Selasa, 10 November 2009





tak dapat menulis dengan kata-kata
tak dapat menggambar dengan mata
tak dapat memgang dengan anggota

betapa syahdunya
menatap baitullah kali pertma..
dan kini giliran mek nani dan suami

siapa selepas ini?


dan berkenalanlah...........

Terkabul hajat di hati...

Salam buat semua..
Dah selamat sampai bakal mak dan pak haji kita ke Mekah. Alhamdulillah seperti tajuk di atas, saya sekeluarga dan Kak Jah kita sekeluarga sempat bermaaf-maafan dan saling mendoakan yang terbaik untuk akak Nani serta suaminya pada petang Ahad 8 November 2009. Tempatnya di rumah iparnya di Shah Alam. Syahdunya.... rasa nak ikut sekali malangnya kuota masih jauh.Apapun lambaian kaabah akan tiba jua saat dan ketikanya nanti. InsyaAllah.

Hujung tahun yang sibuk buat cikgu cikgi..Terus siapkan tugas yang ada sebelum pergi bercuti. Sampai jumpa lagi adanya. Wasalam.

Jumaat, 6 November 2009

Berita Terkini

Assalamualaikum wbt.

Padang Midin, Jumaat - Bakal Mak dan Pak Aji akan berlepas ke Tanah Suci pada hari Isnin ini, 9 Nov bersamaan 21 Zulkaedah dari KLIA. Mereka akan bertolak dari KT, Ahad ini, jam 8 pagi.
Disebabkan kesuntukan masa maka cek Eda melaporkan bagi pihak mereka yang kini sedang teramatlah sibuk menguruskan hal berkaitan pemergian mereka dan peninggalan anakanda2 mereka.
Yang berkesempatan berkunjung ke rumah cek nani, jom kita pakat pi, yang berkelapangan nak jumpa di Kelana Jaya, rancanglah perjalanan anda, yang berpeluang skodeng di alam maya, sampaikanlah kata-kata semangat dan doa moga-moga mereka selamat mencecah kaki ke Tanah Suci, selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air.

Sekian, cek eda dari rumah hijau melaporkan berita untuk blog ppcg.
Salam 1 benua.

Khamis, 5 November 2009

Tahniah buat bakal mak dan pak aji

Assalamualaikum,

1. Selamat menjalani ibadah Haji, semoga sentiasa sihat sepanjang masa menjalani ibadah.

2. Kirimkan salam se buat Rasulullah.

3. Boleh tunaikan duo hajat se? Pertama, sms waktu wukuf. Kedua, boleh ko tolong doakan adik angkat se, merayu-rayu mintak didoakan. Setakat ni doa se bolum dimakbulkan. Tolong akak Nani doakan di dopan Kaabah. Adik angkat se ni nak buat Master di US, biasiswa dah ado tapi tompek tak dapek. Syarat eh mesti di US....Namo eh, Ali Halim b. Sirat.

4. Wassalam...

Selasa, 3 November 2009

TAK KE MANANYA...ADA AIH.

Salam buat semua kekawan.
1. Tahniah dan syukur buat akak Nani dan suami tercinta dapat panggilan ke Tanah Suci Mekah. Doa kami agar semuanya berjalan lancar dan dapat beribadah dengan tenang. Doakan juga kami ke sana dalam waktu terdekat.
2. Saya sokong anugerah yang dicadang MakDaro buat Cik Eda...
3. Juga kalau dibukukan, dialah juga orangnya. Panjang-panjang tulisnya walau kecil comel orangnya.
Saya idak le. Tak masuk mana-mana kategori.
4. Baru balik dari Pulau Pangkor..kursus hujung tahun perancangan 2010 s/u Panitia Daerah (wakil je)Penat di lambung ombak. Kursus sekadar membelanjakan budget yang turun melimpah hujung tahun (kata penganjur le) syyy! Sambung mesyuarat pelarasan....seminggu. He..he..he anak murid tanya lama tak nampak cikgu?Ye ke. Sebenarnya dunia dan kecintaan saya di sekolah, pada anak-anak murid. Kesiankan.
5. Selebihnya di rumah dan sekolah, dengan keluarga dan anak-anak yang meriah tu..Ye ada masuk tv3. Alah Ahad baru ni pasal cipta rekod syiling 220,220 keping. Migrain berjemur tengah panas susun syiling dengan anak-anak Pra sekolah Hulu Langat. Tugas di luar sekolah. Itulah saya.Cikgu kecik berbadan besar...
6. Bilonyo reunion?
Jumpa lagi..wassallam.



Berakhirnya Suatu Penantian

Alhamdulillah
akhirnya penantian itu berakhir jua dengan kegembiraan
kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
status standby telah menjadi terpilih
cek nani dan cek abangnya insyaallah akan menjadi tetamu Allah tahun ini.
cek tumpang seronok, tu pasai tak sabaq nak kongsi dengan cgs lain.
habih ja meeting, cek teruih terkam blog..
rupa-rupanya ada yang lebih cepat dan lebih tak sabaq nak habaq..
sabah dah pasai pak aji cg pertama jadi tetamu Allah..ambik berkat
semoga cek nani berdua dilimpahi rahmat, mendapat berkat dan selamat mendapat haji mabrur. InsyaAllah.
Amin.

