Assalamualaikum wmt wbt
1. Alahai, jari jemari ni macam kaku je nak mancatuk bila tiap kali buka blog. kebuntuan, dok tau apa nok share dek tiada apa yang luar biasa melainkan yang biasa-biasa sahaja.
2. Cuti kali ni, belum pergi mana-mana. November berakhir dengan 5 hari berturut ProElt. Disember pulak disambut dengan menjadi pengiring anak no 2 berumah di hospital selama 5 hari...lps tu dgn taklimat PBS dan ulang alik ke hospital untuk sesi follow up. Start 15hb - 22hb bermulalah mesyuarat untuk 2014.
3. In shaa Allah, cadang nak jenguk orang KL 22@23 moga ada rezeki...,.ziarah mertua yang akan ke Haramain awal januari dan jemput si no 5 yang dah hampir sebulan menemani si no 6 balik. Juga jenguk2 si sulong di setapak dan otw balik singgah di kajang sebelum ke Kolo Pilah menjenguk si no 3. Soromban? Kot sibuk dengan meeting...
4. Itu sahajalah perancangannya...moga diizinkan Allah
5. Bertemu lagi di tahun depan
6. Wassalam wmt wbt
Khamis, 19 Disember 2013
Ahad, 8 Disember 2013
Salam
Baru bercuti
Banjir bah!
Bala kah?
Biar berpada bahasa bahasi
Banjir bawa bala?
biasakah
banjir bawa bahagia?
biar banjir berbicara
bandar banjir
bantuan basi-basi
berteriak bangsa bala banjir
bawa bantuan bersengkita
beri bantuan bersahaja
bangsa banjir berduka
banyaklah berikhtifar
bawa bahagia
bawa jauh bencana
biar banjir berbicara
bantuan belum beres
bukan beras berkilo
bukan, bukan bukan
bantuan biar berkat
biar beres
baru bangsa banjir bahagia
baru boleh berdoa
bayi berteriak
badan basah
bonda berendam
bapa bermasam
biar banjir berbicara
balakah?
bawa bahagia kah?
baru berasa besarnya berkuasa
baru berasa berdoa berkat
Baru bercuti
Banjir bah!
Bala kah?
Biar berpada bahasa bahasi
Banjir bawa bala?
biasakah
banjir bawa bahagia?
biar banjir berbicara
bandar banjir
bantuan basi-basi
berteriak bangsa bala banjir
bawa bantuan bersengkita
beri bantuan bersahaja
bangsa banjir berduka
banyaklah berikhtifar
bawa bahagia
bawa jauh bencana
biar banjir berbicara
bantuan belum beres
bukan beras berkilo
bukan, bukan bukan
bantuan biar berkat
biar beres
baru bangsa banjir bahagia
baru boleh berdoa
bayi berteriak
badan basah
bonda berendam
bapa bermasam
biar banjir berbicara
balakah?
bawa bahagia kah?
baru berasa besarnya berkuasa
baru berasa berdoa berkat
Sabtu, 7 Disember 2013
Apa cerita?...
Episod senyap sepi.
Yang banjir berhati-hati, bencana alam ujian-Nya jua.Reda dan sentiasa siaga.
Saya sedang mencari peluang dan ruang jadi sukarelawan banjir, dapat sumbang tenaga jadilah.
Nak jadi tukang masak ataupun mengajar anak-anak di pusat pemindahan.Tengok kat tv nampak macam boring je bebudak sebab pengisian kurang, tak kiralah buat kelas melukis ke mewarna ke, tulis jawi baca sekali.Cik Eda boleh ngajo Arab, Akak Nani boleh ngajo simple English atau ngaji.Adake orang nak terima sumbangan tenaga saya yang dah nak masuk 5 series 2 tahun lagi?
Cerita seterusnya, cuti Jumaat di Johor.Saya memang terasa seronoknya seperti mengimbau zaman
persekolahan dulu. Hari Jumaat macam hari ghaya.Kaum bapa bawa anak-anak lelaki ke masjid solat Jumaat berbaju kurung telok belanga berkain gombang.Masa dok asrama, hari tak ada prep, Jumaat.Memang guling2 sambil kemas dorm atau tak buat apa2.Menu dari pagi ke malam special terutama lunch nasi biryani Muo dan sirap bandung soda.Boleh sarapan roti canai.Petang2, tahan aya putu mayam berbasikal dengan tong hijaunya.Takpun apek rojak petis yang ber t-shirt pagoda.Pendek kata hari untuk jamu selera.Itu belum lagi Kak Pah jual cucur udang datang atau Mak Timah tembosa(karipap sayur bulat) cicah sos.Nikmat. Sabtu outing gi bando Muo sebab nak makan mee bandung atau satay.Tapi tak selalu dapat, itupun tak putus2 baca "summumbukmum" minta warden lembut hati.Tapi tak cerita kat anak-anak pasal ni.
Selebihnya balik kampung rumah mak di Sagil, kumpul anak beranak.Orang Jawa tak tinggal nasi ambengnya.Menu utama makan ramai-ramai.Sempat ke Taman Lagenda Gunung Ledang bawa anak-anak
mandi-manda.Cuti bajet.Balik rumah mentua di Kluang juga jumpa sanak-saudara di sana.
Juga berkesempatan jalan-jalan ke Cameron.Lengang, nyaman dan tak sibuk.Cuaca sejuk , malamnya
suhu 15 C, siang 24 C.Sayang banyak bukit ditarah dan cuak andai tiba-tiba tanah longsor.Di Lembah Bertam, meninjau kawasan yang dilanda banjir lumpur.Mana taknya, rizab sungai dah dibuat kebun, rumah bagai. Agak2 saya kalau rizab sungai 20 kaki tak jadi tragedi tu.Jadi fikirlah sendiri, jangan seperti bangau oh bangau.Satu lagi, rasa dok kat Bandung atau Bangladesh pulak sebab banyak peniaga orang depa. Tak beli makanan masak sebarangan sebab tak pasti mana sumbernya.Sedihpun ada. Yang seronok sepanjang jalan naik dan turun, meriah dengan gerai durian dan buahan lain. Memang murah.Pendek kata jalan-jalan cari makan cuti kali ini.Bertuah dan bersyukurnya tinggal di Malaysia.
Selebihnya, kenduri-kendara dan meraikan saudara mara yang bertandang.Kekawan bila nak mai?Jom gebang-gebang di Kajang (pondok kecil saya).Dan ada kesempatan memboking rumah peranginan gomen untuk cuti Mac 2014 akan datang.InsyaAllah ke Morib dan Fraser Hill le pulak.Dah siap tempah dan bayar.
Bila lagi? baloi memang berbaloi, banglo 3 bilik di Morib Rm60 sahaja.Cadangan nak ke Tasik Kenyir Mei 2014, tapi tempahan atas talian (skema je ayat) belum dibuka.
Apapun, caling2 dan teruskan rutin harian.

