Khamis, 9 September 2010

Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal

Se ingin memohon maaf sekiranya ada :

TERkasar bahaso
TERsilap bicharo
TERmarah yang tak terkiro
TERtanyo yang tak tontu halo
TERsasul yang tak sengajo
TERpukul kat mano-mano (takdo ni)
TERpokik di telingo (se lomah lombut)
TERhantuk di kepalo (ngn Abang Misai yo)
TERpinjam harto bondo
TERmoody tak semono-mono (ado gak)
TERumpat bilo-bilo
TERusik yang senghajo
dan.....segalo "TER" lagi
Maaf Dzahir Bathin

InsyaAllah jumpo laei di Ramadhan akan datang....kok panjang umur

Sabtu, 4 September 2010

Khamis, 2 September 2010



raya tahun ini di kedah, mailah....maaf zahir dan batin
wasalam

Rabu, 1 September 2010

BERSYUKUR APA YANG ADA...

Salam. Ramadan hampir ke penghujungnya..moga amalan berterusan tidak setakat terhenti selepas Ramadan sahaja. Apa yang diberi bersyukur, boleh gak isi duit minyak balik kampung dan ziarah handai taulan. Sambil tu sedekah kepada yang memerlukan. Eh, satu lagi ha lunaskan kuih tunjuk-tunjuk.Oder sedap belaka...Takpun boleh beli bahan buat kuih. muai tu. Moga selamat dalam perjalanan sepanjang Aidil Fitri. InsyaAllah panjang umur, ada kelapangan minggu raya kami ada cadangan gi raya rumah....kat Ganu. Akak Nani, Cik Eda,Tn Haji ke..

Selebihnya saya seperti Mak Daro, PPPS sampai bersara. Cuma dah confirm minta pindah sekolah dan pencen di sekolah baru jika suasananya kondusif. Guru Akademik Biasa (GAB) pun ok. OK. Selamat menyambut Aidil Fitri dan teruskan dengan amalan-amalan yang sewajarnya.Maaf andai terkasar bahasa terlanjur tutur kata, yang terhiris dan terguris.Saya hanya insan biasa..

Monggo Mampir.

Selasa, 31 Ogos 2010

Sompek mencatuk...

1. Alangkah seronoknya nak lalui malam lailatul qadar.

2. Tak tau lak boleh tukar-tukar kerja yek? Se hanya bergantung dan berpencen dongan PPPS....tak ponah terfikir untuk tukar kojo.....Dah begitu adonyo...

3. Selamat berpuas hati dengan elaun hari raya ..... jika tak puas hati, layari laman web ini....

www.ciputnaa.wat camno.com.my

Wassalam.....

Ahad, 29 Ogos 2010

Hibanya, ia semakin menghilang...

Assalamualikum

Masing2 sibuk dengan mengimarahkan ramadan, dan sedihnya ia akan meninggalkan kita, masihkan sempat untuk tahun hadapan, Insyaalah

Dan, ada khabar saudara kita si Hanif akan beralih arah kerja, entahlah ke mana pula...masih menunggu berita sahih,

Yang ada, tetap menunggu semua berita dari seluruh pelusok jazirah...

Selamat bertadarus, bertarawih, berpuasa.....bersahur dll

Wassalam

Sabtu, 28 Ogos 2010

Nuzul Quran...

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Nuzul Quran. Semarakkan lagi Ramadhan dengan bacaan al Quran.


Rabu, 11 Ogos 2010

Selasa, 10 Ogos 2010

Alhamdulillah....bersua jua kita di Ramadhan ini

Syukur yang teramat sangat kerana kita dapat menikmati bulan yang mulia, Ramadhan al Mubarak.

Jadilah orang yang tamak dengan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah...

Berlumba-lumba merebut pahala yang tersedia....

Insaf dengan kesalahan-kesalahan lalu....

Sambutlah salam kemaafan daripada sahabatmu ini....

Selamat berpuasa, bertarawih, bertadarus.......Moga dapat kita bertemu di Ramadhan seterusnya..InsyaAllah..

Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Assalamualaikum wmt wbt

1. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua sahabat dan seisi keluarga,
2. Alhamdulillah kerana kita semua dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu.
3. Moga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk beramal beribadat sebanyak mungkin di kesempatan Ramadhan tahun in
4. Mohon ampun dan maaf daripada semua sahabat di atas segala kesalahan, baik tutur kata maupun tingkah laku yang tidak berkenan di hati
Wassalam