Selasa, 10 Januari 2012

Satu Kiblat

Assalamualikum

Masa samakin singkat dan anak semakin besar!
Tahniah.

Satu kiblat, teringat memori lama


Maksudnya, MELAYU TAK KE MANA, ISLAM FOR ALL. BANGSA SEKADAR TUMPANGAN BADAN, ISLAM JADI PEGANGAN. kiblat yang sama,aqidah bior serupo!

wassalam

Ahad, 8 Januari 2012

Seronoknya...dan teruja

Salam. Tambah seri Mak Hjh Daro.Yang se seronok dan teruja tu, Mak Daro slim walaupun selero makan.Tambah teruja se nak poi Mekah tengah tahun ni.Tahniah buat Mak Daro dan Haji Misai sebab anak-anak dah hampir tamat belajar .Bosa dah yo.Anak-anak se masih kocik lai.Juga baru pagi tadi hantar Hakim balik kampus UIA PJ sambung semester 3 (exempted sem 2)Dok Marhallah mana atau kat Gombak/Kuantan?Manalah tau kot kalau kita ngantor, boleh sembang panjang mak dengan mak.Lain-lain dok sekolah.Pendek kata masih bersidai baju putih sekolah tiap-tiap hari.

Selamat jalankan tugas masing-masing tak kira di bank, sekolah, pejabat, IPG. Jumpa lagi.

Sabtu, 7 Januari 2012

Memori di Madinah....

Ziarah Madinah. Masjid Quba'.



KT kami terpilih untuk bertemu dengan YDPA
sebelum berangkat ke Mekah. Bak kata Akak

Nani, tetamu Allah sangat dihormati wp belum

sampai di bumi Allah. Permaisuri memang cantik.


Di ladang kurma, Madinah. Macam ladang kelapo
sawit kat kampung se...Lepas tu, kami cari pasar
kurma. Jauh berbeza harga kurmanya.


Berbeza rupa, warna kulit, negara, bahasa....

tetapi kiblat tetap sama.

Di Bir Ali....hendak ke Mekah, menunaikan umrah.


Hanya memori yang tinggal terpahat kukuh dalam ingatan. Di Madinah, hotel terlalu dekat dengan Masjid Nabawi. Nak ambil wuduk, masih boleh berlari ke hotel. Se dan room mate, happy memanjang. Hairan juga, makan berselera....lauk Tabung Haji, serunding, sambal kering ikan bilis, semuanya kami belasah sampai selosai.


Bila nak berangkat ke Mekah, ucapan "Selamat Tinggal Rasulullah"....sedihnya. Doa yang disampaikan sangat syahdu, senangnya air mata tertumpah......MasyaAllah
.





Khabar dari D'Rantau.....

Assalamualikum,

1. Berada di tahun 1433 Hijrah ....satu lembaran baru buat kita semua. Betul kata Hj. Cop, umur makin singkat!

2. Buat se, tahun 2012 pula dua orang anak se akan menerima ijazah. Nur Hidayah akan menamatkan pengajian 4 tahunnya di Universiti Malaysia Pahang (Jah...ingat lagi?) dan Ridhwan pula pengajian 3 tahun di Universiti Teknologi Malaysia. Anak setahun sorang!

3. Nurhamizah dah nak ke semester 2 UIA. InsyaAllah, Nor Asyikin akan ke New Zealand bulan Februari.

4. Nor Amira sedang menunggu keputusan SPM..anak bongsu se.

5. SBPA...ok je, se dapat untung sikit. Alhamdulillah, rezeki.....

p/s....Ada masa se akan muat naik gambar2 kenangan.

Selasa, 3 Januari 2012

Cerah...baru nampak jalan

Assalamualaikum wbt.

selamat bersua...alhamdulillah hari ini cuaca cerah.

Mata cerah...hati pun cerah...masa cuti penuh terisi.

Hari pertama sekolah, dah kena tekan gear 5...
misi orang atasan tinggi menggunung, kami orang bawahan nilah yang kena tanggung.

Tahniah buat pak haji, mak haji, bakal hajah dan haji...
Syabas buat putera puteri yang terus berjihad...
Insya-Allah cerah masa depan.

Andai esok lebih cerah dari hari ini...kita akan bertemu lagi.

selamat menempuh jalan yang lurus.
wassalam.

Tahun Baru Dengan Masa Tamat Semakin Singkat!

Salam
1. Tahniah kepada semua, terutamanya, generasi CGs yang menyambung belajar, Tahun 1, Tkt 1, Tkt 4, dan sewaktu dengannya.

2. Lepasan UPSR dan PMR, masing-masing dengan buku baru!. alhamdulillah, dapat puteri-puteri sy ke sekolah impian. Satu sambung tkt 4, maahad tahfiz sains YIK kelantan dan seorg ke Imtiaz Kemamang.

3. Moga dapat apa yang diingini sebagai anak solehah!.

4. Mulalah sibok dengan buku baru, semester baru. Hidup diteruskan biar umur semakin pendek menuju era tamatnya! Waspada pada saatnya, insyaAllah.

