Selasa, 8 Jun 2010

Orang Ganu memang terlobih 'a'...?

Episod last.....

Ending cerito ni....anak-anak ayam begitulah bunyi kokok eh.....kemonangan berpihak pado ayam daro dari soromban. Walaupun 3 lawan 1......Apo nak dikato? Orang Ganu rama....tapi dok sepakat. Sorang kato itik, sorang kato lombu, sorang kato kobau.....sebonar eh jawapannyo AYAM.

Kalau nak cerito pasal cuti....sebonar eh....cikgu tak pornah cuti. Se yo yang suko cuti sendiri. Sekolah suruh buek 1,000 soalan untuk pelajar jawab maso cuti.....se buek 100 soalan yo. Tu yang rajin untuk se pekso dan bincang......Nak marah ko.....suko hatilah.....Itulah se...Mak Daro....

Singgahlah ke Nogori yang tak cukup 10. Stadium elok, bosar, tak tergelebeh.....jalan Bukit Putus (nak ke D'Kok, Kualo Pilah dah lurus).....jalan ke Rantau dah lebar....al maklumlah MB orang kampung se....Masakan podeh ado, lomak-lomak ado....apo laei? Berduyun-duyunlah ke 'Nogori Beradat dan Orang-Orang eh Berzakat...Hidup Berkat'. Se tak goram....

Isnin, 7 Jun 2010

Cuti2Terengganu : Negeri Chanteq, Budaya Menareq, Orang BAIK Ep 2

Assalamualaikum wmt wbt

1. Mas Aji, tok sohnok heranlah bakpe jadi gitu, stadium pun buleh runtuh, dan kalu nok heran lagi, dok baiki2 pun lagi.
2. Heran kenapa tiba2 akak kaitkan dengan stadium lak? Sekali lagi jgan nak heran sebab, sejarah keruntuhan stadium tu kononnya menjadi saksi yang orang ganu ni tak pedulikan tetamuyg datang, dical pun buek tak tau jo....
3. maaflah ayam2 kajang, penang, bandar damansara, TAK LUPO AYAM2 bandar baru bangi, menara muamalat dan bawah bayu (kalu masih ingat blog wp sekadar skodeng), mungkin heran dengan cerita dalam reban yang haru biru ni, Sebeno nye ni cerita ayam ganu acah-acah paruh, belaga dengan ayam soromban, he he he, best apa kalu sekali sekala test paruh, sapa paling kuat..
4. Cuti2 ni, tak de cuti mana, bercuti dengan kertas periksa (5 kelas karangan), kelas tambahan, kenduri kawin, laporan kelemahan kekuatan setiap sorang pelajar dan ++++so, mana dapat cuti?
5. Walau bagaimanapun, sari, (DAN YG LAIN-LAIN PUN) kalu kau nak datang ke ganu, silakanlah, semuanya ditanggung beres..................jemputlah ke hotel kami, baik di besut mahupun di kuala trg, semuanya bertaraf 5 bintang, gerenti tak perlu boli sendiri dan belasah sendiri, ayam tak akan telopeh, semuanya akan ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur dengan syarat calling2 awal sebelum datang, jgn on d way nak balik baru nok calling, fahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam? He he he
Wassalam

Satu abad nak menunggu Episod 2....se jawab..

Catatan terakhir,

Apo nak dikato?

Mas Aji tanyo ngan Che Eda? Macam tak kono yo.....!

Untuk pengetahuan Mas Aji, Che Eda poei melawat kilang kerepek kat Banting. Dio pun tak main kepok lekor.....sapo nak jawab?

Akak Nani, tak sompek berblog ko dengan jiran sobolah? Tu la sobab eh....jawapan jadi itik!

Se dah kato, selagi stadium tu tergelebeh.....selagi tulah Terengganu jadi padang selerak, padang berserak......uwaa......se tak paaahaaammmm.....