Sabtu, 16 November 2013
CUTI HUJUNG TAHUN...
Sendu le pula baca sajak Tn Chop Mat
Terima kasih saling mengingatkan.
Begitulah, ada kalaa yang tak siapnya kita alpa.Kena cuit-cuit biar kita sentiasa sedar.
Dunia hanya pinjaman, abadi kekal akhirat jua.
Hujung tahun dinanti-nanti bukan sekadar cuti tapi menyiapkan kerja orang atasan
yang datangnya macam ribut, semua nak segera.Siaga kita.
Seperti luahan rasa sahabat kita di pantai Timur, dek atasan mengejar kecemerlangan
yang jadi rumput pemangsanya.Huh, saya yang diperintah bukan saya yang menurut perintah.
Apapun ikhlaskan diri ,Insya-Allah ada ganjaran menanti di akhirat, saham kita bakal jutawan akhirat kelak. Seperti biasa saya yang kerdil tak terkecuali.Masih ada tugasan di gelanggang dengan urusan klinik bola jaring daerah.Juga urusan mengawas STPM di sekolah minggu hadapan.Sekadar membantu rakan-rakan yang memerlukan khidmat tak seberapa.
Anak-anak sibuk bertanya , cuti ni mana destinasi seterusnya. Ha.. ha mak pak mengira bajet nak bawa anak-anak. Balik kampung satu kemestian, mesti dibudayakan.Masih ada tok nenek, paman, bibik (mak cik), mbah (nenek) yang nak dikabari berita.Keluar negara tidaknya.
Kampung mengimbau anak rantau. Selebihnya, masih dalam perancangan. Yang pasti perlu rehat minda setahun bekerja sambil cari bahan p d p (hi...hi) untuk dimuatkan dalam dashboard Cikgu Sarimah Surip.
Berkesempatan ke Kajang, moh ke rumah.Caling-caling.
SELAMAT BERCUTI, REHAT MINDA TENANGKAN HATI.
Sari..cuti-cuti sokmo

