Assalamualaikum wmt wbt
1. Tahniah juo daripada kami sekeluarga buat Mak Daro sekeluarga.
2. Moga hajat nak jadi pakar sakit puan dimakbulkan Allah. Amin
3. Iyolah, bukan main bergaya lagi Mak Daro, dengan spek tu nampak mudo 15 tahun. Tangkap slim nampak.....Kontrol ayu lah tu....
4. Maaflah, tak berniat nak rampas title penskodeng paling popular, la ni banyak sangat title yang dianugerahkan pada akak , juruletih, jururawat, pena'tak'sihat, macam2 lagilah. Balik rumah sempat lunjur kaki sekejap, masuk ofis lak. Maka itu tak sempat nak jadi pencatat di blog!
5. Apa2 pun, skodeng tetap skodeng. Teruskanlah mencatuk bagi yang berkesempatan, sekurang2nya bila skodeng, sempat jugak sengeh, hilang penat buat seketika...
Wassalam
Rabu, 31 Mac 2010
Sonyap jo....
Mano poinyo suku-sakat CG's? Mengeram ko.
Nak kongsi cerita....
Bacalah SKOR Berita Harian Rabu 31 Mac 2010.. Ado cerito Anak daro Mak Daro, gambo Mak Daro yang cun melecun pun ado. Tahniah dari kami sekeluargo.
Teruskan usaha.
Rabu, 24 Mac 2010
Salam Sejahtera dari Ranah Minang...
Alhamdulillah selamat kembali dari bumi adat. Mak Daro kalu ke Ranah Minang sure seronok sebab buleh jumpo suku sakat sinun. Saya tak berapa nak faham cakap minang sana pokat sangat macam jus adpokatnya. Orangnya ramah dan menyenangkan, buminya indah, makanannya sedap tapi shopping tak best.Apa taknya pemandu pelancong bawa tempat mahal, murah lagi di Jakarta atau Bandung. Apapun dapat melihat tempat urang dah seronok.
Berkesempatan meninjau bangunan runtuh (sebuah je) dek gempa bumi, lainnya retak tapi takle menunggu belah. Tak seperti digambarkan di media. Cuma di Padang Pariaman je yang terjejas, kawasan lain ok. Ada kesempatan saya up load gambonya. tungguuuu....
Yang bestnya, dapat melawat rumah kelahiran idola saya Pak Hamka dan Hatta. Nampak jubah UKM tergantung dlm almarinya. Ingat kekawan cg lain. Betullah bagai dikata, mereka pegang pada kata-kata
Adat basandi syarak, syarak basandi Kitabullah,
Adat menurun, syarak mandaki,
Adat nan kewi, syarak nan lazim,
Syarak mengato, adat mamakai,
Tuhan bersifat qadim, manusia bersifat kilaf.
Mak Daro boleh terjemahkan.
Kalau dipanjek batang tinggi-tinggi,
Basuo pucuak jo silaronyo,
Kalau dikali dalam-dalam,
Basuolah urek tungang jo isinyo.
Menjawab kekhuatiran yang berlaku kini, kes anak tak sah taraf atau si manis yang seksa kita melihat dressingnya, kembalilah kepada agama dan adat budaya kita.
Alahai Mak Daro se tak sempat cari anak angkat kat sana sebab sibuk urus anak sendiri. Ok jumpa lagi akan disambung pada episod akan datang.
Ahad, 21 Mac 2010
IKLAN KOMERSIAL...
21 Mac 2010
1. 17,303 anak luar nikah didaftar pada 2009...tajuk utama Berita Harian
2. Fakta : dari 2005 hingga 2009 - anak luar nikah :
2.1 kaum-kaum lain - 91,922
2.2 Melayu - 74,723
2.3 India - 23,696
3.4 Cina - 23,692
3. Secara kebetulan, bila terfikir isu ini....media turut sama membincangkannya.
4. Bukan nak menunjuk pandai, tetapi gerun dengan suasana masa cuti dahulu.
5. Ketua Bidang Bahasa se pernah cakap ...'you cannot save the world' tetapi rasanya masih
boleh selamatkan sahabat-sahabat sekokokkk....
Punca-punca di tulisan akan datang.....sebab ramai sangat nak bersaing dengan Cik Jah Lobo...
Khamis, 18 Mac 2010
Tersentuh sifat keibuanku......