IKUT HANGPA LAH

SALAM
Ikut suka hangpa lah nak buat lagu mana.Semua besaq panjang dah.....
tak ghitu eda no, depa mai saja-saja dan berlalu macam angin....
ikut suka hangpalah,,,,,

janji happy...

tapi awat jadi lagu tui chee oiii....

wasalam

Ahad, 6 Jun 2010

Poei Ganu....naik basika....tongah hari....tongah paneh.....
Apo nak dikato.....? Hidung peset....pipi meset.....
se paahhhaaammm
Yolah....pandai-pandailah bawak diri......fahaaaammm

Se tak maraaaaah......

Se lapar.....se boli....dan belasah sendiri. Ayam-ayam dah lopeh.......fahaaaammm

Cuti2Terengganu : Negeri Chanteq, Budaya Menareq, Orang BAIK Ep 1

Assalamualaikum wmt wbt

1. Cuti sekolah dah tiba maka bertempiaranlah pak2 ayam, mak2 ayam dan sekelian anak ayam keluar dari reban masing2, bersorak gembira kerana dpt berehat seketika terutamanya ayam-ayam yg berkait dengan sekolah, Mana2 ayam yg anaknye je bersekolah manakala mak dan paknya tidak, ambiklah cuti utk sama2 meraikannya
2. Mana2 ayam yang nak datang ke negeri kami ini (mewakili chek eda dan mas aji juga), maka akak amat mempersila dan mengalu2kannya, sesuai degn tagline kami, ORANG BAIK. Silakanlah datang, Pasar Payang, Syurga Tudung, Salem Aziz, waima GIant dan Mydin sentiasa terbuke luas menanti sekelian pengunjung...tak lupa juga toke2 keropok lekor yang semuanya dah kaya raya hasil jualan keropok yang kalu musim cuti ni, orang ganu sendiri tak berapa nak dipandang oleh toke2 tu...maklum org luar beli 50, 100, org ganu beli 5, 10 rm saje...
3. Mana-mana yang tak nak datang, nak bercuti ke tempat lain, tak do masaselah, nak pulau, nak ke laut, nak ke gunung, iyolah kan, malaysia ni kan kaya dgn destinasi percutian yg bombastik, fantastik, loba loba...berkunjunglah.... ke destinasi pilihan anda
4, Begitu juo, yang nak lalu sajo, kot besut, kot kualo terengganu, tak nak singgah atau tak sompek singgah kat umah akak ke, mas aji ke, chek eda ko kerano nak copek, tak polah, kami tak do masaelah...kami fahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam
Bersambung.................................
Wassalam.

Sabtu, 5 Jun 2010

CUTI...CUTI...SAYA NAK CUTI

Salam.Gempak je tajuknya. Padahal memerap kat rumah ni, siapkan tanda kertas periksa.Lepas tu study PTK untuk kertas Generik yang dapat B je tahun lepas.Susah juga nak dapat dua-dua A macam Akak Nani.Doakan dapat naik TK4, dah maleh baca buku(opps sori)Rendam buku tu minum air dia boleh pas A kot(syirik ni ...lawak). Selebihnya...jalan-jalan dengan anak-anak dan kawan-kawan cari makan kat Kuala Selangor, cadangan. Lagi hujung minggu depan, ke Mersing dan Kluang adik ipar kahwin...Jangan terkejut kalau kami muncul di Kuala Terengganu, lama tak ke sana,boleh ziarah Akak Nani , Cik Eda, Tuan Haji sekeluarga ke. Dan yang lain tu bila nak datang rumah saya?

RE-3, OK kat CSGR Sg Petani.Buat anggaran tarikh dan budgetnya, InsyaAllah lepas anak bujang SPM tak ada apa plan lagi. Boleh pekena mee udang Sg Petani.Cik Azza weh, pasai jalan-jalan ni suka sangatle saya.Habaq pi lah kat mana, InsyaAllah kami cuba mai. Betui kata Cik Jah kita, buat Angah...pujuk abang misai join kita sekali no.

Jumpa lagi, selamat bercuti, tahniah buat semua mak pak. Cik Eda bila nak sampai rumah saya?

Rabu, 2 Jun 2010

reU-3- cadangan tempat 1

















Cinta Sayang golf & country resort, Sungai Petani.