Rabu, 6 November 2013
Sepiak Sepatah
Salam,
Jelos wa, tengok gambau hangpa melilau rata reti.....
Baguih juga....
masih ada cerita untuk dikongsi
teruskan dan kekadang buat sibok tu pasat ta tak tulis
sajak sepi sejak semalam
salam sejahtera
sapa suruh sepi
siap siagalah
sepi itu sunyi
sendu senda
semua sudah siap sedia
sedia semua
solat, sedekah, senyum
suruh semua solat
solat subuh sering-sering
solatlah selamat
sedekahlah selamat
senyumlah sunnah
suruh selami sunnah
semua selamat
surga sedia sentiasa
selamat sejahtera salamnya
salah siapa
salah silap
surga semakin sepi
sekian seadanya
saya sihat
sihatlah semua
segeralah serlah seribu sejarah
sepiak sepatah
salam semua
salam sayang
sekian

Ahad, 13 Oktober 2013
Aktiviti hujung tahunnnnnn....
Khamis, 3 Oktober 2013
CUCI MATA....KUCHING
Semalam berlalu
Macam suspens?
Bukan tajuk lagu atau filem, bukan bukan bukan.
Sebenarnya kenangan indah dapat jumpa Cik Eda di UKM minggu lalu.
Masing-masing sibuk tapi sempat luangkan masa bertanya khabar.
Tak jauh, sekadar 15 km dari rumah.
Harap yang lain kalau ke Kajang caling-caling
Jumpa lagi

Ahad, 22 September 2013
KITA YANG SELALU SIBUK...
Salam semua....
Lebaran dah berlalu dan menanti tibanya Aidil Adha..
Tentu nostalgia buat Tn haji dan Pn hajjah yang telah menerima panggilan Baitullah,
Tinggal saya yang menunggu kuotanya, doa moga dalam masa terdekat.
Sibuk..dengan tugasan hakiki, ngajar , tanda kertas trial SPM, tingkatan 4 bakal menyusul minggu depan (kertas 3 Sejarah). Gitulah
Selain pantau anak-anak yang periksa UPSR, PSRA dan mak pak lain dengan anak yang bakal PMR juga SPM.
Yang baru mendaftar ke IPTA selesai sudah.
Dok diam, belajar baik-baik. Score nak dapatkan duit gomen.Laa..mak pak sponsor.
Bila dah dua orang ni (UIA dan UPM) belanja kena berhemah untuk pandaikan depa.Tanya akak Nani, Mak Daro, Cik Jah ligat simpan kira bajet buat anak-anak.
Dah merancang cuti hujung tahun, nak ke mana?
Jumpa lagi..
Sari/Kajang

