bersyukur dalam limpahan rahmat-Nya juga reda dengan ujian-Nya.

Tak lupa tahniah buat Mak Hjh Daro sekeluarga.Den tumpang suko.

Juga yang lain-lain. Cik Eda dan yang lain-lain apa khabarnya?

Wassallam.

Khabar gombira!!!

Salam,

1. Hmmm gombira den, surat dah sampai KUP DG52.....PC,,,syukur
2. 5-19/2/12....bersyukur lg...jadi tetamu Allah sekali lagi.umrahtul sunnat...moga maqbullah...
3. Tahniah pada semua ank cucu citi Cgs yang berjaya dalam apa jua bidang!!!


wassalam

Khamis, 23 Februari 2012

Selamat Berjihad Anakku....






Skype- penghubung rindu

Isnin, 20 Februari 2012

KEADAAN MASIH TERKAWAL....

Tak sibuk tapi ala-ala menyibuk. Macam biasa ujian Mac bakal menyusul. Standard piawai tak kisahlah apa yang nak dikejar. Pokoknya, tugas guru ajar dan murid faham. Sambil didik tarbiah dan selalu kabo hok molek-molek pada anak murid>Tugas biasa buat cikgu biasa-biasa.

Juga tambah tugas guru di rumah SMM on-line.Kejo date-line. Macam SAPS gak, bila dah ramai cikgu overtime malam-malam, serverpun slow le sangat-sangat walaupun dah tukar unifi. Bila gamaknya yang boleh laju sangat-sangat. Ke tak payah tidur 24 jam?Mana boleh. Rasulullahpun kabo 1/3 keja, 1/3 ibadah dan 1/3 rehat/tidur.Baru betul. Biarlah berpada keja. Tak cukup rehat boleh binasakan diri. Stress, sakit badan dan macam-macam.

Apapun buat semua jaga kesihatan, mudahan badan sihat dapat buat banyak amal. Wassallam.

Ahad, 12 Februari 2012

Teruja dan jelous gak!!

Assalamualikum
1. Waduh teruja juga dgn kisah dan ceritera sahabat yg 'kuat berjalan'...jauh berjalan banyak iman..hendaknyanya
2. Dan mengenang kisah anak2, hmmm baru nak merasa penat jeritnya mengambil dan menghantar yg jauh2, ....jauh punsekat Durian Mas. Mutabillah shah, trg dan Tanah Merah(kel),,, sering bertembung dengan agenda sendiri...nasib2..

3. Dan insyaalah bertamu semula di haramain...syukur...dan 5/3-19/2 dan syukur juga ada lagi leps itu...si nani dan si sari....baguihlah.....dalam doa bergema mohon keredhaa-Nya...

4. Dan masih menanti khabar dari sekeliannya, CGS lain.
Moga ada pencerahan selanjutnya

wassalam

Isnin, 6 Februari 2012

Uhuk..uhuk..sodih lak se

Assalamualikum,

1. Baco catatan Hjh. Eda, raso bersalah lah pulak... Telupo, Hjh. Eda...walau bagaimanapun se cemburu dengan ilmu2 yang orang Ganu ado. Mewah dengan tempat2 mencari ilmu akhirat. Raso nak pindah sanun.

2. Kehidupan Hjh. Eda yang cekal dan tenang cukup menginsafkan se. Tahniah Hjh. Eda. Anaknya dapat pengiktirafan pelajar paling santun ke ape....something like that. Tahniah...like mother like daugther. Anak lelaki pula, hafiz.....se takdo camtu.

3. Tahniah kepada semua rakan-rakan, anak-anak berjaya. Se memang daripada keluarga susah. Betul kata Hjh. Eda berakit2 dahulu. Anak2 tak pernah rasa susah macam mak ayah. Syukur kepada Allah, ada kesedaran dalam diri mereka.

4. Berpisah dengan keluarga duduk asrama untuk mencari harga diri (4 daripada 5 anak se duduk asrama). Walaupun tak puas bermanja tetapi hadiah untuk ibu bapa....itulah misi anak2 se.

5. Pastu, anak2 mohonlah biasiswa. Gomen kan kayo....he..he..Dah tu, SARA 1 Malaysia tak dapek, BRIM tak dapek... Anak2 lah yang menghabihkan duit Gomen.

6. Samo macam Pak Hj....se pun tak nampak kalau tak dibantu oleh spek......

Wassalam....

Berakit-rakit ke hulu....

Assalamualaikum wbt.

Salam kembara...tumpang seronok tengok kawan-kawan ( angah, sari dan usop bersama pasangan masing-masing) menikmati perjalanan hidup penuh madu...indah dan manis sudahlah tentu...itulah hasil berakit-rakit ke hulu...sekarang dah boleh terbang di awan biru...semoga senang di kalbu dan tenang menghadapi Dia yang Satu. Amin.

Buat kak nani...(dah mula pasang layar rupanya)...senyap2 je ingin kembali bertamu...ke rumah Allah menggamit rindu...kudoakan segala urusan mendapat restu. Amin.

Kepada yang lain-lain...sama ada terbang di awan, mahupun belayar di lautan...kemunculan amat dinantikan...kerana Cik eda @ aeis masih berakit-rakit ke hulu...

Selamat berenang ke tepian.
selamat menuju destinasi impian.

wassalam.

Ahad, 5 Februari 2012

Honey Moon? Kat Rumah Je...

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Tumpang seronok tengok gambo2 honeymoon Mak Aji Daro dan Pak Aji Misai...Apalagi nak fikir, ke Haramain sudah...so lepas ni nak kelililng dunia pun dah tak do masalah...anak-anak semua dah besar...
2. Korang semua tolonglah doakan untuk akak ya...Cik Sari kita dah beres dah, insyaAllah sampai la hajat tu nanti nak ke Haramain...yang akak ni, masih lagi sedang menunggu green light untuk tiket birasku yang akan menemani ku...maklum akak tak setarikh dan sekapal dengan cik Sari, kena lah ada yang menemani...flight lambat sehari tapi insyaAllah akan bersama di sana kerana di bawah pengurusan travel agent yang sama...harap sangat lah segalanya akan dipermudahkan Allah...tak tertahan rindu untuk bertamu lagi di Haramain....Ya Allah permudahkanlah urusan kami sebagai tetamuMu, sampaikanlah hajat kami untuk mengunjungi KekasihMu dan bersujud di RumahMu...dan jadikanlah kunjungan kami ini semata-mata untuk mencari keridhaan Mu...Ampunkan kami ya Allah..
3. Kemana menghilangnya yang lain-lain ni......

Wassalam