Khamis, 23 Februari 2012

Selamat Berjihad Anakku....






Skype- penghubung rindu

Isnin, 20 Februari 2012

KEADAAN MASIH TERKAWAL....

Tak sibuk tapi ala-ala menyibuk. Macam biasa ujian Mac bakal menyusul. Standard piawai tak kisahlah apa yang nak dikejar. Pokoknya, tugas guru ajar dan murid faham. Sambil didik tarbiah dan selalu kabo hok molek-molek pada anak murid>Tugas biasa buat cikgu biasa-biasa.

Juga tambah tugas guru di rumah SMM on-line.Kejo date-line. Macam SAPS gak, bila dah ramai cikgu overtime malam-malam, serverpun slow le sangat-sangat walaupun dah tukar unifi. Bila gamaknya yang boleh laju sangat-sangat. Ke tak payah tidur 24 jam?Mana boleh. Rasulullahpun kabo 1/3 keja, 1/3 ibadah dan 1/3 rehat/tidur.Baru betul. Biarlah berpada keja. Tak cukup rehat boleh binasakan diri. Stress, sakit badan dan macam-macam.

Apapun buat semua jaga kesihatan, mudahan badan sihat dapat buat banyak amal. Wassallam.

Ahad, 12 Februari 2012

Teruja dan jelous gak!!

Assalamualikum
1. Waduh teruja juga dgn kisah dan ceritera sahabat yg 'kuat berjalan'...jauh berjalan banyak iman..hendaknyanya
2. Dan mengenang kisah anak2, hmmm baru nak merasa penat jeritnya mengambil dan menghantar yg jauh2, ....jauh punsekat Durian Mas. Mutabillah shah, trg dan Tanah Merah(kel),,, sering bertembung dengan agenda sendiri...nasib2..

3. Dan insyaalah bertamu semula di haramain...syukur...dan 5/3-19/2 dan syukur juga ada lagi leps itu...si nani dan si sari....baguihlah.....dalam doa bergema mohon keredhaa-Nya...

4. Dan masih menanti khabar dari sekeliannya, CGS lain.
Moga ada pencerahan selanjutnya

wassalam

Isnin, 6 Februari 2012

Uhuk..uhuk..sodih lak se

Assalamualikum,

1. Baco catatan Hjh. Eda, raso bersalah lah pulak... Telupo, Hjh. Eda...walau bagaimanapun se cemburu dengan ilmu2 yang orang Ganu ado. Mewah dengan tempat2 mencari ilmu akhirat. Raso nak pindah sanun.

2. Kehidupan Hjh. Eda yang cekal dan tenang cukup menginsafkan se. Tahniah Hjh. Eda. Anaknya dapat pengiktirafan pelajar paling santun ke ape....something like that. Tahniah...like mother like daugther. Anak lelaki pula, hafiz.....se takdo camtu.

3. Tahniah kepada semua rakan-rakan, anak-anak berjaya. Se memang daripada keluarga susah. Betul kata Hjh. Eda berakit2 dahulu. Anak2 tak pernah rasa susah macam mak ayah. Syukur kepada Allah, ada kesedaran dalam diri mereka.

4. Berpisah dengan keluarga duduk asrama untuk mencari harga diri (4 daripada 5 anak se duduk asrama). Walaupun tak puas bermanja tetapi hadiah untuk ibu bapa....itulah misi anak2 se.

5. Pastu, anak2 mohonlah biasiswa. Gomen kan kayo....he..he..Dah tu, SARA 1 Malaysia tak dapek, BRIM tak dapek... Anak2 lah yang menghabihkan duit Gomen.

6. Samo macam Pak Hj....se pun tak nampak kalau tak dibantu oleh spek......

Wassalam....

Berakit-rakit ke hulu....

Assalamualaikum wbt.

Salam kembara...tumpang seronok tengok kawan-kawan ( angah, sari dan usop bersama pasangan masing-masing) menikmati perjalanan hidup penuh madu...indah dan manis sudahlah tentu...itulah hasil berakit-rakit ke hulu...sekarang dah boleh terbang di awan biru...semoga senang di kalbu dan tenang menghadapi Dia yang Satu. Amin.