Jumaat, 9 Ogos 2013
Salam Syawal 1434H
Syahdu di pagi Syawal. Ramadhan ditinggalkan. Entah dapat menikmatinya lagi.......? Diri terasa kerdil ditelan masa tetapi dosa........?
Maaf atas semua kesalahan yang pernah se lakukan.
Syawal pertama mendapat duit raya daripada anak-anak yang dah bekerja. Sodih lagi....se kan memang penyodih........uhuuuuuuuuuuuuu..........
Isnin, 1 Julai 2013
Wajah2 Yang Masih Dihati
Assalamu'alaikum wmt wbt
1. Selepas hampir 10 tahun (rasanya) tidak bertemu, kami berjumpa di Haram
2. Indah, sungguh indah, memandang wajahnya, mendengar indah bicaranya dan merenung harapannya...
3. Akan adakah lagi pertemuan indah ini? Hanya DIA yang Maha Mengetahui
4. Moga segala apa yang diharapkan, diimpikannya dimakbulkanNYA.
5. Moga kita semua dihimpunkan di FirdausNYA.
6. Jua potret terbaru sahabat yang tetap utuh di kotak memori kita.
Wassalam

Rabu, 12 Jun 2013
Alhamdulillah, sudah kembali
Assalamua'laikum wmt wbt
1. Alhamdulillah, selamat kembali ke tanahair pada 9 Jun, 6pm. Tiba di rumah kat pukul 12 10/6. Kul 1.50pm, terus g kursus. Gitulah bila balik rumah, urusan dunia terus menanti...Ni sekolah direct sampai 22hb, 7 hari seminggu.
2. Sempat jumpa Husna sekali je, hotel lain-lain dan pakej pun berbeza, jadi masing-masing sibuk dengan program yang dah diatur oleh pakej.
3. Berdoa dan sangat berharap agar kita semua dapat berkumpul sebagai satu satu family di Haramain.
4. Buat Mak Daro, doa khusus yang dikirim sudah dipanjatkan, moga Allah makbulkannya dan memperolehi hajat yang diinginkan.
5. Buat semua, doa dipanjatkan moga kita semua sentiasa di dalam perlindunganNya, dirahmati dan diberkati hidup kita semua dunia dan akhirat dan dipelihara anak-anak keturunan kita daripada segala kejahatan makhlukNya dan menjadi anak-anak soleh dan solehah. In shaa Allah.

Ahad, 9 Jun 2013
Assalamualaikum....A hang ngo sayo.....
Bermusafir, menghayati kekuasaan Allah, meraikan bulan madu dan segala yang sewaktu dengannya.

Di menara Seoul. Deretan dan ribuan kunci,
lambang cinta pasangan Korea.
Pakaian tradisional Korea...Han Bok.
Pengalaman menyediakan kim chi....tapi tak lalu nak
mencuba!
Kelotihan......
Di Nami Island
Tempat pengambaran drama Winter Sonata.
Se tak ponah nengok.....
Ahad, 26 Mei 2013
ALHAMDULILLAH...MOGA DIKABULKAN-NYA
Syukur dan moga kunjungan ke Haramain beroleh keberkatan.
Kami juga sentiasa mengharap dan berharap dapat bertamu lagi.
Doakan.
Bak kata Husna..mencari ketenangan.
Moga kalian diberikan Allah kesihatan yang baik dan dapat beribadah sebaik-baiknya.
Menanti kunjungan Akak Nani ke rumah Isnin ini, yang lain bilonyo nak datang rumah se?
Tn Haji Chop Mat, Tn Hj Hanif dan Cik Eda tak jumpa jalan kot ke rumah saya.
Awal bulan lalu ke USM, bertandang ke pejabat Azah.Tak lama tapi bermakna.
Alhamdulillah diulit bahagia.
kebetulan jemput Anis dan barang-barangnya di Matrik Kepala Batas.
Semalam, bertamu ke rumah Pak Lah;kenduri kesyukuran dan tahlil.
Tahniah buat semua anak-anak yang berjaya ke IPTA(Maryam Zainab Asasi UIA),
Matrikulasi Kolo Pilah( Nabilah anak dara Akak Nani).Pewaris CG dah beso-beso rupanya.
Yang menunggu keputusan ke IPTA September ni pun debar juga.Kok dihantarnya sinun ke Sarawak atau ke Sabah. Minta tolong Pak Menakan kat KK tengok-tengokkan.
Selamat bercuti, moga bermanfaat.
Yang tua diziarah, yang muda mengalah.
InsyaAllah, akan ke seberang tambak Johor bawa anak-anak bercuti.
Balik kampung sekali ziarah tuk nenek.
Juga melawat kawasan : Gelang Patah kononnya nak le ganti gelang baru 5 tahun lagi.Itupun kalau cukup bajet.
Wassallam.Tunggu!!

