Rabu, 12 November 2008

Tahniah! Syukur Alhamdulillah.....

Assalamualaikum wmt wbt.


1. Wow, what a big surprise! Akhirnya,berita yang ditunggu2 itu menjadi realiti jua. Tahniah daripada kami sekeluarga buat Azah. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi betul juga kata mak daro, sepatutnya buatlah press conference dulu,ala, macam Mawi tu. Tidak pun blog conference macam akak. Apa2pun syukur alhamdulillah, semuanya dah selamat. Nampaknya berganda2 rezeki Azah tahun ni.Yelah kalau kami ni, pencen pun lum tentu dapat DG52 (dg51). Tahniah sekali lagi.

2. Lepas ni Azah kenalah bersedia untuk demam lagi. Yelah,morning sickness pun kadang2 sampai 4 bulan pun tak habis lagi ...Mudahan doa akak makbul, Danish bakal ada kawan sepermainan yang seusia dengannya....

3. Oi, mak daro, memanglah sonyap jo, tapi sekodeng tetap sekodeng. Mana boleh ngadap komputer je, akak ni kan dalam pantang. Kenalah rehat banyak2. Lainlah Makcik Jah kita tu, kot2 alahan jugak kot...Tr Husna pun dah lamo menyepi diri. Nak diharap kan gntlemen yang ada tu alamaknya dok mengandung sampai sudah lah nampaknya....



4. Reunion? Bagus tu.. Akak n family insyaallah akan ke KL abih pantang ni. Tapi tak confirm lagi tarikhnya..mungkin antara 18/12 hingga 25/12 kot. Tu pun nak tengok dulu schedule sekolah, takut bertembung dengan agenda sekolah pulak. Mudahan dapat jumpa masa tu..



5. Selamat berangkat untuk chek Eda...mudahan haji mabrur dikurniakan Allah. Jangan lupa doa untuk kami semua.Paling penting jaga diri dan kesihatan baik-baik.

6. Atas permintaan Azah, ni gambar Muhammad Danish Ikmal yang terbaru...




7. Mas Aji, tahun depanlah hantar surat rasmi undangan tu...Kalau kebetulan lalu kot padang midin ni, singgahlah tengok cucu...

8. Wassalam

Perlukan penjelasan!

Assalamualaikum,
1. Dr.-patutnya buat press conference dulu....anyway....."Selamat Menjalani Kehidupan sbg. Isteri"
2. Sari - torangkan sikit pasal reunion?
3. Akak, apasal sonyap? Anak ko bapak yang meragam?
4. Jah - tulislah kat blog.....rindu nak share cerito.
5. Eda - selamat berangkat dan dimudahkan ibdah, moga sentiasa sihat.
6. Mano hilang semua gentleman? Mengandung ko????
Dp. Mak Daro

Berita dari Penang/SP

Assalamualaikum,
Berita 1 - Alhamdullillah. Saya minggu ni baru rasa sembuh betul2 dari demam dan batuk serta sakit-sakit badan. Dekat 3 bulan juga demamnya. Kejap demam kejap baik. Tahun ni paling banyak mc dan buat rekod selama berkhidmat. Tu yang sekodeng je blog cg ni. Tulis pun mcm nak tak nak je kan.
Berita 2 - Alhamdullillah saya telah dilantik ke jawatan pensyarah DS51 walaupun tak berapa nak suka sebab tak minat mengajar mcm cikgu-cikgu kita yang lain. Sekarang tengah dok pupuk minat nak ngajar la pulak.
Berita 3 - Alhamdulillah saya telah menjadi isteri kepada seorang suami. (Cikgu/orang Johor). Buat yang wajib dan kenduri doa selamat je. Maaf la kerana tak menjemput. Pak Aji Usop jangan terkilan nak makan nasi minyak saya ya. Nanti ada pertemuan saya belanja na.
Berita lain-lain - Re-union kawasan tengah yg Sari rancang tu cantik bangat. Kalau hujung minggu saya insyaallah boleh. Cuma tarikh-tarikh ni je tak boleh 28-30 Nov. Nak pi Johor. 15 Dis dah mula semester II kena ngajar dah. 9-11 Januari Hari Keluarga Pusat Pengajian di Lumut la pulak.
Lain-lain berita - Untuk Nani hantar la gambar terkini baby. Geram la tengok. Untuk semua warga cg salam penuh kerinduan. Ok. Wasalam

Isnin, 10 November 2008

JOM ROMBONGAN CIK KIAH.....

