Rabu, 5 September 2007

Waduh, Susah cari makankan lagu nie

Asalamualaikum

Cempedak jadi nangka!
Tak sangka!

Mana gambor mak daronyer......slim melim dan berlipat lipat...

kenangan mengusik jiwa, mengenang nostalgia lampau
semuanya erat tersimpan di muzium ingatan
gambar sekeping seribu makna bercerita
kumpullah siang dan malam sebagai saksi
belum habis jua ceritanya

akak nani, mak nani,
amboi mak
pak bicara tergelak
hantam ajelah labu
masih banyak cerita

II

ligat ctkt ( jealus juga tau, dgn topi/jubah tu)
liat juga jah
lentuk lagikah mak daro
lenguh ler layan mak nani , eda dan sari dengan resepi
lenyap dah hanif dan pak lah
lali dah jef dan husna
lor.zainab di joharian, ada maklumat ker?


III
Tahniah untuk diri sendiri...KEdah Menang...lawan terengganu....hai susah juga lawan Terengganu nie...BOLa sepak ma.....Jgn mere Nani,,,,,Eda sokong Kedah juga
Kalau Terengganu Menang sokong Trg juga.......


IV

UPSR...soalan bocor.....biarlah...bukan mati pun kalau tak boleh jawab. Atau boleh jawab pun tak hidup selama-lamaya...

Wasalam
CMR

Makin Hilang Warna Makin Mahal Harganya

Assalamualaikum semua,

Hari ni, pagi-pagi akak dah sampai sekolah. Sampai je, akak terus buka blog, bukan apa malam tadi tak lena tidur, tak sabar rasanya nak tengok gambar terbaru Jah yang Azah uploadkan. Wow, hang Ja, baru betul-betul ni, jadi JOHAN hang na Jah, mesti Angah tension sebab hang dah kalahkan dia. Tapi akak rasa macam tak percaya lak, kot TIPAH TERTIPU lagi nih? Sapa yang pandai tu cubalah copy balik gambar Jah yang solo yang akak upload tu dengan gambaq yang Azah masukkan tu, letak dekat-dekat, sebelah menyebelah, baru lah boleh tengok perbezaannya....

Angah, bravo! Dah rajin nampak sekarang ni,macam tu le anak omak...Agaknya kena penangan printer made in padang midin le tu...Tambahan pulak tali pinggang yang diberikan eda tu ternya begitu berkesan sehingga dapat merampingkan kembali anai-anai dan berjaya menjadi kerengga semula. Jadi dapatle kerenggan tu bagun dengan lebih copet dan mengadap blog, tak gitu angah?

Akak masih lagi menunggu-nunggu Hanif (dah bagi tau dah cara nak masuk) dan Pak Lah. Hang Pak Lah sengap je, hang jangan...Dok terbang pi, terbang mai, jangan hang penat hang singgah kat dahan baru pulak....Hang jangan dok penaya kat Ani tu....
Buat Jeff dan Husna yang sedang sibuk menguruskan Amal tu, harap bersabar dengana semua kesulitan yang timbul, insyaallah, segala-galanya akan selesai dengan selamat nanti..

Okay, sari, resepi hang tu kalu payah nak upload dalam blog ni, hang terus hantar yang dah siap masak le, courier kan ada, nak-nak bulan puasa ni, post masa ahur, masa berbuka sedang elok sampai...senang sikit kerja akak ni....

Azah, jangan dok pelekeh gambaq yang hampir nak hilang warna tu, makin hilang makin berharga tau, ye le, antiq lah katakan...mahal nilainya. Gambaq ni pun entah berapa kerat lagi yang masih simpan, yang masih ada dalam simpanan masing-masing...

Okay, chow dulu, Bye..........

Selasa, 4 September 2007

NORIDAH BT SHAARI (MAK DARA-ANAK 5)
Se' menulis ni nak berkongsi raso gembiro setelah dapek bejumpo dengan duo rakan lamo yang se' mimpi-mimpikan dalam tido. Sah..bak kato Akak Nani...umur makin mudo tapi perangai totap samo. CG nak tau?
1. Bas se' pancit maso nak balik....bepoluh-poluh drebar tu menukar tayar. Tapi akhirnya selamatlah se' sampai ngan anak-anak buah..jam 5 pagi.
2. Si Akak Nani dan Eda - hadiahkan se' printer made in Padang Midin. Pesen baru. Tak do wayar. Beribu-ribu lemon you! Habih se' godok-godok...punah habih.
3. Si Eda lak hadiahkan se' tali pinggang diet. Osah, satu hari se' pakai...langsung kerenggo balik pinggang se'.
Dua hari se' tesonggeh macam korang....bayangkanlah tido pun songeh. Osah lah...mereng se' kojap.
OK lah chow dulu...tak buleh tulih panjang-panjang nanti jomu. Buat Usop, ada umur pasti jumpo. Idup Usop!! Rakan-rakan se' yang lain tu.....I-Allah jumpo lagi.