Jumaat, 24 Mei 2013
AlhamduLillah...moga di Harmain kita bertemu
1. Penskodeng bertapa muncul membawa berita penuh barakah.
2. Boleh ke se kirim doa?
2. Boleh ke se kirim doa?
Labbaik Allahhumma labbaik
Assalamualaikum wmt wbt,
1. Lama sungguh tidak mencoret, tp tidak pernah lupa menjengah.
2. In sha Allah akan bertamu lagi di Haramain pada 29/5 - 9/6 nanti. Husna (Jef ) juga menyusul pada 1/6 -
11/6. Moga Allah rezekikan kamu bertemu di Haram.
3. Tidak pernah terfikir dapat bertamu lagi tahun ini wpun hati sentiasa mengharap
4. Namun begitulah ketentuan Allah. Syukur kehadrat Mu ya Allah. Moga ini adalah anugerah ni'mat
bukannya istidhraj daripadaMU, Doakanlah agar segalanya dipermudahkanNYA
5. Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan

Selasa, 14 Mei 2013
salam
Hmmm mengundi.....memilih dan terpilih
sepatutnya dapat yang terbaik
namun ada juga hampeh.....
tu lah demokrasi yang besinya kuat dari gigi dan lidah
apapun terpulang bagaiman melihat fenomena yangt berlau
dan dah berlaku
serta bakal berlaku
terima kesan dan akibatnya
keputusannya
http://www.spr.gov.my/

Jumaat, 3 Mei 2013
Selasa, 26 Mac 2013
CUTI DATANG LAGI....
Seperti lazimnya....cuti yang taklah sebenonya cuti.
Tak ada kelas tambahan, murid nak cuti.Biorle, dah penat kerahan tenaga dan otak.
Harapnya naik cuti, semangat berkobar-kobar.
Jadi mak pak, anak-anak pulaknya kelas tambahan UPSR dan PSRA.
Kerja part time jadi supir, pagi petang.
Sambil bertugas jaga bebudak kadet latihan kawad senjata di kem Sg Besi.
Sesekali rasa naik trak 3 tan, seronok.
Terbayang andai diri ditugaskan ke Lahad Datu.Moga situasi di sana cepat kembali seperti sediakala.
SPM dah diumum.Sibuklah mak pak uruskan hala tuju anak.Buat apa yang terbaik untuk mereka.
Sekalung tahniah buat akak Nani sekeluarga atas kejayaan Maryam Nabila juga buat Pak Lah sekeluarga atas kejayaan Zainab.Yang lain siapa ya.
Moga terus ke mercu kejayaan.
Dan cuti sekolah juga sinonim dengan balik kampung.
InsyaAllah kami akan balik ke Johor juga, sementara masih ada yang dirindu dan disayang.
Keluarga beso, ramai kaum kerabat.
Sesekali berkumpul, bercerita bersulam tawa.Meriah.
Sampai jumpa lagi.Mak Daro poi mano cuti?
Sari masih di sini....