Salam. Selamat berangkat buat Cik Eda ke Bumi Anbia. Moga perjalanan diberkati dan peroleh haji mabrur. Amin! Akak Nani kita, tahniah le.... seronok ada babykan. Kami tumpang gumbira. Mak anak selamat. Siapa namanya?Dah confirm... Muhammad Danish Hakim? Yealah walaupun percutian dengan kos yang tinggi syukur kerana dikurniakan zuriat yang tak ternilai dengan rm. Kami masih lagi marathon dengan kerja-kerja di sekolah. Uruskan prestasi anak-anak murid buat otak letih...selebihnya baru selesai urusan BM PMR. Prestasi anak-anak sendiri Alhamdulillah, ada yang ok ada yang kena pantau juga. Apapun cuti sekolah ni dah banyak program untuk anak-anak..pengisian kerohanian dan aktiviti masa senggang. Tak le dok menghadap tv, game komputer pagi petang siang malam.Yang pasti maknya jadi chief sepenuh masa. Any order sir!

Beberapa hari lalu Husna telefon, tanyakan pasal reunion kita..Tak boleh nak beri keputusan sebab ramai tak ada. Apapun mungkin kami yang kat zon tengah ni buat reunion kecil-kecilan. Tempat tak confirm nak bincang dengan Hanif, Pak Lah , Jah atau Angah. Dr Azah boleh join ke? Tuan Haji kita macam mana?Apapun masa masih panjang.

Selamat bercuti, InsyaAllah jumpa lagi.

Rabu, 5 November 2008

Sonyap yo......

CG yang membaco blog ni ado tak berhajat nak menziarah Eda dan Akak Nani? Jom kito pakat-pakat naik bas? Respond la yoo.......
Buat Akak Nani, anak kocik...o.k?
Daripado : Mak Daro

Isnin, 3 November 2008

tahniah

- Tahniah untuk Akak Nani kerana dikurniakan seorang lagi waris.
- Tahniah untuk Eda kerana dapat menunaikan haji tahun ni. Selamat berangkat ke tanah suci dan semoga mendapat haji mabrur. Amin.

Tahniah buat mak mudo

TAHNIAH

Asalamualikum

TAHNIAH. tahniah dan tahniah.

rezeki dalam bentuk anak pinak dan ujian juga dalam bentuk yang sama.

Tahniah juga pada pelapor yang terkini dan siap dengan gambornaya. Itu den suspek? Respect la......

Nama......pilih saja dari 25 rasul..... atai Nabi atau orang soleh.....

Mesti semua suka ada baby baru, yg susah sikit pak nyer...hehehehheh

Untuk Eda, selamat berangkat..............moga dapat Haji mabrurrrrrrrrrrrrr.

Pada semau mai ler Trg tengok kuada dan langsung potong jambul, cukur rambut anak menakan......

wasalammmmmmmmm

Ahad, 2 November 2008

Sidang Blog Rasmi Kelahiran Putera Bongsu

Assalamualaikum wmt. wbt.





1. Dengan rasminya Akak ingin mengumumkan kelahiran putera terakhir generasi ke dua CG. (Terima kasih kepada wartawan tidak rasmi TVCG yang bersusah payah mendahului untuk mengumumkan. Akak tahu, tiada lain di fikirannya melainkan terlalu gumbira dengan berita ini dan mahu dikongsi dengan seluruh pak-pak dan mak-mak menakan)





2. Inilah orangnya...



3. Butiran lanjut kelahirannya : Tarikh : 30Oktober (Khamis) , tepat jam 11.02 malam. Berat : 4.27kg. Panjang 51cm. Rekod hospital kelahiran paling berat pada hari tersebut. Ni menurun daripada pak-pak menakan yang se'SLIM' dengannyalah tu. Idak pun ikut mak-mak menakan yang sewaktu dengannyalah tu...paling sah ialah mak menakan yang satu sekolah dengan mamanya....Ya Ampun...Alhamdulillah bersalin normal dan sakit pun sekejap je. terima kasih atas doa kalian semua.

4. So macam mana? Ada yang nak sponsor majlis potong jambulnya? Tidak pun ada yang jeles dan nak cabar supaya baby akak ni tak jadi yang last? Akak alu-alukan...sahutlah cabaran ini..

5. Nama? Yang pastinya Muhammad....sambungannya masih akak dan ayohnya serta abang2 kakak2nya dok fikirkan. Ada cadangan daripada pak2 dan mak2 menakan?

6. Sehubungan itu, akak mohon maaflah kepada yang sms tanya (esp.Mak Daro) , akak tak kabo awal-awal , sebab akak pegang pada kata Chek Eda,apa-apa berita rujuk pada blog....

7. Sekarang ni akak dah selamat balik ke rumah, alhamdulillah kami berdua sihat.

8. Sekian adanya....

9. Wassalam


Sabtu, 1 November 2008

berita ringkas

Assalamualaikum wbt
buat semua kekawan

Wartawan dari Padang Midin melaporkan untuk Berita Tvcg
putera bongsu cg telah selamat dinobatnafirikan untuk melihat addunya,
pada 30 okt. seberat 4.2 kg.

Tahniah untuk ayahnda dan bondanya..
Semoga anakanda menjadi anak yang soleh insyaAllah.