5. Kemana haluan CGs lainnya? Moga ada pencerahnya!

Wassalam

Jumaat, 30 Disember 2011

Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolahh

Assalamualaikum wmt wbt

1. Lusa tahun baru...selamatlah semuanya....umur tambah lagi...
2. Selasa kami dah mula kembali ke sekolah...tinggal 2 orang menengah dan sorang rendah...tahun depan tahun UPSR dan SPM...Berdebar lagi...ah...biasalah ....namanya jadi mak ayah, kalu tak dok perasaan, bukan mak ayah namanya...
3. SBPA telah dipilih, tak pilih tak naik gaji...maklum dah tahun langgar dinding...dah pilih ni Alhamdulillah, hidup lah semula....
4. Pencen? kekal 55..tak daya nak ambik 55 ke 60...nekad nak pencen 55 (kalu tak fikirkan hutang rumah dan kereta, la ni rasa dah nak duk rumah) so kalu pilih 60 pun tetap isi borang jugak bila 55, rasanya lagi menyusahkan...lagi lak kita posting b4 1991...pencen terus dapat makan duit pencen. apa-apapun setiap orang berhak memilih apa yang terbaik buat diri sendiri...so pilih lah hak mana pun asal bahagia...tak gitu Mak cik Sari?
Wassalam

Selasa, 27 Disember 2011

MESYUARAT AKHIR DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

Salam. Cuti dah sampai ke penghujungnya. Lip lap lip lap dah ke sekolah semula. Sibuk meting dan perancangan serta tugasan tahun 2012 sedia menanti. Sambil sain opsyen SBPA.Baca-baca dah faham sain je. Lepas tu kalau rasa tak larat , opsyen awal. Masa depan boleh dirancang tetapi tidak boleh dijangka diduga.Allah yang berkuasa kita tiada daya.

Tahun depan beralih angin ke sesi pagi.Jadi orang baru di sekolah baru tahun kedua jadi warganya gitulah.Akur dengan keperluan sekolah.Tugas lebih utama dan tiada halangan.Lagipun cikgu kecik tak ada masalahnya.Buat semampu dan sebaik boleh.core bisnes ngajo.Tambah berada di zon selesa.Maksudnya, tugas-tugas biasa dibuat tak ada luar biasanya. Eh berapa markah nak diberi terpulang.Pangkat gelaran pandangan duniawi, moga hasilnya akhirat menanti.

Travelog hujung tahun Alhamdulillah berjalan seperti dirancang. Refresh sebelum balik menghadap rutin. Cuaca sejuk di puncak Cameron dan hujan sepanjang hari membuatkan saya terkenang situasi banjir di negara kita. Di Pulau Pinang, suasananya agak berbeza seperti tempat-tempat lain di Malaysia. Macam berada di Singapura atau seumpama dengannya. Tambah suasana malam di Batu Feringgi, ala-ala suasana di Phuket gitu. Sempat menziarahi pengasuh Hakim di Sungai Ara..Kawasan perumahan Melayu tapi dah di kelilingi bangunan-bangunan tinggi.Antara kawasan @tanah Melayu yang tak tergadai dek pembangunan.Nolstagia.

Selamat kembali ke sekolah..harap semua mak pak dah siapkan apa yang patut. Saya masih lagi bersengkang mata menjahit baju sekolah anak-anak. Last minute baru ada feel..haa..haa.Belanja besar ya Tuan Haji.Akak Nani dah kurang sikit rasanya.Tunggu 2012 bila anak-anak bujang dah mula melangkah ke IPTA atau matrikulasi baru lebih belanjanya.Mak Daro dan Cik Eda apa kisahnya, Cik Jah oiiii...jengok-jengok lah.Pak Lah dan famili ok, baru balik bercuti sakan ke Langkawi. lainnya tak dengar khabar.Harap baik-baik no.

Kirim khabar dan berita..jangan sepi tanpa berita.

Selasa, 13 Disember 2011

Masih lagi bercuti-....

Alhamdulillah buat Mak Hjh dan Pak Haji yang selamat kembali ke Malaysia.InsyaAllah andai diberi rezekiNya se pun teringin menyusul jejak kekawan ke bumi Anbia. Sepertimana Tn Haji Cop Mat, InsyaAllah Mei-Jun 2012 se bakal ke sana bersama-sama teman-teman sekolah dan famili masing-masing.Mudah-mudahan dipermudah segala urusan.Tarikhnya dah confirm 30 Mei dan balik 11 Jun 2012.InsyaAllah.

Tak ada aralnya, Khamis hingga Isnin akan memulakan kembara hujung tahun.Melepaskan lelah letih. Seperti Pak Haji Cop, sibuk menguruskan persekolahan anak-anak.Baru balik dari Johor urusan kenduri kendara dan singgah MRSM Muar menghantar Hafiz temuduga dan ujian UKKM.Apa yang terbaik buat anak-anak, mak pak akan usahakan.Haa..haa anak bujang saya yang ni, bercita-cita masuk MRSM sebab nak ke luar negara, buat reka cipta kereta yang tak guna petrol. Itu yang diberitahu penemuduga kepada saya, kebetulan saya berada di luar dewan.Bagusnya, bukan akademik sahaja, anak-anak ni diuji pelbagai aspek termasuk bahasa inggeris lisan juga bacaan alQuran dan hadith.Keperluan modal insan yanmg seimbang rohani dan jasmani.


Buat Mek Nani yang baru sahaja kehilangan adik ipar, arwah Cikgu Nawawi Sulaiman @ Cikgu Awi, Al Fatihah.Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.

Sampai jumpa lagi, urusan mengemas bagasi untuk travelog hujung tahun...



Selasa, 6 Disember 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Hijrah

Dan selamat kembali Pak/Mak Aji kita. Tak jumpa ke hj Jib dan hjh Mah/

Dan insyaAllah, bulan 3 nanti mengunjungi semula tanah suci dan diberkati.

Ada nak join silakan....ramai lag best...sama-sama bermunajat...

Lainnya, sibok mengatur urusan anak-anak berpindah/memilih sekolah....lepas UPSR...hajatnya hnya sekolah agama dulu peringkat awal....

tunggu dan InsyaALLAh interview tahfiz/imtiaz...

Moga ada keberkatan hendaknya.

Cuti nie, tunggu air bah!......23 dis baru balik kedah....ada konvoi ke utara..
Wasalam