Isnin, 25 Februari 2013
Suka-suka je...
Sibuknya suasana pasar terapung Damnoen Saduak.150 km dari Bangkok.Pakej lawatan 1/2 hari Rm24 seorang,termasuk naik bot panjang susur sungai.Tempat mesti pergi. |
Macam kat sini juga, sama je buahnya.Tak tanya harga sebab tak beli.
Ni best!aiskrim perisa kelapa dalam tempurung kelapa dan ada kelapa muda.Rm4.Itu je yang rasa yakin boleh makan kat Saduak.
Lokasi: Stesen kereta api Hua Lamphong.Nak balik Butterworth.Bunga ada di mana-mana.Perjalanan 23 jam 30 minit.Jangan risau, ada tempat solat/sembahyang (tulis rumi)
Rm 6 - 8 .Rakyat ramai kena ambil 2 buah.Hampir 90% jalan raya kat Bangkok bersusun pengangkutan awam.Jammed teruk terutama waktu puncak.What to do?Teksipun lebih 20 kaler.Pink cantik woi.tak ada keja, dok kira warna teksi.
Lokasi Chinatown.Tak sibuk lagi sebab kita tak keja, orang tak balik kerja.Santai.
Jumpa lagi sesi cuci mata @ suka-suka.
Ahad, 24 Februari 2013
Pada suatu hari...
Balik Muo..mesti cari kupang@siput sudu (orang Kuala Kerpan kata)
Lokasi: Jalan Tg Agas ke Bando Muo
Sedap masak rebus campur bawang merah dan daun kunyit.Cicah sambal kicap.
Baca dan besokan gambo.Tinggalkan...
ILMU Janda Baik:Institut Latihan Memperkasa UMNO
Boleh gak reunion kat Cherengin Resort Janda Baik
Sayuppppp/.. dari atas bukit.Sekolah Keb Janda Baik
Sebonanya, secara kebetulan. lepas ziarah Hakim di UIAM ,Gombak.Jalan-jalan menyusuri bukit bukau pada suatu petang yang nyaman. Sambil cari makan..singgah pasar malam di pekan Bukit Tinggi.
Rumah peranginan gomen semua dah penuh sampai Disember 2013.Cadang nak ke Fraser Hill danTasik Kenyir.Singapura tak layak pulak(JUSA C).Betul kata Mak Daro...murah dan selesa.Pernah menginap di RRP Pulau Pinang.Dapat Bilik VIP (tumpang tuah Gred 52..kebetulan kosong)RM100/malam berbanding kadar hotel lain RM380.Anak ramai...nak selesa dan jimat:RRP ada.Boleh dapat 2 bilik sekali booking.
Bagus cadangan RRP di Makkah dan Madinah.
Ahad, 17 Februari 2013
Sambungan...sebolum mulo sekolah
1. Takpolah, kok dikato sibuk menyibuk....bilo tak sompek sok.....nak bukak lap top pun teramatlah malehhhhh
2. Terimo kasih kerana beri no Noorma, memang sonang kojo se nanti. Bas dah ado...minyak free.
3. Sesapo nak cari penginapan, kito pegawai kerajaan ado untung eh. Surf rumah Penginapan Persekutuan, Murah jo....RM25 semalam tapi macam hotel 5 bintang.
4. Se dah poei Cameron Hinghland bulan Januari ari tu, tido sinun.....memang best. Gunokan kesempatan yang kito ado.
5. Se ado cadangkan buek rumah Penginapan Persekutuan di Mokah, ontok orang tu.
6. Plan terbaru ke Frazer Hill...