2Jah sekarang


Gambar terkini. Sessi makan-makan lagi. Memang seronok kami kat sini asal bergambar je mesti sessi makan-makan. Siapa-siapa yang rasa tak cukup gebu lagi boleh join saya kat sini. Pasti gebu-gebas.


Gambar lepas terima Phd. 2004. Posing kat bilik di pejabat. Saja nak bagi semangat untuk yang lain sambung belajar.


Akak Nani dan kawan2! Ni gambar terkini Jah dengan cik abang dia. (muatnaik dengan izin). Tak payah nak tengok gambar yang dah nak hilang warna tu.

Tokonang Ko Maso Dulu/THEGOOD OLD DAYS




Terlebih dulu, akak nak cakap ni, akak gembira sangat sebab dah pandai upload gambar ni. Tima kasihlah banyak-banyak pada Azah, cikgu akak yang ajar akak upload gambar ni. Akak berani upload gambar ni sebab ari tu masa tuan empunyo gambo tu telah beri kebonaran pada akak, tu yang akak berani tu, kalu tidak, eeeei, takut akak, bueknyo disaman akak 13 billion, apo nak dikato....

Amacam, best kan dunia kita dulu, seronok je masa tu. Yalah, tak de nak fikir-fikir macam-macam masalah negara macam sekarang nih. temgok kawan kita tu,bukan setakat negara, habis segalo tanggo terpaksa diuruskannya. dah ape perasaan kengkawan semua tengok gambar-gambar tu? Ye lah, dulu kerengge, sekarang dah jadi anai-anai...tapi itu tak masuk akak le...Dulu anok daro dan anok teruno (kecuali jeff)sekarang dah jadi mak daro dan pak teruno...

Okaylah, akak chow dulu, nanti akak sambung lagi.....

Isnin, 3 September 2007

UPSR



Asalamualaikum
I
UPSR datang dan pergi,
x penting sangat pun untuk dikaluti...
jangan nak menyusah sampai x keruan

Penting juga
sekadar ujian awal
x sampai bawa mati

II
Ingat Mak Sari anaknya UPSR, rupanya Mak Nani...oppp tersasul lah tu, anak menakan ramai....mana nak ingat semua.

III

Untuk Mek nani....masa tulis tu...ada jumpa tak b, i.........abc......dan ada ikon Add Image...Add Video...so pilihlah Add Image, untuk masuk gambar...pasti meriah lagi. Ada gambor Mek Daro tu ker? Browse dan upload ler............

IV

CTKT, lom lagi contact depa tu.....dok fikiaq lagi......jauh dekat, nantilah.....

V

Dua tiga hari x masuk blog...nak p langkawi...ada urusan kerajaan.

Wasalam.

Akhirnya......Yang Ditunggu Tibo Juo

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah, dapat akak menulis lagi di blog yang semakin meriah ni...Sebelum seterusnya akak panjangkan tulisan akak ni, akak nak beritau, akak dah berubah tau, dah jadi baik...tak nak lagi kutuk mengutuk orang ni, Akak dah sedar, akak tak boleh kutuk-kutuk orang nanti akak digelar "AKAK TERLAMPAU"....EEEIII akak tak nak, ngeri...So, angah ingat tu, se dah jadi baik tau....

Akhirnya, berBULAN menanti, yang ditunggu tibo juo. Tanggal 1 Sept baru2 ni, jam 2.30 petang lebih kurang berjumpalah akak dan eda orang yang kami tunggu-tunggu dengan penuh kerinduan dan ingatan selama ini...orang yang kami sangka begitu gebu (seperti yang digambarkan sendiri oleh tuan punyo badan) rupanya tipah tertipu, TAK DO NYO GEBU PUN, SELIM MELIM, PENUH DENGAN KEJELITOAAN LAGI...(ANAK EEE, BUKAN OMAK EE!) Apa lagi kami pun melepaskan kerinduan yang terpendam selama 13 tahun (akak)dan 18 tahun (eda), Sayang sekali tiadolah dia sudi ke hotel 5 bintang kami lantaran dio lebih terpikat pado sutero-sutero yang ade di pasar payang nung. Jadi kami pun membukalah lipatan sejarah kami di kedai makan di pasar payang tu saje. Nak buek camno, dah maso ynag diberi 1 jam jo...