SYUKUR dan TAHNIAH




Asalamualikum

Syukur dan tahniah.
Mek Nani dan keluarga dijemput Allah menjadi tetamuNya.

Selamat dan selamat dan selamat.

Wassallam

Isnin, 2 November 2009

Jawapan topat dan padat.....

Assalamualaikum,

1. Kok adolah anugerah penulis terbaik... memang se bagi kepado Eda. Bersesuaianlah dengan tugasannyo sebagai guru Bahasa Melayu. Yang lain-lain tu, masih ado peluang untuk monang pado tahun-tahun akan datang yo....jangan putus aso. 'Penskodeng' terbaik bolehlah bagi pado Jah......(ko, ado tokoh lain?)

2. Ni, nak jawab soalan...Se, lambek lagi nak bermenantu. Anak-anak sekarang ni, nak belajar dulu, jadi bukanlah se yang akan terimo menantu tu....sajo jo se mengusik. Kok berhajat nak bermenantu, tak payahlah fikir pasal langkah melangkah bendul, langkahlah pagar lagi baik. Lamo-lamo buek latihan, mahu dapek pingat omeh (emas).

3. Se berharap, dapek kito berkumpul di D' Kok....sponsor takdo masalah, bayarlah sendiri.....

Ditulis oleh Mak Daro...
Assalamualaikum wmt wbt

1. Alahai, akak sekarang ni kurang sikit berani nak menulis kat blog, tapi macam biasalah sekodeng tetap sekodeng
2. Jangan salah faham ya, tak berani tu bukan bermakna akak ni penakut ya...
3. Almaklum, kadang-kadang salah faham dan salah tafsir menyebabkan yang disuratkan tidak sama dengan yang tersirat...
4. Amboi chek eda, etimologilah pulak, ni yang buat akak takut ni, canggihnya bahasee...
5. Akak seronok, sangat seronok macam chek eda, yelah mak daro nak sponsor reunion di d'kok tu....sama-sama kita tungguuuuuuuuuuuuuu.
6. Akak ni dok menunggulah lagi......harap2 sampailah hajat akak...
6. Makcik sari, bila nak masuk? Bercuti-cuti Malaysia lagi ke?
7. Ma'am Jah, busana khadieja tu bila bole order online?
8. Sekarang ganu dah mula hujan, sedaknye makang ubi kayu rebuh cicoh nyo sambil minung air kopi

wassalam

Wassalam

Ahad, 1 November 2009

ETIMOLOGI PUTERAPUTERICG

Assalamualaikum belake-lake

Pendahuluan:
Jangan terkejut baca tajuk di atas, cek cuma nak respon tajuk Tahun dah sampai ke penghujung, tulisan Mak Daro.

1. Etimologi / asal-usul puteraptericg (ppcg) :
Blog ini dilahirkan pada 4 jun 2007.
1 jun 2007 - terakam dalam sejarah, REUNION 1dicatat. 7 keluargaCG bersatu di kg 8 kotak. Segala-galanya bermula di sini.
kini blog ppcg telah berusia 2 tahun 5 bulan. Jika semua catatan ppcg dibukukan mungkin setebal buku Sejarah Melayu; jika diprosakan, mungkin mencecah 10 buah novel (berasaskan 10 ekoq ayam yang mematuk-matuk, termasuk yang sekodeng). Novel siapa paling tebal? Mungkin Puteraadam, atau akak nani, atau Mak Daro atau cek Sari atau cek aza...sendiri mau semak la na.
Kisah paling hangat ialah kemunculan mama misteri...tak kan hangpa semua tak ingat, haru biru dan kelabu blog ppcg sat.. Lepaih tu clear tatkala mm dapat dinyahkan dari alam maya kita.
Nama Sy. Afidah juga cuba disensasikan tapi last, terkubuq jugak tanpa nisan. Catatan Batu Bersurat SHG versi bahasa itik vs bahasa ayam pun kira giler-giler bahasa punya cerita...dan banyak lagi cerita panas yang lain...sendiri mau ingat dan sambung la na.
25.12.08 - REUNION 2 direalisasikan..di mana? Cek tak ingat pasai cek tak dak..Sedih woi! dengaq kata hebat..tengok gambaq memang terangkat lagi teringat-ingat..tatkala itu cek berada di Mekah al-Mukarramah.
Makanya REUNION 3 di kem d'kok, jadi jangan tak jadi na...InsyaAllah.
Mak Daro sponsor...syoknya!

2. Mak Daro ! Had nak boleh menantu dah tu, sapa? Tengok pada susur galur perkahwinan, sama ada putera di negeri di Bawah Bayu atau puteri Mak Darolah yang akan mendahului...tapi kalau dah Mak Daro yang start sebut, agak2 puteri dari Rantau la kot...kami yang kendian ni tak kan nak langkah bendoi kot. Sapa calon menantu dan bila? habaq la, insyaallah kami pi buat rombongan kompang ke sana..menantu sulung la katakan.

Penutup :
Semoga blog ppcg terus maju!
Ppcg, kaulah memori terindah!
Penghujung kalam...majulah sukan untuk negara.

Penulis : cek eda