Oooooo....takajut menengok Mizah mengambil gambar
macam profesional bebonar. Ateh cruise, ramai orang
Yahudi berpacaran dengan wanita Vietnam.( Sumber:
pemandu pelancong Malaysia)
Hohooooooooo......SENSORED.....Bak kata salah
seorang jemaah kami....semuo dah direkodkan. Huuuu
Dalam setiap curise, ado penari separuh bogel.......
Gu chi Tunnel....orang somput jangan masuk!
Bayangkanlah orang-orang Vietnam merangkak-rangkak
dalam terowong ni untuk berperang dengan Amerika dan
sembunyikan diri! Se raso menyesal menyalahkan Vietnam
maso ajar Sejarah dulu. Rupo eh Amerika yang jahat.......
Salah satu tempat persembunyian. Muek-muek jo.
Sesuai dengan orang Vietnam yang slim melim semuo eh.
Hidup menderita.....tak do se nampak yang obes!
Rasolah makanan zaman porang....ubiy kayyuu
Orang pertamo kali jojak kaki di Hard Rock....selalu eh
dongar cito yo. Kat Genting, KL pun ado. Rupo eh jual
T-Shirt standard. Belek punyo belek...jumpo lah T-Shirt
made in Malaysia. Keh..keh..tompek se tekoncing! Cehhh
Puppet Show...dalam air you all. Bagus lah orang Vietnam.
Takdo lak berangan menjadi negara maju macam kito tapi
dengan sendirinya boleh menjadi negara maju! Se kagum!
Terlalu banyak bezo kito dengan Vietnam. Mereka pembersih walaupun miskin.
Pelajar-pelajarnyo tak melepak-lepak macam kek sini.
Hanya 2 orang pengemis jo se jumpo. Golongan gelandangan tak ado!
Harga barang rendah, kek sini?????? Aduhhh....
Banyak lagi nak kongsi tapi dah sampai tahap maleh menulih ni.
2010- poei Siam (Chiengmai)....raso tak seseronok Vietnam. Mungkin maso tu marah menolak tawaran ke Mokah. Tapi semuo ado hikmah.. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur 2011 dapek ponohi hajat.
SERONOK KALU BOLEH POI....
Yealah, semua senyap sepi.
kita-kita yang sibuk menyibuk, betulkan Mak Daro.
Tumpang seronok dan teringin nak ke Vietnam.
Belum ada kesempatan.
InsyaAllah, kumpul RM buat bawa anak-anak yang setengah dozen.
Hujung tahun harapnya.
Kawan kita, Cik Noorma Dalim kerja dengan agen pelancongan.CS HOLIDAY.
Cikgu-cikgu sekolah saya dah ramai yang dia uruskan.Termasuk kalau anak-anak murid
nak ke Langkawi atau mana-mana.Senang kerja cikgu.
TEL:019 4792215.
Janji saya pada Akak Nani nak pos gambar di Bangkok tak sempat.
Tak shopping sangat, walaupun mungkin tak semurah Vietnam.
Tunggu!!!!
Juga menunggu khabar Husna yang baru balik umrah &ziarah.
Moga dipermudah segalanya.
Sampai jumpa lagi.
Selamat kembali ke sekolah setelah cuti panjangggggggggggg.

Sabtu, 16 Februari 2013
Jangan ontok yo
Assalamualikum,
1. Semuo ontok (sonyap) yo orang Ganu. Apo kono eh Jang dongan Milah?
2. Jah nyo kelab mesti dah bertambah ahli penskodeng.....Dr. Ct Jah...jangan mengondap (skodeng) yo...
3. Se nak kongsi pengalaman bercuti di Vietnam. Rasonyo paling syok lah kok banding dengan tompek2 yang se ponah poei. Kok (kalau) bandingkan dengan Siam, Vietnam lagi best. Nak ajak CG poei sanun takut tak kesampaian ....mungkin kito dah pencen sokk... InsyaAllah.

Di Muzium Perang Vietnam. Banyak bahan sejarah.
Kita semua tertipu.....Amerika mencorakkan sejarah
dunia.
Kesan perang kepada rakyat Vietnam. 3 juta rakyat
terbunuh, 300,000 hilang. Amerika kata semua itu kerja
orang Vietnam sendiri (Vietkong)
Pejabat Pos Vietnam....juga tempat pelancongan.
Pekerja pejabat pos ni buat dekk je walaupun berpusu-
pusu orang datang!
Menaiki boat menyusuri Sungai Mekong. Minum air
kelapa....pengalaman manis semanis air kelapa!
Bersampan...untuk menaiki boat semula di muara Sungai
Mekong. Bayaran tips 1US Dolar = RM 3. Tapi tak
sampai hati melihat orang tua yang mendayung tu.....
Shopping giler....barang-barang terlalu murah.
90% pembeli dari Malaysia. Kain cotton RM 23 je
4 meter. Baju kurung bersulam2 ...RM 50 je.
Terpaksalah beli....
Berhontilah dulu. Kitaorang nak ke P.Dickson.
Isnin (18.2) Syikin nak balik....jadi, nak dinner lah kat sanun.
Motosikal - pengangkutan utama. 4 juta jumlahnya.
Tak merempit dan sangat kurang accident!
Langgan:
Catatan (Atom)