16 Mac, 2010...kami sekeluarga ke Johor Bahru....menikmati cuti yang sedikit...setelah baik daripada demam...(bukan nak beradik-adik, wp ada simptomnya...pertahanan kuat maa). Ini kali kedua bercuti 'style cekup-cekup'. Ada tiket keretapi....naik dan esoknya balik ke Seremban.
Sesudah usai solat (bahasa novel tu), kami sekeluarga ke pasar raya mega hinggalah kepada pasar raya mini. Terasa maruah sebagai ibu diinjak-injak!! Anak-anak remaja memenuhi semua pasar raya tetapi gayanya seperti artis. Menyirap darah menonton mereka berpakaian. Kain semuanya tak ada yang panjang...mini mikro! Kalau yang mengenakan t-shirt pula, saiz t-shirt double S, tetapi badan saiz triple XL. Ada pula seorang tu...badan sama macam Dina...pakai 'inner' sahaja....apalah rupanya. Yang terjojol, terlipat, terboseyy....semuanya sangat jelas! Anak-nak muda ni, bercinta? (lagaknya begitulah) seawal usia 12 tahun. Berpegangan tangan, teraba-raba...
Terucaplah semuanya...AstafiruLlah...MasyaAllah...Na'uzubiLallah....InnaLillah....kita menghampiri akhir zaman...! Mengapa anak-anak muda ini jadi begini? Bagaimana ibu bapa membenarkan anak-anak mereka keluar rumah dalam kadaaan begitu? Patutlah anak luar nikah bertambah sekarang ni....
Masa menulis ni pun, rasa mual masih ada. Ikutilah tulisan berikutnya tentang beberapa kajian punca kejadian ini...
Wassalam....Daripada Mak Daro (domam...tapi badan totap maintain!)
Selasa, 16 Mac 2010
SEKADAR JENGUH
asalamualikum
Hmm pusing sana pusing sini letih maa dan tak dapat lama-lama beblog
Dan mana-mana anak yg berjaya tu kongsiler sama, baru tau resultnya.
Dari besut ke jerantut , kuantan ,,,,dan dalam negeri aje
nahh ada kel luar negeri...kirim salam ajelah dan renungkan apa yang ada
wasalam.....nombor tu nanti ditafsirkan/tarikh lahir
Hmm pusing sana pusing sini letih maa dan tak dapat lama-lama beblog
Dan mana-mana anak yg berjaya tu kongsiler sama, baru tau resultnya.
Dari besut ke jerantut , kuantan ,,,,dan dalam negeri aje
nahh ada kel luar negeri...kirim salam ajelah dan renungkan apa yang ada
wasalam.....nombor tu nanti ditafsirkan/tarikh lahir
Isnin, 15 Mac 2010
Tahniah dan selamat bercuti....
Salam..sebelum tu selamat bercuti kepada warga pendidik dan anak-anak murid pendidik. Mak pak kepada anak-anak murid pun dah apply cuti nak bawa anak-anak bercuti. Yang ada kelas tambahan dan kursus khususnya buat akak Nani, teruskan khidmat bakti. Saya, InsyaAllah esok (16.3.2010) dengan Program 3K (kembara ke Padang Bukit Tinggi dengan anak-anak/keluarga)Ada apa nak kirim?
Sekalung tahniah buat Mak Daro atas kejayaan si kembar dalam SPM baru-baru ni, juga tahniah buat Danial yang juga berjaya score A dalam SPM. Teruskan perjuangan dalam kembara ilmu. Sekurang-kurangnya jadi idola buat anak saya juga yang bakal menempuh SPM tahun ni. Masih pada tahap gear 2 lagi tu...apa-apalah yang patut.
Selamat bercuti dan jumpa lagi....nak buat kerja amal cuti-cuti panjang ni...
Khamis, 11 Mac 2010
NAK TAU GAK..
2 / 2/ 1965. Nak bagi hadiah belated ka? Atau mcm idea yg buat MLM jawapannya 7. Betui ka gitu.Apapun suka-suka ajalah.
Rabu, 10 Mac 2010
Isnin, 8 Mac 2010
BOLEH BERTANYA
asalamualaikum
1. Syukur baru bercuti dan cari ilmu, dan mahu cuba boleh uji.
2. Sila beri tarikh lahir dan apa hasilnya nanti.
3, Tak salah mencuba.
terima kasih
1. Syukur baru bercuti dan cari ilmu, dan mahu cuba boleh uji.
2. Sila beri tarikh lahir dan apa hasilnya nanti.
3, Tak salah mencuba.
terima kasih
Langgan:
Catatan (Atom)