Apa-apa pun akak dengan eda seronok sakanlah haritu, kami harap angah tidak serik untuk ke Ganu lagi, datanglah anak beranok, kami tunggu....kepok leko dok jamu lagi jadi wajib mari semula, kalu dok maroh abang angkat eda si DERIH JUSOH, yelah tak layan tamu die dengan T-Lekor!

Ari ni hari pertama upsr, betul kata Pak Lebai kita, buat ape nak berdebar, alah upsr je, bukannya periksa nak tentukan hidup mati, jadi akak pun legalah sikit, tu yang boleh masuk blog ni...tak apalah, selepas usaha dan doa, tawakkallah saja kepada Allah...Pak Lebai ooiii, anak cik sari tak ambik exam tau, anak akak je sorang upsr, yang lain tu PMR ada, SPM ade....

Meriah sungguh blog kita lening ya, mudahan penulis-penulis termasuk penulis upahan (alah yang jenis tolong tuliskan untuk orang lain tu...)ni kekallah, 'jangan paneh-paneh taik ayam yo' (quotation....dengan izin!). Semenjak 2 menjak dah ramai penulis ni, akak rasa tak sabo-sabo nak masuk blog setiap hari. Sebeno nye akak teringin sangat nak uploadkan gambar-gambar yang ada dalam simpanan akak, tapi malangnya, akak tak pandai berbuat demikian. Akak dah mintak tolong pak lebai e-mailkan langkah-langkahnya tapi belum lah juo dihantar. Azah, tolonglah ajar akak ni....

Okay, angah, cayo tak, akak dah baik kan! Akak dah tak kutuk ekau kan?
Bye.....

exam dan kerepek


Good luck to all my "anak menakan".


Untuk mak pak banyak2 berdoa semoga anak-anak diterangkan hati sebagaimana diterangkanNYA hati Rasulullah. Sambil tunggu anak-anak jawab periksa boleh makan kerepek Sari atau order je kat Jah. Nani dah dapat ke kerepek dari Sari tu. Sari hantar ke Kedah sama na.

Mak Daro Angah awat dok kalut mcm tu. Mai-mai dah nak balik. La ni dok jadi Mak Daro lawak pulak na. Dulu2 tak mcm tu. Eda kata lawak giler. Giler pun tak lawak mcm tu.

Usop saya suka wajah baru blog. Hensem dan ayu gitu. Rugila sapa2 yang langsung tak menjengah blog ni. Tak boleh la tengok kehenseman dan keayuan blog dan merasakan kemeriahannya. Meriah mcm masa kita semua kat dalam kelas cg dulu.

Ahad, 2 September 2007

alahai Mak Daro

Salam

mak Daro sorang ni..apa kojonyer...mai pass tu lesop...
Nasib baik tak dan, tidak kena igat...heheh (ye ker nani?)
Apo tak, maklumat x jelas,sop sat...dah nak cau balik nogori....
Kalau tak oleh juga belanja nasi kerabu .....dan sewaktu dgnnya...dan tu pula....(memang rezeki dia....jeruk pun dia tibai sama)

Samo ngan tkt juga...sekejap ado sejejab tak da...

Oklah, selamat Mengambil exam untuk putera puteri cg.....siapa lagi yer...Sari...yg lain x tau lah.....

mak bak x yah seriau....bukannya nyer apa pun, exam jer....

Alah banyak lagi exam nak tempuhi.....relaxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Wasalam.
bagi peg. kerajaan ISO banyak songelnyer.......busy ler dgn ISO

CMR

Sabtu, 1 September 2007

Meriahnya Blog Kita Dah

Salam. Selamat datang Angah ke blog kita(he he he jangan mare ye Cop Mat)Alhamdulillah saya baru dapat luruskan sendi-sendi. Macam lagu Anak Itik Tok Wi.Banyak nak ucap selamat ni. untuk Nani, Jah, Pak Lah , Angah, Eda, Jef dan semua sama ada secara langsung atau tak langsung. Anak exam, mak pak seriau. Tak pa demi masa depan bangsa dan negara. Oh ya! Amal akan terbang ke U.Sheffield UK pada 24 Sept 07 nanti. Moga pulang dengan kejayaan.Buat Angah Noridah sabo aja le. Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Tak gitu? Akhirnya kalu tak tinggal hidup maut pun akan memisahkan kita. Jumpa lagi wassallam.