Salam. Kebetulan menaip soalan ujian. Dah lotih jengok blog CG.Sekodeng jangan tak sekodeng.Geng Mak Daro gak nih.InsyaAllah panjang omor se tulih laei.Sibukkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!
He he. Wassalam.
Selasa, 17 Februari 2009
Isnin, 16 Februari 2009
Khabar dari Nogori
Goli hati se sobab ada gak orang bengang...Sajo tulih ciput, cukuplah sebagai tando se sentiaso skodeng....
Daripada : Mak Daro (dah slim..you!)
Daripada : Mak Daro (dah slim..you!)
Sabtu, 14 Februari 2009
Assalamualikum
Apo kone ehh jang...
Semua menghilang
tinggal seorang dua
bermadah bercerita
cerita semasa
cerita tak terduga
itulah dunia
itulah nyata
Bertikam lidah
menyanyam kata-kata
lumrah kita
terpesong tidak hasrat mulia
menamambiak benih silahturahimm sekian lama
teruskan wahai panglima
teruskan wahai srikandi
tapi rutin hariaan membatasi coretan
menunggu si sari, si nani, si jah si ct, si daro
menunggu sang nif, sang lah,
he, hee sang bayu menghembus sepoi-sepoi
nyaman menyapa
* kelmarin...daftar anak CG di IQ padang midin.....
tunggu jug apa khabat anak CG lain....mana demo wehh
guano gamak orang kita.....
wasalaam

Rabu, 11 Februari 2009
Yang sendu hanyalah Melayu
Waalaikumsallam!
Fikiran yang tenang dan emosi yang membuak seperti langit dan bumi.
Sokongan berhemah dan taksub melulu seperti minyak dan air.
Asal mulanya laman yang mulia ini untuk menganyam silaturahim.
Mengukuhkan ukhuwah dan memperkasakan jalinan persahabatan.
Lantas isinya biarlah berpaksikan hasrat,bertunjangkan niat dan di atas landasan yang tepat.
Namun, dengan kebijaksanaan menyusun kata dan helah dalam bermadah,dalam bertanya khabar,pendirian (ketaksuban) siasah tak dapat disembunyi.
Disemai dan dibajai..dan telah dimulai.
Laman yang patut dikongsi,menjadi milik peribadi.Yang sama pendirian siasah,akan membela dan membelasah. Mengsimilekan Gaza dengan Malaysia,menyamakan Melayu dengan Palestin.Logiknya entah di mana? Mengkiaskan yang berbeza pendapat sebagai telah dibutatulikan dan hanya mereka sahaja yang menjadi golongan 'Enlightenment' yang terus mata terhadap kemungkaran yang nampak kuman di seberang lautan...gajah di tubir mata sirna di layar retina.....
Jawapan berkias itu sekadar ingat-mengingatkan.Memulakan pandangan siasah dilaman ini memang menyeronokkan,apatah lagi mendapat sokongan. Jika memang berjiwa besar,ingatan itu patut diambil iktibar. Jika jiwa dipalit emosi, teguran itu menipiskan cuping telinga dan membakar jiwa.
Tapi jika dirasakan topik siasah memang tidak dapat dipisahkan dalam diri teruskan sahaja. Ingatan itu jangan diambil kira. Sekadar teguran supaya kita berfikiran saksama.
Wallahualam!