Buat kak nani...(dah mula pasang layar rupanya)...senyap2 je ingin kembali bertamu...ke rumah Allah menggamit rindu...kudoakan segala urusan mendapat restu. Amin.

Kepada yang lain-lain...sama ada terbang di awan, mahupun belayar di lautan...kemunculan amat dinantikan...kerana Cik eda @ aeis masih berakit-rakit ke hulu...

Selamat berenang ke tepian.
selamat menuju destinasi impian.

wassalam.

Ahad, 5 Februari 2012

Honey Moon? Kat Rumah Je...

Assalamualaikum wmt wbt.

1. Tumpang seronok tengok gambo2 honeymoon Mak Aji Daro dan Pak Aji Misai...Apalagi nak fikir, ke Haramain sudah...so lepas ni nak kelililng dunia pun dah tak do masalah...anak-anak semua dah besar...
2. Korang semua tolonglah doakan untuk akak ya...Cik Sari kita dah beres dah, insyaAllah sampai la hajat tu nanti nak ke Haramain...yang akak ni, masih lagi sedang menunggu green light untuk tiket birasku yang akan menemani ku...maklum akak tak setarikh dan sekapal dengan cik Sari, kena lah ada yang menemani...flight lambat sehari tapi insyaAllah akan bersama di sana kerana di bawah pengurusan travel agent yang sama...harap sangat lah segalanya akan dipermudahkan Allah...tak tertahan rindu untuk bertamu lagi di Haramain....Ya Allah permudahkanlah urusan kami sebagai tetamuMu, sampaikanlah hajat kami untuk mengunjungi KekasihMu dan bersujud di RumahMu...dan jadikanlah kunjungan kami ini semata-mata untuk mencari keridhaan Mu...Ampunkan kami ya Allah..
3. Kemana menghilangnya yang lain-lain ni......

Wassalam

Sabtu, 4 Februari 2012

BAGUS...BAGUS HONEY MOON

Betul-betul betul..

2.Anak dah bosa, eloklah.Every one can fly.MAS pun ok gak.Kadang-kadang lebih murah daripada Air Asia.Jauh kembara luas pemandangan (walaupun macam saya ni dah pakai cermin mata 3 layer).Ada cerita boleh dikongsi.Ada pengalaman boleh dirasa.Tak sama tapi serupa.

3. Silakan hatta ke hujung dunia ke bintang kejora.InsyaAllah boleh gi reunion kat luar negara pula.

4. Tak ada aralnya, bersama-sama Akak Nani kami berhajat ziarah/umrah Mei nanti.Ada sesiapa nak join?Silakan.Tentu syahdu dapat bertamu ramai-ramai di bumi Anbia ya.InsyaAllah.

5. Laa, uruskan anak-anak di rumah.Juga anak bujang bongsu yang akan ke SBPI Rawang tengah bulan ni.Bukan lepaskan tanggungjawab tapi biar dia belajar bertanggungjawab dan berdikari. Mei nanti InsyaAllah ada rezeki si kakak pula sambung belajar.Akhirnya tinggal kami berdua di rumah merenung dinding.Dan akan menyusul jejak bertapak Mak Hjh Daro honey moon lagi.

Teruskan, kembara kerana tak pasti umur sempadan mana.Manfaatkan waktu sebaik-baiknya.

Jumaat, 3 Februari 2012

Jom honey moon......






Taman Mini Indonesia. Sarawaknye lagi best.

Di salah sebuah rumah bangsa Indon...

Sempat bersembahyang sunat dhuha. Masjid ini
boleh memuatkan 200,000 jemaah.

Makan time....

Restoran yang dipilih. Takde kuah je....
Paling seronok di sini. Suhu terlalu sejuk,
angin sangat kuat!

Masa tidak berangin....gambar lain, baju dan
tudung terangkat ditiup angin.