Selasa, 10 Februari 2009
Lagu sendu lagi
Assalamualaikum dan salam perjuangan!
rakyat berlagu sendu
angkara nafsu pejuang palsu
rakyat hilang adab
siapa penyebab?
Hulu yang keruh
mengapa mengeluh
siapa guru
siapa mahaguru
tanyalah pada tok guru..
kebenaran jangan disanggah
kepalsuan akan terserlah
kerana di sana ada Maha Agung
Allah Rabbul alamin.
masakan rakyat diinjak
dipekaktulikankan?
masakan rakyat digula-gulakan
dibutabisukan
masakan rakyat berlagu sendu
disoraksoraikan!
hidup ini perjuangan
serang perang dan lawan
hilang adabkah rakyat gaza?
bangkit menentang kebatilan
hilang akal budikah namanya?
Melayu yang disiram roh Islam
tidak sokmo layu
InsyaAllah lagu sendu
akan berganti rindu
Salam dari cicit Tok Perak
rakyat berlagu sendu
angkara nafsu pejuang palsu
rakyat hilang adab
siapa penyebab?
Hulu yang keruh
mengapa mengeluh
siapa guru
siapa mahaguru
tanyalah pada tok guru..
kebenaran jangan disanggah
kepalsuan akan terserlah
kerana di sana ada Maha Agung
Allah Rabbul alamin.
masakan rakyat diinjak
dipekaktulikankan?
masakan rakyat digula-gulakan
dibutabisukan
masakan rakyat berlagu sendu
disoraksoraikan!
hidup ini perjuangan
serang perang dan lawan
hilang adabkah rakyat gaza?
bangkit menentang kebatilan
hilang akal budikah namanya?
Melayu yang disiram roh Islam
tidak sokmo layu
InsyaAllah lagu sendu
akan berganti rindu
Salam dari cicit Tok Perak
Isnin, 9 Februari 2009
Mahaguru Katak!!!
Assalamualaikum!
Begitulah rutin hidup. Bertebaran mencari sesuap nasi. Sibuk-sibuk di dunia,akhirat harap tak lupa.
Lagu sendu lagu rakyat,
Lebih sendu rakyat kehilangan adab,
Katak si katak lompat,
Katak tetap melompat tinggi,
Sama ada ke hulu atau ke hilir,
Biar saksama dalam berfikir,
Jangan bersorak katak melompat ke hulu,
Sumpah seranah jika menyeberang ke hilir,
Katak haiwan yang pandai meniru,
Tentu belajar daripada mahaguru.
Kalau keruh di hulu,takkan jernih di hilir
Salam untuk semua.

Ahad, 8 Februari 2009
Banyaknya Kisah setakat Ini
Salam
Lagu sendu lagu rakyat
lompat si katak lompat...
lompat tinggi-tinggi
Dan berlakulah apa yang berlaku.
Drama masih saspen. Tunggu penamatnya. Sad or Happy ending.
Tapi, mana pie habih orang nie. Sibuk dgn rutin harian.
Skodeng tetap skodeng.
Wasalam

Isnin, 2 Februari 2009
TAKZIAH
Takziah.
Sempat juga menziarahi ayahanda nani, selesai bertahlil saudara di Besut pada petang itu. bergegas ke KT dan sempat juga mengiringi jenazah meninggalkan alam fana.
Itulah realiti kehidupan. Mati nokhtah terakhir sebelum menjenguk alam baqa. Samalah berdoa untuk bersama sidiqin, syuhada. Dan pastinya syuhada kini sedang berhibur berperang dengan Zionis ( dalam akhbar ada dicatatkan para syuhada ini tidak reput)...

Ahad, 1 Februari 2009
Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati
Salam takziah buat Akak Nani atas pemergian ayahnda tercinta ke Rahmatullah Jumaat lalu juga pemergian Mak Cik Besah Merlimau (bonda mertua abang Din) Khamis, 30 Januari 2009. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin.. Pemergian ayahnda Jusoh dan Bonda Besah amat menyentuh hati saya kerana saya mengenali mereka sekian lama. Malahan saya dianggap seperti sebahagian ahli keluarga mereka. Tak berkesempatan berziarah ke KT, lalu dengan izin-Nya saya berkesempatan bertemu Akak Nani dan keluarganya di Kampung Merlimau Pasir 31 Januari 2009.Kedatangan kami (suami dan anak-anak)disambut dengan baik walaupun hampir 24 tahun tak bersua dengan keluarga Arwah Mak Cik Besah. Begitulah putaran alam, mati itu pasti. Yang hidup teruskan kehidupan dan cari bekalan secukupnya untuk akhirat. Jumpa lagi
Langgan:
Catatan (Atom)