Kawah gunung berapi, sudah lama tidak batuk!
Tangkuban Perahu....(Perahu tertangkup)

1. Misi 2012 ialah honey moon.
2. Kahwin masa belajar, pastu mengajar, beranak tiap-tiap tahun....takde masa honey moon.
3. Oleh kerana masa semakin singkat.....macam tak sempat menikmati pencen. Nikmatilah
hidup ini sebaik-baiknya.
4. Jom ke Korea pula.......


Ahad, 29 Januari 2012

Lama Tak Bersua @Berblog

Salam, kabare, ni hao ma..apa-apa sahaja ucapan yang sewaktu dengannya.Cuti Gong Xi Fa Chai dah ke penghujungnya.Betul-betul cuti 1 Malaysia, sayalah tu.Tapi bagi cikgu kat Ganu tabik sebab ke sekolah melaksanakan ujian TOV demi Ganu Cemerlang, Terbilang Gemilang.Teruskan apa yang terbaik. Natijahnya tetap sama...melahirkan insan seimbang dunia dan akhirat.Cemerlang dunia cemerlang akhirat.Puaslah juga guling-guling sambil selesaikan tugasan sekolah.

Juga ambil peluang kenduri kendara saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan. Cuma taklah sampai hadir Rumah Terbuka 1 Malaysia bersama PM di mana-mana. Bagusnya puas makan limau sampai sakit tekak.Murah maa...mana nak dapat suasana macam kat Malaysia ni.Bezanya di sekolah lama, anak murid beri sebab 70% kaum Tionghua.Penuh beg.Begitulah cikgu ...Selebihnya bercuti bersama-sama keluarga besar suami..Cherating jadi pilihan dan sempat ke Chukai dan Kuala Kemaman mencari kepok, sata, nganang..nasi dagang.Semua sedap belaka.Maaflah tak sempat ke KT dek hambatan masa.Roommate keja.

Selamat kembali ke sekolah.Jalankan tugas dengan penuh dedikasi.Jangan lupa SGM...Wassalam.

Selasa, 10 Januari 2012

Memori di Mekah......

Ketika di Mekah- bertemu dengan sahabat lama
Latifah (ex-kgv teacher) nama glamour
Anis Ayuni, penulis novel Alaf
21.

Mekah- di kawasan merpati ini ada juga yang
tidur dan makan minum ...!

Inilah hotel tempat se menginap. 950m dari

Masjidil Haram. Kehidupan di Maktab ni

macam di UKM....berdating suami isteri.


Selesai umrah pertama. Kepuasan di hati.

Wak Indon yang ambil gambar ni,

terpotong2 kepala abang se.

Bacalah berpuluh kali doa selepas solat sunat tawaf,

sebak sentiasa wujud..."Engkau mengetahui segala yang

ada di dalam sanubariku maka, ampunilah dosaku

...Janganlah Engkau biarkan kesedihan dalam

hati kami..." Namun tetap sedih ......
Inilah mak angkat se. Kasihan bagi warga emas.
Jika tiada anak-anak membantu, mengharap pada
belas ihsan jemaah lain. Macam mak angkat se ni.
Di Mina- selesai melontar di hari ketiga.
Di Jeddah- sempat posing sebelum berangkat
pulang. Hati berbunga-bunga rindu.
Dalam kapal terbang. Akak Nani, tak sompek
baco buku Tips Motivasi Haji sobab anak2 sibuk
sms. Maklumlah 2 hari dah lewat. Layannnnnn..


1. Sekadar berkongsi pengalaman. Rupanya dugaan selepas Haji lagi mencabar.

2. Ustaz selalu pesan, di Mekah kita nikmati honey moon. Betul..betul....

3. Hajah Eda, Hajah Nani serta Haji Cop pasti lagi hebat. Kadang2 jeles dengan orang Ganu.
4. Jawapan untuk soalan Sari - Nurhamizah di UIA Gombak, Ijazah Undang-undang setelah selesai program asasi di UiTM. Ada gak mewarisi bahasa Inggeris mamanya, exempted bahasa Inggeris....uhuk2...anak lobih pandai daripada omak.......


Wassalam....